:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, May 19, 2011

- Pizza Roti Gardenia -

* ini entri pasal masakan lagi ya...

Alhamdulillah, sebenarnya dah 3x...diulangi 3x ummi buat pizza. 3 hari berturut-turut. Dahsyat tak? Tapi takpe, ummi tak kisah malah ummi suka sangat memasak ni (walaupun kat rumah jarang masak nasi hehe...)

Ini pizza semalam. Ummi buat sekali dengan kek coklat tu. Petang tadi family Kubang Kerian datang, ummi bakar pizza sekali lagi. Balik kerja pukul 3.30 petang tadi terus siapkan bahan2 nak buat pizza. Ini pizza yang sangat mudah terutama bagi orang yang "malas" macam ummi hee...

segar dari oven ni...panas lagi
ummi guna roti gardenia je (malas+tak pandai nak uli doh pizza....)

kaya dengan keju....


Bahan2 :- (3 orang makan)
- 6 keping roti Gardenia
- 1 labu bawang besar *
- 2 ulas bawang putih *
- 2 biji tomato *
- 1/4 biji lada jepun merah *
- 1/4 biji lada jepun kuning *
- 3 batang sosej (dihiris nipis)
- 1/2 mangkuk kecil ayam kisar
- 1 sk lada hitam (ditumbuk)
- 1 sb planta

( bahan-bahan bertanda * dipotong dadu)

****************************************

Cara2 :-
1- Panaskan planta dalam kuali non-stick
2- tumis tomato dahulu (ini stail ummi...)
3- masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan (tak perlu layu)
4- masukkan ayam kisar. Gaul sebati.
5- masukkan pula sosej yang dihiris nipis, lada jepun kuning+merah tadi. Gaul mesra kesemuanya, akhir sekali masukkan lada hitam dan perasakan dengan sedikit garam. Matikan api.

***************************************

Bahan2 make-up :-
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos lada hitam (ummi takde sos tomato)
- sedikit hirisan keju

Cara2 :-
- sapukan permukaan roti dengan sedikit planta dan sos cili+sos lada hitam tadi
- tuangkan bahan-bahan yang ditumis tadi. Ratakan hingga menutupi permukaan roti.
- tuang sos cili+sos lada hitam sekali lagi (ikut nak banyak mana....)
- akhir sekali, tabur dengan hirisan keju
- Bakar dalam oven pada suhu 130 darjah celcius selama >< 15 minit. (5 minit pertama ummi bakar bahagian atas, 5 minit kedua bahagian bawah dan 5 minit terakhir dua-dua bahagian). Suhu tu boleh ditukar ikut kesesuaian ya....

10 comments:

  1. Ayoyo... ummi bt iklil lapar r...
    huhu..hihi.

    ni mesti auni brselera mkn nih.. :)
    Abi plak tukang habiskn..hik2

    ReplyDelete
  2. as salam, tengok pizza nie teringin ler pulak nak g makan pizza hut..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    dah lama x mkn pizza.. tgk jer gambar tu, terus rasa mengidam..huu

    ReplyDelete
  4. salam..
    sedapnye nampak pizza nie...=p

    ReplyDelete
  5. umi, nk tnya.. roti tu bila bakar dia keras x? tq umi

    ReplyDelete
  6. cik shiqa : roti ni tak keras tapi rangup hehe. kita kena pandai main dgn suhu oven tu...kejap bakar atas, bawah dan atas bawah...

    ReplyDelete
  7. kak ummi..nani tau cmn nak wat doh pizza..my fav tu..and tu jelah makanan pastry yg nani pandai buat ..hehe..belajar ngan kawan masa form 5 dulu..hehe

    ReplyDelete
  8. kalau mcm tu bolehlah nani ajar nak wat doh pizza :) nak salin resepi ni....

    ReplyDelete
  9. whoa..👍👍👍 mlm ni nk wt la jgk..🙊🙊🙊

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...