:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, May 18, 2011

- Moist Orange Chocolate Cake -

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Petang tadi, hajat untuk buat kek coklat dah terlaksana juga (^_^). Ummi buat dengan aman sebab abah tolong jaga auni. Terima kasih abah dan auni. Kali ni ummi buat kek coklat ikut resepi dari blog Kak Izah Daut. Memang sedap hingga menjilat jari. Terrrrbaik punya.

ummi hias dengan coklat dan manik gula aja.
* abah makan banyak kali ni hehe

ini untuk dihantar ke rumah jiran sebelah
* bagi sikit je sebab dia duk sorang2 je kat rumah...

Bahan2 :-
- 1 cawan gula pasir *
- 1 cawan serbuk koko *
- 1 cawan susu cair (ummi ganti 1/2 cawan yogurt oren+lobak) *
- 1 cawan minyak masak *
- 1/2 cawan susu pekat manis (ummi letak 3/4 cawan) *
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 sk soda bicarbonate
- 3 biji telur
- 3 sudu oren sunquick (ummi letak 2 sudu) *

Cara2 :-
1- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2- Bahan2 bertanda * dimasak dengan api perlahan dalam periuk hingga larut dan sebati. Biarkan adunan suam seketika.
3- Tepung, baking powder dan soda bicaronate diayak.
4- Pukul telur hingga kembang. Kemudian, satukan dengan bahan2 yang dimasak tadi (*). Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan sampai adunan berketul. Tuang dalam loyang yang digris dengan planta/mentega. Bakar selama 50-55 minit (bergantung pada oven masing2).

Bahan untuk topping :- (ummi buat macam yang selalu tu je...mudah)
- 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan kalau tidak suka manis sangat)
- 3/4 cawan serbuk koko
- 1 sudu besar mentega/planta
- 1 sudu teh nescafe/indo cafe
- 1 sudu teh perasa vanila

Semua bahan ni disatukan dan dimasak dalam periuk non-stick hingga sebati (api perlahan). Setelah itu, curahkan atas kek dan hiaskan dengan taburan manik gula (^_^)

Selamat mencuba...

* memasak dengan penuh kasih-sayang...hati suami dan anak pasti tertambat (^_^)

8 comments:

  1. terliur tengok..nak cubalah =)

    ReplyDelete
  2. As salam, pandai nyer buat kek coklat nampak macam kat kedai jerrr..BSB buat kek pisang pun sampai 3 X try baru jadi...

    ReplyDelete
  3. adoi kalo bee dapat nih pun sayu je rasa huhu buat kek selalu tk makan tp org buat bee makan pelik tk ?

    ReplyDelete
  4. Jom tgk promosi baru kat blog Mia =)

    ReplyDelete
  5. 'atiqah : try lah...mmg sedap! hehe

    BSB : kak, saya pun beberapa kali try buat kek ni baru menjadi hehe

    Bee : biasanya mmg macam tu...samalah kita hehe.

    ibu damia' : insyaAllah...mmg berminat tengok pen pintar tu

    ReplyDelete
  6. bestkan kek coklat ni...makan sehingga menjilat jari...he3

    ReplyDelete
  7. k.yong : sila2...lps ni nak uat kek oren pula

    k.sya : a'ah...kek coklat mmg sedap hingga menjilat jari jemari hehe

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...