:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, November 21, 2010

- Princess ummi & abah -

Princess ummi & abah semakin bijak dan nakal :) Sungguh terhibur dengan gelagat Auni. Sekarang ni ummi angkat bendera putih kalau nak lumba lari dengan si princess tu hehe. Kasi can kat abah lah yang lumba lari dengan Auni. Auni memang menangis kalau ummi dan abah masukkan dia dalam katil. Iyalah, ummi dan abah nak mengemas rumah, kalau si kecik tu ada mesti dia sepah-sepahkan balik apa yang ummi kemas. Kalau ummi kemas sini, dia sepahkan sana. Kalau ummi kemas sana, dia sepahkan sini. Main kejar-kejarlah dengan dia hehe...

Auni pun kalau dengar enjin kereta abah, laju dia sebut "abah!". 2-3 kali juga dia sebut perkataan tu. Sampaikan kalau tengah menyusu, dia mesti berhenti jap dan bangun pastu sebut abah lagi. Kalau kenderaan lain yang lalu, dia buat tak reti je. Buat selamba je macam kenderaan tu tak wujud (^_^).

Masuk je kereta, "Nok"...kadang-kadang ummi dengar dia sebut "nop" :) heheh, maknanya nak. Masuk kereta je, dia akan cari apa-apa yang boleh dimakan. Selalunya ummi letak biskut dalam kereta. Selagi dia tak dapat, dia sebut nok..nok..nok...Kalau takde makanan dalam kereta, habislah mengamuk dia.

Auni pun dah pandai ikut arahan.

"Adik yak (buang air besar) ye? Buka seluar, ummi cebukkan"

Terus je dia buka baju hehe. Kadang-kadang tu, dia sendiri akan buka seluar kalau pampers dah penuh sangat. Auni buka seluar bukan dengan tangan, tapi guna kaki juga. Camana tu? Err...payah juga nak explain, tapi gitulah :) dia buka seluar guna dua-dua kaki.

Auni pun selalu Qiyamullail. Jangan tak tahu, setiap malam dia Qiyamullail. Alhamdulillah....cuma ummi dan abah je jarang-jarang Qiyamullail. Mata Auni akan terbuka luas jam 4-5 pagi. Kalau tak masukkan semula dalam katil, mesti dia merayau-rayau keliling rumah.

Ummi perasan, si kecik ni tak suka makan kek dan seumpamanya. Mesti dia ludahkan semula kalau yang masuk dalam mulut dia tu kek dan adik-beradiknya. Sayur pun macam tu juga. Kalau makan nasi, ada sayur...nasi tu dia makan. Sayur tu dia buang. Ummi tak perasan sejak bila dia tak makan sayur.

** Anak ummi & abah.........dikaulah penghibur duka lara (^_^)

4 comments:

  1. Salam, selamat berkenalan. Rekod pembesaran Auni melalui blog Ibunya! Comey anok! Yang pertama ya? Semoga dia jadi anok yg solehah!

    ReplyDelete
  2. slmt b'kenalan juga :)

    aha...anak 1st ni. insyaAllah, sama2 doakan....

    ReplyDelete
  3. memang camtu le kerenah anak dlm setiap fasa umur..
    anak2 kakyong pun ade juga yg rajin berjaga malam... dulu 3-3 suka berjaga mlm.. mujur la lepas Ramadhan tu dah ubah sikit... tp la ni dah mula lagi...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...