Hari kedua di Shah Alam sangat menyeronokkan sebab petang tu pertama kali dapat berbuka bersama (^_^) Pertama kali bagi abah berbuka sebagai menantu dalam keluarga ummi hehe. Pagi tu kami rehat kat rumah aja. Letih berjalan jauh dari Pasir Mas kelmarin tu masih belum hilang hehe.
belum pandai duduk bersimpuh lagi princess solehah ni :)
belajar Al-Quran dengan nenek
dia bergaya dengan baju baru hadiah dari nenek...
Petang tu lepas zohor, kami membeli belah di Giant. Rupanya Giant tu dah lama jugalah buka, ummi je tak perasan :) Cuma beli baju abah dan hadiah untuk Auni sempena hari lahir dia hihi. Nak balik tu baru perasan ada ruang permainan kanak-kanak dalam tu. Auni memang tak lepaskan peluang lah.
berani betul dia naik benda alah ni dengan Ayah Su dia...
tak suka main benda ni....suka naik gelongsor aja
Malam tu pula, adik-beradik ummi buat kenduri selamat sempena umur Auni 2 tahun :) Sambut awal sebab kebetulan semua adik-beradik ummi ada kat rumah. Cuma Acik Efiq Auni aja takde.
Atok tolong potong kek sekali...
.: Selamat Hari Lahir Princess Solehah kesayangan ummi dan abah :.
bersambung episod seterusnya.....
Alhamdulillah,Ina dah selmt sampai Shah Alam yea.Nanti beraya sana ,kan?
ReplyDeleteHehe dah besar Auni yea...sekejap msa.Kenal ina dulu Auni kecik lagi,ni dah ank dara.
eh, tak kak. ini cerita balik s.alam last week hehe. tahun ni raya kelantan :)
ReplyDeletea'ah auni kan 8ramadhan..selamat hari lahir auni! semoga membesar sebagai princess solehah seperti doa ummi ;)
ReplyDelete