:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, August 01, 2011

Malam Pertamaku....

Malam Pertamaku yang sangat-sangat luar biasa. Malam semalam tidak seperti malam-malam yang telah aku lalui. Ya Allah...ampunkan doasaku ini. Malam semalam adalah malam pertamaku. Ya, malam pertama aku memadu kasih denganNya untuk tahun ini. Namun, malam pertamaku semalam membuatkan aku sedikit kesal kerana tidak memberikan layanan yang terbaik untukNya. Ya Allah. Malam pertamaku.........Solat Terawih!! .........

************************************************
(Entri terbaik...Malam Pertamaku. Haaa...gempak tak tajuk tu?)

Yang di atas tu hanyalah pengenalan ye (^_^) Sila baca kisah seterusnya, pengalaman ummi solat terawih tahun ni.

Malam semalam ummi dan auni berterawih di Teratak Mawaddah. Manakala abah sudah meninggalkan TM menuju ke Masjid Pasir Mas seawal jam 8.00 malam. Tidak lama lepas tu, Princess Solehah sudah beradu dengan lenanya (^_^). Selepas solat Isya', ummi terus solat terawih. Tapi, malam semalam memang mengantuk yang terlalu kerap. Ummi tak pernah mengantuk macam ni. Dari mula angkat takbiratul ihram rakaat pertama hingga bagi salam masa solat witir, banyak kali jugalah ummi tersengguk-sengguk dalam solat.

Ada sekali tu tak ingat rakaat, terhuyung-hayang masa baca Al-Fatihah, tersengguk-sengguk, terlelap, mata rasa di gam-gam. Sampaikan ummi solat semula beberapa kali. Baca surah An-Nas banyak kali. Basuh muka semua. Yang peliknya, selesai je solat witir, hilang mengantuk tu. Rasa segar pula. Seolah tiada apa yang berlaku. Walhal sebelum tu ummi punyalah tersengguk-sengguk sampaikan terlelap dalam solat. Ya Allah................memang tak pernah sepanjang ummi solat terawih sebelum-sebelum ni, kejadian macam ni berlaku.

Ummi teringat pengalaman ummi solat terawih sekitar tahun 2006-2007 dulu. Ummi sakit masa bulan Ramadhan. Selepas berubat dengan Ustaz Abdullah, alhamdulillah ummi pulih seketika. Masa ni ummi teringin nak solat terawih sebab dah lama tak dapat solat terawih. Masa angkat takbir tu, memang pandangan ni rasa berpinar-pinar. Kepala terasa sangat berat hinggakan sejadah tu ummi lihat berbalam-balam. Nampak macam ada dua-tiga sejadah. Ketika nak rukuk, ummi hampir tersungkur sebab pandangan ummi jadi berpinar-pinar. Akhirnya ummi ambil keputusan solat sambil duduk sebab masa tu badan ummi pun masih sakit lagi. Itu pun punyalah seksa nak menghabiskan solat terawih tu sebab banyak kali jugalah ummi tersengguk-sengguk. Rasa nak pitam dan sebagainya.

Apa pengalaman kalian malam semalam? Boleh kongsikan bersama (^_^)

2 comments:

  1. harap malam ni, merupakan malam pertama saya berterawih. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. huhu ummi na baru nk buat entry malm pertame bersame muhammad..hadoooii ujian sungguh ramadhan kali ni hee

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...