Khamis
Hari ketiga di Shah Alam, pagi tu kami ke KLCC. Awalnya memang keluar awal sebab nak ambil Abang Long sekeluarga di Kedutaan Mesir. Rupa-rupanya kami yang terlebih awal. Mereka sekeluarga tak bertolak lagi hihi. Abah pun ajak ke KLCC sebab dah dekat. Apa lagi, bawa Auni berjalan sakanlah pagi tu.
suka sangat dapat berjalan di KLCC, sambil main puas-puas kat taman permainan tu.
Lama jugalah kami kat sini, sambil menyelam minum air (^_^)
Dah ambil Abang long sekeluarga, kami berjalan-jalan pula ke PKNS, SACC Mall dan Plaza Alam Sentral. Ingatkan dapatlah sepasang dua baju raya, tapi ummi tengok tak banyak pilihan sangat :p Sampai hari ni sebenarnya ummi takde baju raya lagi hehe. Letih sangat jalan-jalan pusing shopping complex tu. Balik rumah memang sakit kaki, lenguh yang teramat. Tidur memang lena sangat lah.
Esok tu, pengembaraan yang laaaagi menarik (^_^) Nantikan episod seterusnya.....
Tak apa ummi.. Ada masa lagi berapa hari nak shoping.. ;) Seronoknya auni outing yer..
ReplyDeleteIbu Yusuf pun tak ada baju raya lagi.. agak2 sempat ke ni?
ReplyDeleteinsyaAllah...minta2 sempat nak cari baju raya kan :) kak zefa warna apa tahun ni baju raya tu? hehehe
ReplyDelete