:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, August 07, 2011

P.A.R.A.H

Masuk hari ni dah 3 hari berturut-turut kepala ummi sakit. Berdenyut-denyut. Berpinar pandangan ni. Asal lepas solat subuh, mesti ummi lelap semula. Itu pun masih rasa sakit lagi. Terpaksalah tahan sakit tu. Mujur hari ni kepala rasa okey sikit. Cuma pagi tadi masa ceramah agama kat ofis, ummi terlelap jua akhirnya. Malu juga bila orang tengok. Tapi memang tak tahan sangat. Tersengguk-sengguk juga ummi huhu.

*******************************
Pagi tadi bersahur dengan kurma+sayur masak air+ikan selar goreng kicap. Alhamdulillah, berjaya hingga hari yang ke-7 kita berpuasa (^_^) Manakala juadah berbuka petang tadi adalah ikan selar bakar cicah air asam+sayur masak air+kurma+pati soya. Seperti biasa...tanpa nasi :p.

*******************************
Tadi solat terawih, ummi masih tersengguk-sengguk lagi. Cuma kali ni tak macam hari pertama-kedua puasa dulu. Kali ni ummi masih mampu mengawalnya. Oh, tiba-tiba rasa rindu untuk bangun tahajjud seperti sebelumnya (v_v)

(kembali menyambung menaip entry ini pada jam 5.13pagi kerana ummi terlelap ketika menaip entry ini malam tadi...huhu) ~ nampak tak keadaan ummi yang teruk sekarang ni...?

Pagi ni sahur dengan pati soya+air kopi barli+ikan selar bakar je. Jangan terlelap waktu sahur ni sudah....hehe. Malam tadi ummi tak sedar terlelap pukul berapa. Tapi yang pasti, masa tahiyyat akhir. Tak sedar bila masa terbaring kat sejadah tu huhu.

Boleh bagi tips untuk hilangkan ngantuk ni tak?? Ummi sangat PARAH sekarang ni...

3 comments:

  1. tak makan nasi??? diet sungguhan ni... ;)

    ReplyDelete
  2. cuba makan supplement, mungkin ada perubahan sikit

    ReplyDelete
  3. kak yong > aha k.yong...alhamdulillah, tahan hingga hari ni :)

    Anamarza > saya makan vita c dan b complex kak :) kdg2 mkn spirulina....tp kepala tu mmg selalu sakit pun...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...