:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, August 29, 2011

Princess Solehah 2 tahun kini (^_^)

Princess Solehah kesayangan ummi dan abah

Alhamdulillah....

Usia anakanda solehah ummi dan abah sudah 2 tahun kini. Terasa baru semalam ummi lahirkan auni. Masih terbayang wajah auni yang merah dulu. Suara tangisan auni sejurus dilahirkan sangat halus :p. Syahdu sungguh perasaan ummi tatkala mendengar tangisan auni. Ya Allah, aku sudah bergelar UMMI.

Auni anak ummi dan abah yang sangat MANJA tapi BERDIKARI. Ini yang boleh ummi simpulkan kala ini. Ya, auni sangat manja dengan abah dan ummi. Kalau nak tidur, mesti nak ummi kat sebelah. Lepas tu tangan ummi kena letak atas tangan auni sambil sebelah tangan tepuk-tepuk paha auni. Tak lupa juga zikir dan selawat yang selalu menemani lena auni.

Auni suka sangat tolong ummi dan abah. Ummi sangat hargainya nak. Sejuk hati ummi ni bila lihat auni angkat kain yang ummi dah lipat. Auni masukkan dalam rak baju, walaupun susunannya tidak teratur :p Ummi suka sangat bila auni terus ambil Al-Quran dan duduk sebelah ummi selepas solat Maghrib. Auni tadah tangan baca doa dan terus baca Al-Quran. Ya Allah, berkatilah anak solehah ini.


Sayang ummi dan abah...
Tiada hadiah yang lebih bermakna yang kami boleh beri untuk anakanda melainkan sekalung doa agar anakanda solehah diberi kesihatan yang baik. Sihat tubuh badan, semakin cerdik pandai, solehah sentiasa dan menjadi penyejuk hati ummi dan abah. Ummi dan abah tidak kaya, tapi kami jadi kaya kasih-sayang dengan adanya anakanda solehah yang sangat bernilai. Ketahuilah, dulu kini dan selamanya, kasih-sayang ummi dan abah semakin mekar untuk auni.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-2
Anakanda Princess Solehah
* 8 Ramadhan 1430h - 8 Ramadhan 1432h *
(29/08/2009 - 29/08/2011)


~ kami mengalu-alukan kepada semua Sahabat Mawaddah dan pengunjung Teratak Mawaddah untuk memberikan ucapan selamat sempena hari lahir anakanda solehah kami. (maaf, ini bukan contest/GA, namun kami sangat berbesar hati andai kalian turut sama memberikan ucapan selamat untuk anakanda solehah (^_^) )

3 comments:

  1. Salam..

    Selamat ulang tahun kelahiran buat Auni.. semoga membesar sebagai anak yang berjaya dunia dan akhirat...

    Dilimpahkan rezeki dan diperpanjangkan umur dalam beribadat kepada Allah.. ameeeeeeennn

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt=)

    dah besar ye auni, sekejap je 2 tahun berlalu.alhamdulillah..

    SELAMAT HARI LAHIR, MOGA PANJANG UMUR DIMURAHKAN REZEKI,MENDAPAT KASIH SAYANG ALLAH SENTIASA..amiin..

    auni dah boleh jadi kakak=D..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...