1) Suami Mithali
Untuk makluman, abah auni tu cuti seminggu (^_^*) Lama kan? Sekolah kerajaan negeri ni tak sama cuti macam sekolah kerajaan persekutuan ya. Nanti bulan 12 pula, sekolah abah tak cuti macam sekolah-sekolah lain. Lagipula abah mengajar Maahad Tahfiz Sains. Ummi sangat seronok bila abah cuti sekolah ni. Rasa lain macam lah sikit. Sebabnya? :-
- Balik ofis je rumah dah siap kemas...bersih sebersihnya
- Balik ofis je baju kotor dah siap dibasuh dan disidai
- Balik ofis je dapur yang tunggang-langgang nampak clean and clear
- Balik ofis je mainan auni yang bersepah tersorok kemas dalam kotak
Lagi?
Banyak lagi sampai tak tersebut hehe. Terima kasih abang sebab tolong ina dalam menguruskan hal rumah tangga ni (^_^)
***********************************************
2) Terkejar-kejar
Hari ni ummi sangat terkejar-kejar. Masuk ofis jam 8 pagi tu, terus buat laporan mingguan. Pejabat Negeri nak segera. Dalam waktu yang sama kena kemaskini dulu laporan tu. Dahlah hari ni asyik salah je ummi taip memo huhu. Margin lari pula masa nak print out. Betulkan semula, baiki tulisan, baiki memo, tertinggal abjad lah, itulah...inilah...Fuh! Lepas satu, surat lain pula menyusul. Tapi takpe, bos ummi saaangat baik hati. Dia yang tolong draft surat...hehe. TQ ye kak siti.
**********************************************
3) Anakkku Solehah
Princess Solehah abah dan ummi ni semakin hari memang semakin cerdik dan solehah (^_^). Auni anak pramatang, ummi perasan perkembangan auni agak perlahan berbanding kanak-kanak seusianya. Memang dia agak lambat untuk bercakap. Kalau cakap pun, satu perkataan..dua perkataan..
"ummi, nok air"
"ummi, ni pe?"
"abah alik, horeyy"
Bila ummi sebut A (ajar ABC), auni saje je sebut B. Ummi kata A, dia senyum-senyum kata "B". "A"-"B" "A"-"B" hehe. Seperti sedia maklum, auni ni ulat buku. Dia memang suka membaca. Habis semua buku dalam rak dia punggah, lepas tu dia baca. Kadang-kadang dia ambil Al-Quran ummi, dia baca. Siap berlagu tu. Dan, dia memang suka tolong ummi lipat kain. Kalau ummi dah lipat kain, dia akan ambil baju-baju yang ummi dah lipat terus letak dekat rak baju. Sikit-sikit dia angkut hingga siap semuanya.
********************************************
~ Ya Allah, satukanlah hati-hati kami agar dapat bertaut dengan cintaMu. Suburkan ikatan mahabbah, mawaddah wa rahmah dalam keluarga kami. Semoga kelak kami dapat berkeluarga hingga ke syurgaMU. Ameen..Ya Rabb. ~
suke entry ni! kerjasama bersepadu antara suami dan isteri... ;)
ReplyDeleteauni princess solehah pun ade kredit berganda dari abah n ummi..dekat dah dgn tahfiz sains..jgn2 hafiz jugak ye ;)
Alhamdulillah...
ReplyDelete