:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, August 10, 2011

Pertama Kali Ni...

Salam 10 Ramadhan 1432h (^_^)

Petang semalam, pertama kalinya dalam bulan Ramadhan ni ummi beli lauk di bazar :) Itu pun ummi pesan pada kawan ofis ni. Sebab masa tu ummi ingat memang dalam peti ais dah habis bahan-bahan mentah untuk dimasak. Sayur, ikan, ayam, daging, udang....semua dah habis kecuali telur.

Jadi, ummi minta tolong kawan ofis ummi belikan Ikan Pari Bakar. Cicah dengan air asam sedapnya. Harganya RM3.50 kalau tak silap. Ummi kirim pati soya (2) dan celok perut+paru (1) hehe. Balik petang semalam rupanya abah dah belikan sayur sawi dan kobis. Pula tu, abah beli pati soya (2) juga. Jadi 4 lah pati soya nak kena habiskan :) Ummi tak masak sayur petang semalam, cumi ummi buat rasam telur je. Jiran sebelah rumah bagi bubur lambuk hari ini. (ummi baru bercadang nak buat bubur lambuk minggu depan...hihi)

* teringin nak buat kek marble yang sangat mudah (^_^) nak tunggu raya ke....buat sekarang agaknya??

1 comment:

  1. wahh..ikan pari..sedap2.aii..umah kami ni ikan terubuk masih lagi ada seekor..selang sehari pasti wat ikan terubuk..nk kena abiskan stok2 dlm peti ais jgk...huhuhu..cr ikan lain pulak..=)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...