1 Ramadhan...
2 Ramadhan...
3 Ramadhan...
*
*
*
*
*
*
*
6 Ramadhan = hari ini...
Hari ini dah 6 Ramadhan.
Kalau di ofis, seawal jam 4 petang kawan-kawan ofis ummi akan keluar ke bazar untuk membeli juadah berbuka. Macam-macam depa duk beli. Ada ayam percik, sambal sotong, tauhu sumbat, kari kepala ikan, ikan pari bakar, udang galah. Ada juga yang beli kuih tepung pelita, roti jala, akok, kuih keria, puteri berendam dan pelbagai lagi juadah yang sangat menyelerakan. Yang pastinya semua juadah tersebut antara makanan kesukaan ummi.
Namun, sehingga 6 hari dalam Ramadhan ni ummi menghalang diri ummi dari menyentuh makanan-makanan itu huhu. Boleh je ummi nak makan. Cubit sikit cukuplah kan? Siapa yang tak tergoda bila terhidang semua makanan tu depan dia? Angkat tangan!! hehe...Tak ada sesiapa pun yang nampak. Kalau kat rumah tu, waktu abah ke masjid solat terawih, boleh je ummi nak rasa sikit nasi abah. Abah tak nampak. Kalau abah dah nak balik, boleh je ummi betulkan semula kedudukan nasi tu hehe. Tapi, kena ingat. Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan.
Ummi sebenarnya dah janji dengan diri sendiri. Buat permulaan, sepanjang Ramadhan ni ummi takkan sentuh nasi. Ummi cuma akan makan sayur-sayuran dan protein. Ada juga buah-buahan. Pernah dengar Atkins Diet? Haa, cuba seach kat google, pasti jumpa (^_^). Untuk 2 minggu pertama, memang tak boleh sentuh makanan berkarbohidrat pun. Ini untuk mereka yang bisa menahan diri mereka dari sentuh karbohidrat je ye :) Terlalu banyak karbohidrat memang tak bagus ye.
Apa pun, ini bergantung kepada ketahanan tubuh masing-masing. Ummi nak tengok dalam masa sebulan ni dulu. Bukanlah ummi kata ummi takkan sentuh makanan berkarbohidrat selama-lamanya. Cuma ummi nak tengok dalam masa sebulan ni macam mana hehe. Bukan main tibai aje ye...kena ada jadual pemakanan yang betul Senang-senang tengok kat sini.
Alhamdulillah, sepanjang 6 hari mengamalkan Atkins Diet ni, berat ummi kurang 1kg. Okeylah tu. Kalau tiap-tiap minggu kurang 1kg, bermakna hujung bulan ni berat ummi berkurangan 4kg/5kg lah. Bila masa ummi bersenam? Sewaktu solat terawih :) Pastu kena minum air masak banyak ye. Kalau boleh 3liter sehari. Ummi okey je..
Kita tengok esok berapa berat ummi? Maintain atau naik atau kurang?
* tapi, tiap-tiap hari sepanjang Ramadhan ni ummi beli pati soya huhu..
go ummi na go!
ReplyDeletekak ummi..nani dah turun 2kg..hari ni timbang..lagi sikit nak smpai 3kg..nani makan lecithin je bulan puasa ni..xde modal nak beli cinch..hehe.. tapi 1st day puasa xmakan cinch pun tapi dah turun 1kg lebih masa hari pertama puasa.. nani makan gak nasi tapi kuantiti yang sedikit..cumanya kena banyak bergerak gak la bulan puasa ni xleh duk sesaja sgt..nnt lambat turun berat..hehe.. selamat diet kak ummi..
ReplyDeleteSelamat berdiet ye..sy pun pernah buat Atkins tp tahan 2mggu je..kalau semangat dan disiplin tggi mesti dpt.Insyaallah.
ReplyDeletewahh hebatlah ummi langsung tak sentuh nasi..kak aya makan nasi sikit, guna beras herba ponni.
ReplyDeletebertambah semangatlah pula bila ramai yang menyokong hehe :)
ReplyDelete> TQ ummu Muhammad (^_^)
> nani, akak setakat ni turun 1kg je. Dah lama x makan cinch dan lecithin, tapi akak masih makan vita c dan b complex hehe.
> ini pun baru start atkins diet...baru seminggu je ni. Minta-minta boleh bertahan lah...
> beras ponni tu okey juga k.aya :)