Alhamdulillah, 1 Ramadhan selamat ditempuh untuk hari ini. Esok bagaimana pula? Kita tunggu dan lihat. Untuk berbuka petang tadi ummi tak masak apa pun. Cuma panaskan tom yam malam tadi dan goreng telur mata kerbau sebiji untuk abah. Ummi kan on diet (^_*). Petang tadi ummi kirim beli pati soya 2 dan kuih cara berlauk RM2 melalui kawan ofis ummi.
Kuih Cara Berlauk = RM2
Pati Soya (2) = RM2
Jumlah yang dibelanjakan untuk hari ini hanya RM4 sahaja.
Malam ni cadangnya nak buat sayur air. Esok tinggal perangatkan aja, tak kelam-kabut sangat. Ikan selar bolehlah digoreng/dibakar esok pagi-pagi. InsyaAllah sempat. Kalau puasa ni, ummi kurang gemar makan masakan yang berlemak macam kari, santan, gulai. Ummi lebih suka buat sup atau tom yam.
* membelek kembali koleksi resepi dalam folder di laptop (^_^)
salam
ReplyDeleteselamat sudah 1 hari berpuasa ya..Tarawih di mana?
sebut pati soya, teringat dulu salah paham..hehe..member org Kelantan pesan pati soya kat pasr mlm..saya ingatkan air soya tapi di sana panggil pati soya..rupa2nya tau fu fah hehe
hehe..sama lah kita. Dulu pun ingatkan pati soya ni..air soya yang pekat tu hehe....
ReplyDelete