:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, August 12, 2011

Ada hikmahnya

~ setahun yang lalu ~
(sekadar gambar hiasan)

**************************************
Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat dalam hidup ini. Belajarlah untuk menerima hakikat dan redholah atas apa yang terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu yang terjadi. Sabar...sabar...sabarlah wahai HATI.

OH, MACAM SAYU AJA BUNYINYA KAN (^_^)...

Untuk makluman kepada semua Sahabat Mawaddah yang dikasihi fillah, kami TAK JADI balik Shah Alam raya ketiga ini. Rupanya abah auni hanya bercuti selama seminggu bermula 26/08/2011 - 03/09/2011 sahaja. Bila dapat tahu je berita tu, abah balik sekolah terus kami duk meja bulat buat rundingan damai - eheh, takdelah. Kami bermusyawarah. Kami adakan SWOT. Lagipula ummi dah batalkan cuti yang ummi ambil 28/08/2011 baru ni. Konon nak bawa cuti tu ke 04/09/2011 lah (kes excited nak beraya Shah Alam) hehe.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KITA...

Kami akan balik Shah Alam minggu depan (^_^) Alhamdulillah.......................
Minggu depan Kelantan cuti sempena Nuzul Al-Quran (17/08/2011-Rabu). Sekolah abah cuti Rabu&Khamis. (Jumaat memang Kelantan cuti, harap maklum). Jadinya ummi cuma ambil Cuti Rehat hari Khamis tu. Akhirnya, dapat juga nak merasa berpuasa di Shah Alam setelah hampir 3 tahun tak dapat merasa berpuasa bersama keluarga sana. Ini pula pengalaman pertama abah auni nak berpuasa dan berterawih kat sana :p Alhamdulillah...

Balik sana nanti, ummi nak bawa mesin pengadun kek ummi tu :p Kononnya raya tahun ni ummi nak buat kek dan biskut raya. Siap cari semula koleksi resepi dalam folder kat laptop ummi tu. Tapi tak tahulah jadi ke tidak ni nanti biskut raya tu hehe. Sebabnya, ada seorang lagi chef hebat nak bersilat kat dapur tu. Dia memang pantang nampak ummi kat dapur. Kalau dia ada, dia seorang ajalah yang mengusai dapur tu (^_^)

APA KHABAR ORANG SHAH ALAM..............?

6 comments:

  1. Salam perkenalan daripada Kancil...

    datang membalas kunjungan kamu dan saya dah follow blog kamu terima kasih

    ReplyDelete
  2. hehe..ore sha ale..baik2 sahaja..ekeke sy jd orang shah alam jap..tp sabtu ni je la..

    happy ummi na yea..dapat balik kg..yahuuu..!

    ReplyDelete
  3. selamat pulang nanti ya, ummi na blajar UIA dulu ya, batch thn bila ya? ambil jurusan apa?

    ReplyDelete
  4. Yusuf dan maryam org shah alam.. jom singgah! :D

    ReplyDelete
  5. pika nak kek tu jugak boley x? hehe.. ps kt n9 ye.. da dekat da tu.. huhu

    ReplyDelete
  6. salam

    ummi auni ni org shah alam rupanya..azy ingat org kelate..
    salam ramadhan ye =)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...