:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, August 05, 2011

Semalam dan Hari Ini

Bersiaran dari Kubang Kerian (^_^)

Petang semalam hari Khamis, ummi habis kerja pukul 3.30petang. Masuk je rumah cepat-cepat buat puding roti gulung sambil dibantu oleh Imam Teratak Mawaddah (^_~). Resepi tu ummi ambil dari Kak Ummi Kuantan. Memang sedap. Cuma terlebih masak hingga rangup bahagian atas tu heh. Nanti ummi upload gambar puding roti gulung tu.

************************
Malam tadi kami ke Qaryah Ramadhan. Subhanallah, ummi boleh katakan lautan manusia membanjiri Qaryah Ramadhan. Kebetulan petang tu ada program bersama Ustaz Azhar Idrus. Malam tadi kami sampai hampir waktu Isyak. Masuk-masuk je, penuh dengan lautan manusia yang ingin berterawih pada malam itu. Ummi terdengar dari seorang AJK kat situ, dia memaklumkan bahawa malam tadi paling ramai berbanding malam-malam sebelumnya. Ramainya hingga RAMAI yang solat di bahu jalan raya. Ummi nak jalan pun sedikit payah.

************************
Petang ni selepas Jumaat akan balik ke Pasir Mas sekejap. Ramadhan ni tuisyen yang abah buat akan bertukar waktu. Setiap Jumaat dan Sabtu : 3.30 petang hingga 5.45 petang. Lepas tu kami akan balik ke Kubang Kerian semula. Agak terkejar-kejar juga lah....

************************
Najis auni cair dua hari ni. Macam cirit-birit, tapi memang cair dan berwarna kuning. Cairnya tu ummi boleh katakan macam air. Risau juga sebab berat badan auni pun menurun. Ramai kata auni bertambah kurus. Salah makan ke apa ye? Ummi tak pasti nak pergi klinik atau tak.


* hari ni BW dengan hati yang senang dan gembira (^_^)

6 comments:

  1. nape ngan auni...betul,masa sy tgk gambar wordless wednesday npk macam kurus sikit..bila lagi terkena cirit birit??ms mawar kena dulu..ummi sempat bg air garam yg doktor berikan..Alhamdulillah tahan..

    ReplyDelete
  2. mungkin faktor pemakanan jugak kot najis auni jadi camtu, kalau dia still aktif tak meragam, selera makan dan minum ok, dan tiada darah time membuang tu, rasanya tak de apa2 kot,

    ReplyDelete
  3. MAWAR > itulah...ummi pun tak tahu. Mungkin juga jangkitan bakteria ke..hehe

    anamarza > dia masih aktif, makan minum okey cuma dia tak berapa lalu makan nasi. Kadang-kadang dia muntah juga. darah takde setakat ni...

    ReplyDelete
  4. ummi na bagi air tapis bace ayat kursi niat pape..mudahan membantu..

    ReplyDelete
  5. anak sulung akak pun kurus kering macam tak makan...tapi akak beri dia minum susu pediasure.so skg walau kurus tapi cukup zat.

    ReplyDelete
  6. biar kurus sikit tp sihat badannya.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...