:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, August 08, 2011

Ini Tahun Ke-3....

Ini Tahun ke-3...ummi berpuasa di Kelantan.

Maknanya dah 3 tahun ummi tak merasai pengalaman berbuka dan bersahur dengan keluarga di Shah Alam. Rindunya dengan masakan mak. Rindukan bazar di sebelah Billion tu. Rindukan juga suasana bertadarus Al-Quran dengan muslimat Desa Kemuning. Rindu juga dengan keriuhan adik-beradik yang minta macam-macam sewaktu hendak berbuka. Semuanya rindu.....!

Tahun pertama puasa, ummi baru bersalinkan Auni. 8 Ramadhan 1430h. Keluarga Shah Alam datang sini masa ummi bersalin. Sempatlah ummi puasa 6 hari tahun tu. Masa ni masih tak tahu nak beraya mana. Jangkaan awalnya, raya di Shah Alam sebab ikut tarikh asal, ummi dijangka bersalin seminggu selepas raya. Tup-tup, bersalin awal. Tukar plan, raya Kelantan lah.....

Tahun kedua puasa, memang giliran beraya di Shah Alam pula. Tapi ummi tak boleh ambil cuti awal. Banyak cuti dah habis sebab ummi sakit. Jadi, kami balik sehari sebelum raya. Tak sempat juga nak merasa solat terawih di sana huhu, apatah lagi berbuka dan bersahur. Takbir raya pun sama-sama dalam kereta...

Tahun ketiga : tahun ini. Giliran beraya di Kelantan. Sebenarnya, hasrat hati ni nak sangat merasa berbuka dan bersahur serta berterawih di Shah Alam. Tapi apakan daya :( Kelantan-Shah Alam perjalanan yang jauh. 8 jam. Banyak faktor nak kena fikir. Duit, masa, tenaga. Lagipun atuk auni dan keluarga Shah Alam nak datang sini bulan 11. Adik ummi kahwin. Tengok dulu macam mana, tak pasti lagi. Siapa tahu...tiba-tiba ada keajaiban berlaku dengan izin Allah kan?

Tahun depan...? InsyaAllah giliran Shah Alam (^_^)

4 comments:

  1. tahun ni pun beraya kat umah PIL jugak, tapi tiap2 tahun mmg merasa berpuasa kat kg suami dan kampung saya, phg terengganu tak jauh kan, dapat la merasa

    ReplyDelete
  2. Kami pula blk raya tak ada istilah turn siapa.. blk mana2 dulu mengikut kesesuaian cuti.. 8 tahun dah.. :D

    ReplyDelete
  3. sejak kahwin ni, memang saya tak berkesempatan berpuasa di Shah Alam. Hajat di hati memang nak sangat2...tapi apakan daya. Kenalah redha.... :)

    ReplyDelete
  4. insyaallah semoga sis dapat brbuka bersama family thn ni..~smile always~

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...