:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, July 31, 2012

Diari Ramadhan 1433h (4)

 ingin bercinta dan berkeluarga hingga ke syurga

Alhamdulillah. Hari ini sudah 11 hari kita berpuasa. Syukur, ummi masih berpuasa hingga ke hari ini. Seperti tahun-tahun sebelumnyya, ummi sudah beberapa kali dapat berpuasa penuh sebulan Ramadhan ^__^ Semulajadi ye. Sayangnya, sepanjang 11 hari ini ummi ada juga 3 kali tak bangun sahur v__v. Sedar-sedar, ya Allah dah jam 6.00 pagi huhu.

Selama 11 hari ni, ummi dan abah tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Abah kata "tak payahlah pergi, mahal harga makanan tu. Kita masak kat rumah lagi jimat". Sebenarnya dalam hati ummi ni teringin lah juga nak rasa roti john (lama dah minta, tapi asyik tak dapat huhu), popia basah, air bandung cincau, itu lah, inilah....hehe. Tetapi bila sampai waktunya, hasrat nak beli tu memang dah takde. Rajin pula nak memasak sebab setiap kali lepas makan, abah auni akan kata "Uii, sedapnya. Alhamdulillah, terima kasih sayang sebab masakkan juadah berbuka hari ini". Walaupun ummi tahu sebenarnya ummi ni taklah pandai sangat bab-bab memasak, tetapi bila suami menghargai apa yang kita buat...automatik makin bersemangat nak masak.

anak dara solehah ni makan jam 7.00 pagi....saje nak bagi abah tergoda 
dengan makanan tu hihi

*******************************
Hari ini ummi MC. Dari malam tadi sakit perut, pagi tadi pula sakit tengkuk. Mungkin salah tidur agaknya v__v Ujian di hari ke-11 ini


Monday, July 30, 2012

Pakej Ramadhan 2012 @ Rangnok Restaurant

Masih ingat pasal Rangnok Restaurant yang ummi tulis dahulu? Kalau belum KLIK SINI cepat-cepat

Musim Ramadhan ni, memang ramai yang mengambil kesempatan nak berbuka di luar kan? Sepanjang bulan Julai ini, ramai juga yang mencari Rangnok Restaurant hehe. Memang tak rugi anda ke sini tau. Makanan memang sedap-sedap belaka ^__^ 

Tadi pagi ummi tengok, ada ucapan "Terima Kasih" daripada Rangnok Restaurant. Eh, betul ke ni? Entah siapa-siapa lah ye agaknya hehe. Maka, nak memastikan betul ke RR yang hantar mesej, ummi singgah di web tersebut. Wah...memang betullah!!

*
*
*
*

Sempena Ramadhan ni, RR menyediakan 3 Pakej Lengkap untuk berbuka. Anda boleh pilih yang mana berkenan di hati. Bermula serendah RM120.00 hingga RM200.00.
Apa lagi? Jom pakat pi Rangnok Restaurant ni.

Telur Campur

Telur Campur ... mudah disediakan semudah 1 , 2 .... 3


Bahan-bahan :-

4 biji telur
1/2 peket ayam kisar ~ ummi guna jenama Saudi
1 cawan sayuran campur
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji tomato ~ dipotong dadu
1/2 biji cili merah ~ dihiris halus
1 sb sos cili
1 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 sb kicap cair

***************************


- Panaskan kuali dengan sedikit minyak
- Masukkan telur, terus kacau dengan sudip hingga telur hancur (tidak perlu terlalu masak)
- Angkat dan ketepikan.


- Kemudian, panasakan kuali dengan sedikit minyak zaitun
- Tumis tomato dan bawang besar hingga agak layu
- Masukkan pula ayam kisar
- Apabila ayam kisar hampir masak, masukkan pula sayuran campur, lada hitam, sos cili, kicap, hirisan cili merah, garam dan gula secukup rasa
- Akhir sekali masukkan pula telur tadi.
- Kacau rata dan boleh masukkan juga sedikit daun sup jika suka ^__^

Sunday, July 29, 2012

Ayam Goreng Daisy

Ayam Mentega Rangup @ Ayam Goreng Daisy

Ummi salin resepi ni dari Kak Ita di blog Masam Manis (^__^). Tetapi ummi olah ikut kesesuaian anak tekak. Kiranya ummi dah derhakakan sedikit resepi ni. Minta maaf kak :)


2 keping dada ayam ~ dihiris
2 tangkai daun kari ~ dihiris halus
4 biji cili padi ~ dicincang (ummi tak letak)
60gram mentega ~ boleh tambah jika ingin kuah lebih menyaluti ayam (ummi cuma guna 2sb planta Daisy)
1/2 biji bawang besar ~ dicincang (ummi guna bawang besar Holland tu)
Tepung jagung secukupnya (ummi guna tepung gandum sebab tepung jagung takde)
Minyak untuk menggoreng terendam
Sedikit gula

*******************************************
Bahan perap :-
1/2 sudu teh perencah Pati Ayam Tumix (ummi guna 1 sudu teh Perencah Kohilal)
2 sudu teh gula
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung * (ummi guna 2 sudu besar tepung gandum yang digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan perencah Kohilal)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada putih (ummi tak letak)
Garam secukup rasa
* ummi tambah 2 biji limau kasturi (diperah dan ambil airnya)


=> Gaul ayam bersama bahan perap dan perap selama lebih kurang 20 minit
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung
Kemudian goreng terendam
Setelah ayam masak kuning keemasan, angkat toskan minyak dan ketepikan

Dalam kuali cairkan mentega
Masukkan bawang, cili padi dan daun kari
Tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan ayam dan gula
Gaul sebati
Angkat dan sedia dihidangkan


Tetamu Ramadhan di Teratak Mawaddah

Kelmarin kami dikunjungi adik-adik yang pulang menyambut Ramadhan (^__^) Acik Edil, Acik Ayu dan Acik Najah. Berkejar-kejar ummi bersilat di dapur ketika jam menghampiri 3.30petang. Sebelum tu kami bermalam di rumah tokmi. Kebetulan adik-adik sampai, ummi baru solat Asar. Mereka turut sama membantu menghidangkan juadah berbuka. Alhamdulillah....tetamu datang membawa rahmat ^__^ Julung-julung kalinya menerima tetamu jauh di bulan Ramadhan ini.

Petang tu ummi sekadar masak Nasi Mentega (maaf, tiada dalam gambar) , Telur Campur + Sayur Campur + Ayam Mentega Rangup. Adik-adik bawa buah tembikai untuk dijadikan jus, murtabak, puding karamel dan buah pauh. Abah pula telah beli Akook dan agar-agar sebelum tu. Meriah betul. Tetapi, shake Herbalife ummi memang tak dilupakan hehe

Selepas solat terawih, mereka pulang. Tak lama duduk rumah kami sebab nak menghantar Acik Najah balik KIAS pula. Anakanda solehah, masa inilah pelbagai aksi 'terlarang' dia tonjolkan. Sabar ajelah. Abah kata "adik ni terlebih minum Milo (koko), sebab itulah aktif sepanjang masa". Masakan tidak, setiap kali mesti nak air milo/koko dan bandung. Ini memang kesukaan dia. Air masak dahlah kurang. Dia pun suka minum shake ummi. "Meh sini adik habiskan," kata Auni apabila shake dalam botol ummi dah tinggal sikit (^__^)

p/s : untuk resepi, insyaAllah akan menyusul nanti

 


Saturday, July 28, 2012

Puding Laici & Puding Mangga Berkuah Kastard

Alhamdulillah.

Hari ini sudah masuk hari ke-8 kita berpuasa. Moga bulan Ramadhan ini dapat mengajar kita untuk lebih berjimat-cermat dalam amalan pemakanan seharian hehe. Sepatutnya, bulan Ramadhan ni lebih menjadikan kita sihat kekal cantik sepanjang masa. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Pergi pasar atau bazar, aroma nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, ayam percik, roti john, roti jala. Belum lagi mata kita ni rambang nak pilih kuih tepung pelita atau bingka ubi atau kasuwi atau rojak buah yang jadi pilihan. Sedar-sedar di penghujung Ramadhan, alamakkkkkkkkk! Beratku naik 5 kg v__v.

Panjang berjela betul mukaddimah kali ni ^__^

Yang sebenarnya, ummi saja nak share pemanis mulut untuk kita berpuasa hehe. Anda dah mencuba puding laici dan mangga yang ummi buat? Kalau belum, silalah cuba ye kerana 2 puding ini memang top dalam senarai pencarian.



*

*

*

Tetapi, kalau anda gemarkan Fruit Cocktail, bolehlah rujuk resepi ini ya




Wednesday, July 25, 2012

Jom sihat dengan Herbalife (2)

Ramadhan ni memang menguji nafsu makan juga. Tengok rancangan masakan di tv, semua resepi nak dicuba. Buka folder masakan ummi dalam laptop, terliur tengok hasil air tangan yang kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang kurang menjadi (^_^") Kalau ikutkan nafsu makan ni, memang waktu berbuka nak makan benda yang manis-manis, air sejuk, pencuci mulut macam puding triffle ^__^ hehe. Ayam goreng berempah yang rangup pun sedap juga kan? Apa salahnya kalau ada gulai, masak lemak, sambal sekali atas meja tu.

Tetapi AWAS!
Terlebih makan dan corak pemakanan yang tidak betul memungkinkan anda berisiko tinggi mendapat kencing manis dan berat badan anda bertambah. Oh tidak!


******************************************
Cerita sebenar yang ummi nak bagitahu adalah :


Berat ummi telah turun 3kg (^__^). Baru 3kg dah nak kecoh. 

Eh, bukan nak kecoh tau. Ummi cuma nak bagitahu, ummi turun 3kg setelah mengamalkan pemakanan yang sihat di samping ummi ambil produk Herbalife. Ya, Herbalife. Sebenarnya, masa awal-awal beli dulu memang ummi ikut betul-betul cara makan yang coach ummi bagitahu. TETAPI, semua tu entah ke mana selepas ummi balik dari Langkawi. Herbalife ke mana, cara pemakanan pun entah ke mana (v__v).

Coach ummi dah turun hampir 7kg. Ah, sudah. Tak boleh jadi huhu. Ummi tanamkan azam, nak turun juga. Jadi, ummi kembali makan Herbalife betul-betul. Ummi mula dengan yang baru sebelum puasa baru ni iaitu 20/07/2012. Baru je lagi. Ummi saje timbang berat di ofis pagi tadi dan..............................yeay, saya hilang 3kg!

Anda bila lagi?

Diari Ramadhan 1433h (3)

5 Ramadhan 1433h

Semalam, azan isyak berkumandang di televisyen. Ummi sedang mendodoikan anakanda solehah. Tiba-tiba...

Auni : ummi, dah azan lah..
Ummi : a'ah, dah azan isyak
Auni : ummi nak solat?
Ummi : nak, sekejap lagi ummi solat
Auni : pergi solat cepat. Ummi pergi solat dulu baru tidur. Cepatlah..solat dulu
( sambil menunding jari dekat ummi ^__^ )

*******************************
Auni : ummi, adik nak tengok cerita kakak menangis ( drama )
Ummi : ummi nak solat dulu, lepas solat kita tengok ye?
Auni : ah, ummi nak solat ke?
Ummi : a'ah, nak solat isya'
Auni : Isyad?
Ummi : Isya'...bukan adik Isyad ^__^

*******************************
Auni : ummi, meh sini adik nak bisik (datang kat ummi sambil berbisik)
Ummi : apa dia?
Auni : ummi, esok adik nak beli aisterim (aiskrim), cokelat, gula-gula, air kotak cokelat deh
Ummi : okey
Auni : pastu esok kita balik shah alam deh
Ummi : okey
Auni : kita balik jumpa nenek, atok babah, ayah long, ayah su, acik edil, acik ayu deh
Ummi : okey, tapi kita balik raya nanti. Tunggu ummi dengan abah cuti ye
Auni : okey ^__^


 

Monday, July 23, 2012

Diari Ramadhan 1433h (2)

Kenangan indah apabila 7 beradik berkumpul
3 orang ipar duai
4 orang anak-anak soleh solehah
********************************
4 Ramadhan 1433h

Alhamdulillah, sedikit coretan ringkas untuk kenangan Ramadhan kali ni. Gambar di atas diambil pada petang 1 Ramadhan yang lalu. Kebetulan semua adik-beradik abah ada, jadi kami mengabadikan gambar kenangan. Jarang dapat berkumpul sebegini ramai. Memori yang sangat manis untuk dikenang :)

Malam ke-2 terawih, ummi sekali lagi dapat berterawih di surau bersama anakanda solehah (^__^). Seperti biasa, prestasi yang sangat bagus ketika Solat Isya'. Namun masih berjalan ke sana sini, masuk ke bahagian saf lelaki, menyapa makcik-makcik dan kakak-kakak yang sedang solat, mengetuk-ngetuk pintu dan membaca Al-Fatihah dengan kuat. 4 rakaat pertama solat terawih, ummi masih mampu menarik nafas lega walau sedikit sesak :) Jantung ni memang berdebar semacam bila terdengar bunyi tombol pintu dipulas dengan kuat. Ummi dah agak, pasti Kak Long Auni nak keluar. Malam tu memang dia terlalu aktif lah pula hehe. Ummi pula terlupa hendak bawakan buku cerita untuk Auni :(

4 rakaat terakhir lebih mencabar. Dia dah merengek nak keluar duduk dengan tokmi. Tokmi solat di bahagian luar surau bersama Cik Wa. Ummi memang tak bagi dia keluar sebab dia akan panjat tembok surau. Puas ummi pujuk, hinggakan ummi akhirnya tersebut "Nanti kita beli aiskrim balik ni,". Dengar perkataan aiskrim, laju aja dia angguk kepala dan senyum. "Okey, ummi solat 2 aje deh. 2 aje deh, pastu kita beli aisterim (aiskrim)". Cerdik sungguh anak ummi ni haha. Seperti biasa, ummi solat witir di rumah setelah menyerah kalah dengan rengekan anakanda yang tak henti-henti nak balik.

****************************
Malam kelmarin ummi solat terawih berjemaah dengan abah sahaja kerana kami menghantar adik bongsu ke stesen bas. Moksu nak pulang ke UIA Gombak. Jadi kami solat di rumah tokmi sahaja. Itupun dalam cahaya romantik kerana bila buka lampu kalimantang, anakanda solehah memanjat katil dan lompat-lompat di atasnya hehe.

Sekian, coretan rinkas untuk kali ini.


Saturday, July 21, 2012

Diari Ramadhan 1433h (1)

(kenangan Ramadhan 1432h yang lalu)

1 Ramadhan 1433h


Alhamdulillah. Misi untuk berterawih di surau bersama anakanda solehah berjalan lancar malam tadi. Tahun lepas memang ummi terawih di rumah sahaja dek kerana "tidak larat" dengan keaktifan anakanda seorang itu. Tahun ni memang ummi berazam nak solat terawih di surau bersama anakanda memandangkan dia pun dah agak "mendengar kata" umminya hehe.

Sebelum ke surau, ummi berkali-kali pesan pada Kak Long Auni : Nanti duduk belakang ummi diam-diam ye. Jangan lari sana-sini. Ummi nak solat". Jawapan ringkas diberi : Okey (sambil menganggukkan kepala). Malam pertama Ramadhan memang sesak dengan jemaah terutama di saf wanita. Penuh. Ummi memutuskan untuk duduk di saf belakang dan di tepi sekali. Tujuannya supaya mudah nak keluar bila anakanda solehah "panas engin".

Masa solat Isyak, dia menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Duduk diam di belakang ummi. Tenang rasanya hehe. Namun, bila tiba solat terawih, dia dah mula panaskan engin. Daripada gear 1 terus melonjak ke gear 4. Aduhai....Berjalan di hadapan saf, pergi ke bahagian lelaki, menyanyi, lepas tu dia ikut imam baca Al-Fatihah dengan kuat. Masa rakaat terakhir solat terawih tu dia dah mula merengek nak balik.

ummi : Sekejap aja lagi ye. Boleh ummi solat lagi 2 rakaat? 2 aje (ummi tunjuk isyarat 2)
auni : okey, 2 aje tau (senyum)


ummi bagi salam yang kedua.........


auni : ummi dah siap solat kan? jom balik
ummi : err, boleh tak ummi nak solat lagi? Sekejap aje lagi, solat witir pula
auni : aaaaaaaaaaaaaahhhhh (merengek)
ummi : alah, sekejap aje. Sekejap ye.....
auni : arghhhhhhhhhhhhhhhhh (makin deras)
ummi : okey..okey, jom tunggu tokmi ngan Cik Wa kat luar


**************************************
Kita tengok apa pula yang terjadi malam ni................


Friday, July 20, 2012

Puding Coklat Oreo

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung Teratak Mawaddah (^__^). Alhamdulillah, dapat bersua kembali. Seperti yang ummi janjikan, di sini ummi pamerkan pencuci mulut yang ummi buat. Puding Coklat Oreo. Ummi ambil resepi ni dari Kak Ummi Kuantan. Cuma, ummi olah sedikit mengikut kesesuaian anak tekak ummi hehe. Minta maaf Kak Ummi (^__^). Boleh singgah di SINI kalau nak resepi asal ye.


Bahan-bahan :-
  • 1 peket agar-agar stripe + 28gram (selalu ummi guna 30gram)
  • 12 keping biskut oreo (inti putih asingkan)
  • 7 sudu besar gula
  • 500ml air
  • 200ml susu segar Marigold (Goodday)
  • 600ml susu segar Coklat Marigold (Goodday)
Cara-cara :-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus.
  2. Rebus agar-agar bersama 500ml air hingga larut, kemudian masukkan gula.
  3. Blander halus biskut Oreo. (Masa buat kali pertama ni, ummi tak guna blander. Ummi hancurkan guna tangan dan sudu sebab blander dah rosak huhu, sebab tu tak berapa cantik puding tu)
  4. Masukkan susu segar dan susu segar coklat ke dalam periuk. Gaul hingga sebati.
  5. Curah ke dalam acuan, tunggu hingga sejuk baru masukkan ke dalam peti.


percubaan pertama kali hehe

psst : Dalam minggu ini sahaja ummi dah buat Puding Coklat Oreo ni sebanyak 3 kali hehe.

Thursday, July 19, 2012

Sunday, July 15, 2012

Maktabah Sri Mawaddah

Masih mencari rentak...untuk memanaskan kembali enjin yang telah lama tidak digunakan.
(mood berblogging kini suam-suam sahaja)

Kali ni ummi nak tunjukkan antara koleksi buku2 yang ada di Maktabah Sri Mawaddah :

 Antara koleksi novel yang ummi beli
kebanyakannya karya Ramlee Awang Murshid....ummi pasti merindui Trilogi Sunan

 buku-buku berkaitan rumahtangga

 buku-buku agama yang kebanyakannya merupakan koleksi abah

lagi....buku-buku agama

Harap maklum, ummi punya broadband maxis agak lambat macam siput je kebelakangan ni. Mood nak BW pun menurun huhu. Terima kasih kepada mereka yang singgah di teratak kami ni ye

Saturday, July 14, 2012

Masak-masak

sarapan : Burger Sri Mawaddah


Makan tengahari : Nasi Goreng Tulus Cintaku




Monday, July 02, 2012

Apa Khabar Semua? Teratak Mawaddah Kembali Bersiaran....


Lama sungguh TM menyepi ye?
Rindu nak BW ke blog kalian (^__^)
Alhamdulillah, ummi baru 2 hari pulang dari Pulau Lagenda - Pulau Langkawi
Bukan makan angin dengan abah dan Kak Long Auni, tapi dengan kawan-kawan ofis

InsyaAllah ummi akan ziarah blog kalian...ambil masa sikit sebab masih blur-blur ni hehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...