Kelmarin kami dikunjungi adik-adik yang pulang menyambut Ramadhan (^__^) Acik Edil, Acik Ayu dan Acik Najah. Berkejar-kejar ummi bersilat di dapur ketika jam menghampiri 3.30petang. Sebelum tu kami bermalam di rumah tokmi. Kebetulan adik-adik sampai, ummi baru solat Asar. Mereka turut sama membantu menghidangkan juadah berbuka. Alhamdulillah....tetamu datang membawa rahmat ^__^ Julung-julung kalinya menerima tetamu jauh di bulan Ramadhan ini.
Petang tu ummi sekadar masak Nasi Mentega (maaf, tiada dalam gambar) , Telur Campur + Sayur Campur + Ayam Mentega Rangup. Adik-adik bawa buah tembikai untuk dijadikan jus, murtabak, puding karamel dan buah pauh. Abah pula telah beli Akook dan agar-agar sebelum tu. Meriah betul. Tetapi, shake Herbalife ummi memang tak dilupakan hehe
Selepas solat terawih, mereka pulang. Tak lama duduk rumah kami sebab nak menghantar Acik Najah balik KIAS pula. Anakanda solehah, masa inilah pelbagai aksi 'terlarang' dia tonjolkan. Sabar ajelah. Abah kata "adik ni terlebih minum Milo (koko), sebab itulah aktif sepanjang masa". Masakan tidak, setiap kali mesti nak air milo/koko dan bandung. Ini memang kesukaan dia. Air masak dahlah kurang. Dia pun suka minum shake ummi. "Meh sini adik habiskan," kata Auni apabila shake dalam botol ummi dah tinggal sikit (^__^)
p/s : untuk resepi, insyaAllah akan menyusul nanti
meriahnya berbuka ramai2 kan.Untungla ummu auni pandai masak macam2.hihi. happy auni bile ramai2 datang=)
ReplyDeletememang meriah bila berbuka ramai2 ni :) ummi masak sekadar nak alas perut 2-3 orang dalam rumah ni bolehlah hihi. mama aufa bila nak datang teratak kami ni?
Delete