Kenangan indah apabila 7 beradik berkumpul
3 orang ipar duai
4 orang anak-anak soleh solehah
********************************
4 Ramadhan 1433h
Alhamdulillah, sedikit coretan ringkas untuk kenangan Ramadhan kali ni. Gambar di atas diambil pada petang 1 Ramadhan yang lalu. Kebetulan semua adik-beradik abah ada, jadi kami mengabadikan gambar kenangan. Jarang dapat berkumpul sebegini ramai. Memori yang sangat manis untuk dikenang :)
Malam ke-2 terawih, ummi sekali lagi dapat berterawih di surau bersama anakanda solehah (^__^). Seperti biasa, prestasi yang sangat bagus ketika Solat Isya'. Namun masih berjalan ke sana sini, masuk ke bahagian saf lelaki, menyapa makcik-makcik dan kakak-kakak yang sedang solat, mengetuk-ngetuk pintu dan membaca Al-Fatihah dengan kuat. 4 rakaat pertama solat terawih, ummi masih mampu menarik nafas lega walau sedikit sesak :) Jantung ni memang berdebar semacam bila terdengar bunyi tombol pintu dipulas dengan kuat. Ummi dah agak, pasti Kak Long Auni nak keluar. Malam tu memang dia terlalu aktif lah pula hehe. Ummi pula terlupa hendak bawakan buku cerita untuk Auni :(
4 rakaat terakhir lebih mencabar. Dia dah merengek nak keluar duduk dengan tokmi. Tokmi solat di bahagian luar surau bersama Cik Wa. Ummi memang tak bagi dia keluar sebab dia akan panjat tembok surau. Puas ummi pujuk, hinggakan ummi akhirnya tersebut "Nanti kita beli aiskrim balik ni,". Dengar perkataan aiskrim, laju aja dia angguk kepala dan senyum. "Okey, ummi solat 2 aje deh. 2 aje deh, pastu kita beli aisterim (aiskrim)". Cerdik sungguh anak ummi ni haha. Seperti biasa, ummi solat witir di rumah setelah menyerah kalah dengan rengekan anakanda yang tak henti-henti nak balik.
****************************
Malam kelmarin ummi solat terawih berjemaah dengan abah sahaja kerana kami menghantar adik bongsu ke stesen bas. Moksu nak pulang ke UIA Gombak. Jadi kami solat di rumah tokmi sahaja. Itupun dalam cahaya romantik kerana bila buka lampu kalimantang, anakanda solehah memanjat katil dan lompat-lompat di atasnya hehe.
Sekian, coretan rinkas untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)