:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, July 31, 2012

Diari Ramadhan 1433h (4)

 ingin bercinta dan berkeluarga hingga ke syurga

Alhamdulillah. Hari ini sudah 11 hari kita berpuasa. Syukur, ummi masih berpuasa hingga ke hari ini. Seperti tahun-tahun sebelumnyya, ummi sudah beberapa kali dapat berpuasa penuh sebulan Ramadhan ^__^ Semulajadi ye. Sayangnya, sepanjang 11 hari ini ummi ada juga 3 kali tak bangun sahur v__v. Sedar-sedar, ya Allah dah jam 6.00 pagi huhu.

Selama 11 hari ni, ummi dan abah tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Abah kata "tak payahlah pergi, mahal harga makanan tu. Kita masak kat rumah lagi jimat". Sebenarnya dalam hati ummi ni teringin lah juga nak rasa roti john (lama dah minta, tapi asyik tak dapat huhu), popia basah, air bandung cincau, itu lah, inilah....hehe. Tetapi bila sampai waktunya, hasrat nak beli tu memang dah takde. Rajin pula nak memasak sebab setiap kali lepas makan, abah auni akan kata "Uii, sedapnya. Alhamdulillah, terima kasih sayang sebab masakkan juadah berbuka hari ini". Walaupun ummi tahu sebenarnya ummi ni taklah pandai sangat bab-bab memasak, tetapi bila suami menghargai apa yang kita buat...automatik makin bersemangat nak masak.

anak dara solehah ni makan jam 7.00 pagi....saje nak bagi abah tergoda 
dengan makanan tu hihi

*******************************
Hari ini ummi MC. Dari malam tadi sakit perut, pagi tadi pula sakit tengkuk. Mungkin salah tidur agaknya v__v Ujian di hari ke-11 ini


10 comments:

  1. Betul bila suami hargai apa yang kita masak terasa lagi bersemangat nak cuba masak macam-macam menu sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak :) suami yang baik, akan sentiasa menghargai apa yang dibuat oleh isterinya...begitu juga sebaliknya :)

      Delete
  2. Mmg puashati bila dpt sediakan semua juadah sendiri..tp mcm akak ni bekerja kdg terpaksa membeli jg sikit2..ala kadar je..:)
    Moga cpt sembuh ye..sakit tengkok..org tua kata jemur bantal...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...tak teringat pula petua org dulu2 :) mmg ada dengar kalau sakit tengkuk, jemur bantal

      Delete
  3. Semoga ummi na cpt sembuh.. Kak zefa pun x pernah jejak lg bazar ramadhan thn ni. Ayah yusuf ada la, tu pun kalau ada permintaan dr yusuf.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...anak2 memang cepat tergoda dan terliur dgn makanan di bazar tu. Macam2 ada...yang kita jarang dan susah nak jumpa, yang itulah dijual kat bazar kan?

      Delete
  4. Kebetulan macam sama pula cerita kita ;)
    Saya tak pernah jejak. Tp AI byk kali juga. Beli nasi kerabu :)
    Kuih mmg jarang. Kalau beli pun AI beli akok
    Dah baik ke sakitnya.. Hrp cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...tadi pergi klinik dah :)

      sedap tu nasi kerabu....tapi saya on diet sekarang ni, jadi kena lupakan seketika yang sedap2 tu hehe

      Delete
  5. hubby sy pun sk sy msk gak.. dia kata mahai.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...kdg2 kalau beli tu, kebetulan dapat yang tak kena dengan selera...memang tak berbaloi rasanya. Ada peniaga yang nak kaut untung lebih, tapi barang yang dijual tak sepadan dengan harga huhu

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...