:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, June 30, 2011

- masalah nak sign in blogspot -

Punyalah pening dari petang tadi sampai lah entry ni ditaip :)

Pasal tak boleh nak sign in kat blogspot tadi. Selalunya ummi guna Google Chrome je. Sign in - sign in asyik tak boleh. Keluar yang 400 Bad Request. Adoiilaaa...Guna IE okey sikit tapi macam lambat sangat2...Mozilla Firefox pun hidup segan mati tak mahu.

Ummi search kat FB, mesti ada orang yang bangkitkan hal ni. So, terjumpalah caranya :-


1- Pergi kat Tools
2- Klik Clear Recent History (ummi clearkan semuanya dari awal lagi...baru laju)
3- Okey dah siap.

Memang boleh buka blogspot lepa tu (^_^)
Tapi kalau tak boleh juga buka, ummi tak dapatlah nak tolong ya!

- HELLO KITTY CONTEST -


Sila klik sini kalau nak join contest ni ya.
due date : 27 Julai 2011 @ 10.00 am


Ummi telah di tag oleh nina untuk turut serta contest ni.
Dalam banyak-banyak gambar auni dan si Kitty, ummi paling suka gambar ni :-


*


*


*


Kucing ni bukan kucing Auni, tapi kucing mak saudara punya. Nama kucing ni? Tak tahu lah, tapi kami rasa nak letak nama "bella". Auni pun memang sayang dan suka sangat dengan kucing. Siap digomol, dicium, dicubit-cubit kucing tu hehe.



Ummi nak tag :


* kalau Sahabat Mawaddah yang lain nak join sekali sangat dialu-alukan. Lagi meriah (^_^) *

Wednesday, June 29, 2011

- Minggu Laporan -

* minggu untuk siapkan laporan
.............................................
(sangat sibuk minggu ni)
InsyaAllah ummi akan BW blog kalian perlahan-lahan ya
Kepada sesiapa yang tag ummi untuk GA/Contest, insyaAllah ummi akan selesaikannya
lepas habis buat laporan ni (^_^)

~ walaupun Teratak Mawaddah nampak macam suam-suam kuku dalam minggu ni, sudi-sudikanlah menjenguk kami selalu hehe ~

Tuesday, June 28, 2011

- Auni 22 bulan -


Check-up auni
Tarikh : 28.06.2011
Hari : Selasa
Jam : 3.00 petang
Tempat : Klinik Kesihatan Kubang Kerian
Usia : 22 bulan

disebabkan suasana agak lengang, auni sewenang-wenangnya aja masuk bilik doktor (^_^)


Alhamdulillah auni dah 22 bulan, bermakna dah 22 bulan jugalah ummi dan abah bergelar ummi abah dan merasa pengalaman menjaga, mengasuh dan mendidik auni. Petang tadi kami sampai di klinik sekitar jam 2.30 petang. Agak terkejut sebab hari ini tak ramai orang. Waaahh, seronok sungguh lah auni (ummi lagi suka) sebab tak rasa sesak+serabut kepala. Auni pun bukan main lagi...lari sana sini, jerit itu ini tanda gembira yang amat sangat. Ummi dan abah dapatlah "bernafas" dengan leganya...(tanda senang hati tak macam selalu)

sesuka hati je anak2 bertuah ni...
cergas + ceria 2 sepupu ni bermain sepanjang hari


Kebetulan, Nafi' dan 'Asim pun check up sekali. Syok je auni bersenang-lenang suka ria dalam klinik tu. Masa timbang tu, mula-mula ummi agak tak percaya. Tahu berapa berat auni? Misi tu tulis 8.7kg SAHAJA. Ish, musykil juga...turun tu berat auni. Walhal bulan lepas 9.7kg. Ummi suruh abah timbangkan auni pula bila dah takde budak timbang. Agak terkejut juga...bila timbang kali kedua, 10.00kg sahaja. 10.00 kg?? Naik berapa kilo je tu.

Kali ni auni kena makan ubat cacing. Hari tu baru baca pasal ubat cacing dalam blog anamarza (^_^). Bila dah dapat ubat cacing tadi, barulah ummi tahu rupa ubat cacing tu camana hehe. Masa jumpa misi, okeylah perkembangan auni. Cerita itu ini, pasal pemakanan semua, berat badan, perkembangan auni dari semasa ke semasa...siap semua dalam pukul 3.40 petang juga lah. Temujanji seterusnya bulan 9 ni pula.


* Auni memang kanak-kanak yang cukup cergas+stamina kuat :p

- temujanji di klinik -

Hari ni check-up auni kat Klinik Kesihatan Kubang Kerian. Jam 3 petang nanti. Memang selalunya kami ambil yang pukul 3 petang punya. Kalau pergi pagi, memang payah. Baik ambil Cuti Rehat je hehe. Abah auni mengajar, takkan nak masuk kelas pukul 12 pula kan? Kalau daftar pukul 8, masuk jumpa nurse pukul 9 takpe lagi. Ini pukul 10.00-11.00 baru dapat jumpa.

Kalau pukul 3 petang, biasanya abah akan ambil ummi dari ofis dalam pukul 2.30petang. Sampai kat KK dah pukul 3.00 petang. Daftar, tunggu giliran semua tu...masuk jumpa nurse adalah dalam pukul 4.30 siap dah. Biasanya waktu macam ni lah siap semuanya.

Auni pula memang suka berlari sana-sini dalam klinik. Panjat sana-sini, tegur budak-budak sebaya dia, tekan punat tv dan segala macam aksi dia buat. Agaknya dia boring menunggu lama sangat kan? Ummi dan abah ni pun letih+rima+tak selesa ramai-ramai ni, apa lagi auni yang kecil tu.

Agak-agak berapa berat auni sekarang ni?

Monday, June 27, 2011

- deco...deco -

ini header terkini Teratak Mawaddah


Kenapa Teratak Mawaddah berubah wajah?

Jawapannya :
(a) Kami nak cari sesuatu yang baru
(b) Kami suka mencuba
(c) Kami rasa "wajah baru" teratak kami ini membuatkan kami segar (^_^) - see?

Sambil abah tengah mengajar tuisyen tu, ummi sempatlah men decorate Teratak Mawaddah ni. Ummi saje pilih tema hijau kali ni. Biar nampak kelainan sikit. Tapi ini belum habis kemas lagi ni. Banyak lagi yang ummi nak kemas.

Header kali ni saje ummi buat simple. Taklah serabut sangat kan? Okeylah tu....

Oh, jangan lupa nantikan sambungan Sebuah Pertemuan ya....

- mendidik anak menabung -

ummi, agak-agak duit kita dah berapa ye?
boleh beli BANGLO sebijik tak?



Alhamdulillah...

Ummi dah lama sebenarnya ajar auni menabung. Kalau dulu sebelum auni lahir, ummi dan abah akan simpan paling tidak pun RM1 sehari. Duit ni memang WAJIB tak diusik. Sampaikan kalau ada duit syiling lebihan beli barang dapur pun ummi akan masukkan dalam tabung.

RM 1 x sehari = RM1.00
RM 1 x 30 hari = RM30.00
RM 1 x 365 hari = RM365.00

(duit ni tak termasuk duit syiling lebihan beli barang dapur, alatulis dan beli makan tengahari ummi kat ofis hihi)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Auni pun kalau nampak duit syiling, dia akan beri ummi
"ummi...uwit..uwit (duit..duit)"

ummi dan abah nak didik auni untuk menyimpan
sebagai tabungan masa hadapan

* sambil masukkan duit dalam tabung, auni akan sebut "atu...we...atu..we.." - (satu...dua..)

- Gila Online Shopping -

Apa kena dengan ummi ni??
Sekarang ni ummi tengah Gila Shopping!
Rambang mata sungguh
Nak carikan baju anak dara seorang ni...punyalah lama
Jom kita ke sini :-

Online Baby Wear

Lagi-lagi ada Clearance Sale...aduhai.
Pokai macam ni...bila lah agaknya dapat kumpul duit nak bercuti ke Melaka ni.
Ops!!!

*


*


*


*

Ummi cuma WINDOW SHOPPING je dulu ni hehe
* abah tak tahu tu.....

Sunday, June 26, 2011

- Wordless Sunday -


- kenapa perlu minum banyak air masak? -

Setiap hari ummi akan pastikan yang ummi akan minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. 3 LITER ya.. Banyak mana agaknya? Paling tidak 2 botol mineral yang setiap satu tu 1.5 liter. Tahu kan? Kalau di ofis, memang ummi dah terkenal dengan botol air tutup hijau yang besar tu.

"Besarnya botol air ina. Habis ke ni?"
"Ina minum air ni sampai petang? Habis ke?"
"Baguslah minum air masak banyak. Buang toksin dalam badan. Akak ni kurang minum air"
"Akak tak boleh minum banyak ni, mesti nak membuang aja lah nanti"

Itulah antara kata-kata yang ummi dengar awal-awal dulu. Tapi sekarang ni dah takde lah kata-kata tu lepas ummi ceritakan serba ringkas kepentingan minum air masak ni. Sebenarnya memang dah lama ummi minum banyak air masak, cuma dulu jarang-jarang minum hehe. Kadang-kadang banyak (3 liter atau lebih), kadang-kadang tak sampai 2 liter pun sehari.

Sejak ummi ambil produk Shaklee (lecithin, alfalfa, vitamin c dan b complex), memang ummi minum banyak air masak. Lagipun, memang k.cery dan hadha pesan kena minum banyak air masak. Tak boleh kejap banyak, kejap sikit. MESTI banyak (^_^)

Apa faedahnya ya?

1- mengekal dan meningkatkan kesihatan
2- mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara 79% dan kanser pundi kencing 59%
3- melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang
4- buang LEMAK. Bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan, banyak minum air masak adalah jalan yang terbaik


Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)



Banyak lagi sebenarnya...kalau nak tahu lebih lanjut, singgahlah ke blog k.cery ya (^_^). Anda boleh juga membeli produk Shaklee atau minta pandangan daripada k.cery. Singgah jangan tak singgah!

- Sebuah Pertemuan (2) -

Wahai bakal suamiku...
Aku tahu, aku mengerti masanya akan tiba jua. Alhamdulillah, doaku telah dimakbulkan. Syukur padaMu Ya Allah, yang telah mencampakkan mawaddah dan mahabbah dalam hatiku. Engkau akan hadir jua satu hari nanti..

Inikah perasaan yang dilalui oleh setiap insan yang akan disatukan dalam ikatan yang suci? Ya Allah, manis sekali cinta yang Engkau berikan ini...namun belum tentu aku memilikinya tanpaMu. Tetapkanlah hatiku Ya Allah.

Wahai bakal suamiku...
Allah telah hantarkan dirimu kepadaku. Aku akan tetap menunggu masanya, saat dirimu akan hadir memimpin tanganku menuju ke jalanNya. Moga rasa kasih dan cinta yang kusimpan ini hanya untukmu, dan akan bersimpuh di bawah cinta dan kasihNya...

Wahai bakal suamiku...
Kala ini aku masih bersabar menanti kehadiranmu. Kupujuk hatiku yang dilanda resah ini. Sungguh amat payah untukku mengusir rasa kasih dan cinta ini tanpa pertolonganNya. Wahai habibi, bersamalah kita berdoa agar cinta yang Allah kurniakan kepada kita akan merimbun dalam kasihNya...dalam rimbunan keimanan. Berdoalah wahai bakal suamiku...hanya Dia yang Maha Mendengar dan Mengetahui isi hati hamba-hamaNya..

*******************************************

Amjad melepaskan keluhan. Ya Allah, inikah dugaan yang terpaksa kutanggung? Inikah ujianMu yang terpaksa aku hadapi? Berat sungguh dugaan ini. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan Ya Allah. Jangan Kau buangkan rasa kasih yang mula berputik di hatiku, sebaliknya Kau temukanlah aku dengan pemilik wajah yang selalu muncul menghiasi mimpi-mimpiku ini.

Amjad keresahan di kamar setelah mendengar usul kedua orang tuanya sebentar tadi. Ah, benarkah? Hati lelakinya tidak keruan.

"Along, ummi dan abah dah bincang. Kami dah merisik anak kawan abah untuk dijadikan menantu kami. Untuk jadi isteri along. Sopan budaknya, insyaAllah jadi isteri dan ibu yang baik. Umi dan abah berkenan," Allahu Akbar. Ya Allah, apakah aku harus mengiakan sedangkan hatiku kini sudah kuserahkan kepada seseorang? Seseorang yang telah mencuri hatiku tanpa kusedari.

Mengapa ummi dan abah tidak meminta pandanganku dahulu? Merisik perempuan untuk dijadikan isteriku? Di mana hakku? Menyakiti hati ummi dan abah bukan niatku. Aku bukanlah anak derhaka selama ini, tapi kini? Ah, betapa payah dan sukarnya Ya Allah. Siapakah yang harus kupilih?

*******************************************

Langkah Ajwad mati di situ. Ajwad menepuk perlahan pipinya, memastikan adakah dia masih di dalam realiti atau fantasi. Kedudukan kopiah dibetulkan. Janggut sejemput diramas seketika. Bingkai cermin mata ditanggalkan.

Hayunan lemah gemalai dan sopan wanita itu mengetuk pintu hatinya. Diakah? Alhamdulillah.. Bertudung litup dan berjubah coklat muda telah menaikkan seri wajah itu. Sesuai dengan warna kulitnya yang kuning langsat.

"Assalamu'alaikum," salam dihulur lalu dijawab penuh sopan. Wajah di hadapannya sedikit terkejut, namun tetap dimaniskan wajahnya. "Terima kasih untuk tempohari," katanya berbahasa. Mungkin wanita itu mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ajwad, lalu mengangguk perlahan. Kelihatan wanita di hadapannya tersipu malu.

Wanita berjubah coklat itu berlalu meninggalkan Ajwad yang masih kaku di situ. Ah, melepas lagi aku! Ajwad, mengapalah kau ni lambat sangat? Ucap terima kasih je? Aduhai Ajwad, peluang yang ada kau sia-siakan begitu sahaja...

Sesekali tangannya menepuk dahi. Allahu Akbar. Ya Allah...
Dipujuk hatinya yang keresahan. Sabar...sabar...

*******************************************

Wahai bakal suamiku...
Terlalu banyak yang ingin aku bicarakan kala ini. Namun, tak terluah rasanya. Aku terlalu lemah. Terlalu banyak dugaan yang aku hadapi kala ini. Apakah aku mampu menghadapi semua ini?

Wahai bakal suamiku...
Aku perlukanmu di sisi. Andai engkau tahu apa isi hatiku ini, aku ingin kau turut merasai sama apa yang kurasa kala ini. Aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini seorang diri. Aku hampir tersungkur dalam mengharungi dugaan hidup ini. Ah, lemahnya aku. Begitu lemah.

Wahai bakal suamiku...
Apakah kau mendengar luahanku ini? Ujian yang datang menimpa terlalu banyak hingga adakala ku hampir berputus asa denganNya. Ya Allah, terlalu banyak dosaku ini. Aku rasakan diriku ini terlalu jauh dariMu...

Wahai bakal suamiku...
Aku sekadar ingin meluahkan rasa hatiku saat ini, yang sering gundah-gulana. Adakala aku kalah sebelum bertarung. Ah, lemahnya aku. Layakkah aku mendampingimu? Aku malu denganmu..apatah lagi aku malu berhadapan denganNya. Setiap kali aku menghadapNya, setiap kali itulah kurasakan lemahnya aku hingga adakala aku tidak mampu mengangkat wajahku ini. Ya Allah..

Lemah lututku berdiri
Di hadapanMu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaranMu...

Wahai bakal suamiku...
Aku redha dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Allah menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan mereka. Aku redha dengan apa yang berlaku. Ini tanda kaih-sayangNya padaku. Mungkin jua sebagai peringatan untuk diriku yang sering alpa.

*******************************************

Ya Allah
Seandainya telah Kau catatkan
Dia akan menjadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan tika dia ada di sisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Untuk melontar bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar kubisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang teraik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dha'if ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Allahumma ameeenn...


Amjad mengusap wajahnya perlahan. Air matanya mengalir menuruni pipinya, lalu membasahi baju melayu yag dipakai. Pertama kali hatinya pedih, menderita. Hanya kerana seorang wanita yang tidak dikenali, yang hanya muncul di dalam mimpi-mimpinya. Wajah yang setia menemaninya hampir setiap malam.

Pertama kali dia jatuh cinta, namun dilukai. Dia yang melukakan hatinya sendiri. Menyintai sesorang tanpa menegnali nama dan pemilik wajah itu. Bodohkah dia? Ya Allah, perancanganMu adalah sebaik-baik perancangan. Aku redha Ya Allah...aku redha.

Bukan tidak pernah megusir rasa halus yang menyelinap di sudut hati, namun sukar dikikis. Andai bisa ditoreh, akan ditoreh untuk dibuang perasaannya. Namun, rasa cinta yang Allah campakkan saat ini milikNya. Hanya Dia yang bisa membuang rasa halus itu dari hatinya. Biar beribu kali cuba diusir, namun pastu tidak terusir tanpa izinNya.

"Ummi, abah...Along terima cadangan ummi dan abah. Along tahu pilihan ummi dan abah yang terbaik," lembut bicara Amjad menyenangkan hati kedua orang tuanya. Alhamdulillah, kata sepakat sudah dicapai. Tarikh pernikahan juga sudah ditentukan. Bermakna lagi dua bulan dia akan memasuki alam rumahtangga. Ya Allah...

Menjadi suami kepada wanita yang tidak dikenali. Menjadi pemimpin dan ketua keluarga. Sudah bersediakah aku? Amjad?

~ bersambung episod seterusnya...


Saturday, June 25, 2011

- cendawan idaman kalbu -


tadi ummi saja check nuffnang. Tengok apa yang ramai orang cari dalam Teratak Mawaddah ni.
Anda boleh lihat apakah dia?
ya....gambar cendawan :)

Kalau anda peminat cendawan, mai singgap sini kejap.
Kejap je...
Anda akan nampak rupa cendawan yang dicari tu (^_^)
Comel kan?
rugi lah sesiapa yang tak nak tengok rupa cendawan idaman kalbu tu hihi..

- Cuti Rehat -

cuba tegok kertas putih yang dekat bunga merah tu.....
Kurang jelas??
*

*

*

*


Slip Cuti :
Kepada : Saida Marlina bt Mohd Mohtar
Baki Cuti : 12 hari

Cuti tahunan ummi tinggal 12 hari je lagi. Asalnya ada 25 hari huhu.
Kena bajet elok2 untuk raya ni, adik ummi nikah dan kenduri di Shah Alam nanti.


hanya tinggal lagi seminggu je ummi akan duduk di meja ni :(
01/07/2011 ni ummi akan duduk unit lain pula.
Unit apa? Nanti ummi cerita...

Friday, June 24, 2011

- Sebuah Pertemuan (1) -

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi...

*******************************************

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Namun kutak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki.....


Amjad melepaskan pandangan ke arah pantai. Hatinya tenang melihat pantai dan ombak yang berbuih putih. Sesekali ombak mengganas menghempas pantai. Ombak menghempas namun pantai tetap setia di situ. Maha suci Mu Ya Allah. Sesudah subuh, dia menjejakkan kakinya di pantai. Hendak menikmati keindahan pantai pada waktu pagi. Menikmati keindahan suasana apabila sang mentari malu-malu memunculkan dirinya.

Sesekali kakinya menguis pantai. Sejuk angin pagi Pantai Desaru itu mencucuk hingga ke tulang. Dia menghirup udara sepuas-puasnya. Matanya dipejamkan seketika. Dalam keasyikan, muncul seraut wajah yang selalu menghiasi mimpi-mimpinya kebelakangan ini. Wajah itu sudah lama terlukis dalam minda dan hatinya. Mana mungkin wajah itu dilupakan. Hati lelakinya berdebar lantas jantungnya berdegup laju. Sekilat itu, wajah tadi mengundurkan diri. Hilang bersama bayu yang bertiup lembut.

Ya Allah...
Siapakah dia? Aku rindu padanya. Temukanlah aku dengannya jika benar dia Kau ciptakan untukku. Hatinya berbisik perlahan. Siapakah dia? Persoalan yang tidak terjawab oleh aqalnya saat ini. Namun, semakin lama hatinya menyimpan rindu. Rindu yang sukar ditafsirkan oleh hatinya sendiri. Hanya Dia Yang Mengetahui segalanya. Hatinya kini sudah diisi dengan seraut wajah bujur sirih itu. Lirikan mata dan senyumannya cukup berkesan di hati lelakinya. Ah, Amjad!

*****************************************

"Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya...bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kelukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..bila engkau rasa ketinggalan, Allah sentiasa di sisimu..bila engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaian...bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa...Allah adalah jawapannya"


Assalamu'alaikum...
Kutujukan warkah ringkas ini buat insan yang telah Allah ciptakan sebagai teman hidupku kelak...insyaAllah.

Wahai bakal suamiku...
Kudoakan dirimu berbahagia di samping mendapat hidayah serta petunjukNya dan berada dalam lindungan serta kasih -sayangNya selalu. Siapa pun jua dirimu, aku pasti engkau telah Allah ciptakan untukku. Di kesempatan ini aku lakarkan sedikit luahan rasa untukmu. Entah mengapa, namun aku rasa rindu untuk menulis warkah kepada bakal suamiku. Walau kutahu sedari awal, warkah ini aku tulis untuk aku membacanya sendiri, sebab tika ini aku tidak tahu siapakah insan yang Allah ciptakan untukku. Sekurang-kurangnya rinduku kepada temanku bakal terubat jua kerana di kala ini aku eolah-olah sedang berbicara denganmu.

Wahai bakal suamiku...
Sudah bersediakah dirimu untuk menggalas amanah yang satu ini? Dirimu bakal menjadi pemimpin kepadaku dan zuriat keturunan kita kelak. Tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahumu akan menjadi lebih besar. Jika dirimu sudah bersedia, maka segeralah datang kepadaku. Usah dikau persoalkan diriku, kerana aku sudah lama bersedia untuk menjadi pendampingmu. Menjadi suri dalam taman hatimu.

Tahukah dikau wahai habibi...sejak aku mula mengerti mengapa Alalh ciptakan sesuatu itu berpasangan, maka aku mula memasang impian. Aku impikan seorang teman yang dapat memimpin aku dan zuriat keturunanku menuju ke jalanNya..jalan yang diredhaiNya. Aku impikan akan hadir suatu hari nanti, seorang lelaki yang akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang Allah beri dengan baik. Aku impikan seorang lelaki yang akan memimpin tanganku beriringan dengannya untuk menuju ke Taman Firdausi. Aku impikan akan hadir seorang lelaki yang rindukan syahid di jalanNya...aku impikan...aku impikan...terlalu banyak yang aku impikan. Fitrah bagi setiap insan, untuk memiliki kesemua yang aku sebutkan sebentar tadi.

Wahai bakal suamiku...
Aku mahu kau mengerti, aku mahu kau selami perasaanku ini..terlalu banyak impian yang telah aku bina, untuk hidup di samping seorang insan yang akan menjadi teman hidupku. Akan kukongsi impian itu untuk kita laksanakan bersama. Setiap kali dalam sujud terakhirku, aku sering berdoa agar Dia pertemukan kita dalam satu pertemuan yang diredhai. Aku sering berdoa agar disatukan hatiku dengan hatimu seterusnya akan bertaut dengan cintaNya, kerana di situlah pertemuan kita yang paling bermakna....

***************************************************

Ajwad keliru tentang perasaannya. Pertama kali mungkin, hatinya terusik dengan pertemuan yang tidak disengajakan tadi. Resah memikirkan dirinya yang tidak keruan. Ah, parah. Dalam hening malam itu, dia segera sujud memohon petunjukNya. Seraut wajah telah mencuri hatinya, membawa hatinya pergi dari jasad. Mungkin! Seumur hidupnya, inilah pertama kali Allah cambahkan satu perasaan halus, yang menggetarkan naluri lelakinya terhadap insan yang berlainan jantina. Apakah itu cinta? Benarkah? Puas dia mentafsirkan rasa hati yang tersirat. Oh Tuhan...

"Maafkan saya saudara, saya tidak sengaja," masih segar di ingatannya suara wanita itu memohon maaf sambil mengutip bukunya yang terjatuh. Saat wanita itu menghulurkan bukunya, dirasakan hatinya telah dicuri tanpa sedar. Masih terbayang raut wajah wanita itu, lembut dan putih bersih. Redup pandangannya menikam jiwa Ajwad. Tahi lalat manis yang terletak di bibir kanan menjadi penyeri. Orang kata, bermulut manis. Ah, memang cukup manis. Indah sunggh ciptaan Ilahi. "Saudara?"

Astaghfirullahal'azim...
Wanita itu segera berlalu tanpa sempat Ajwad mengucapkan terima kasih. Sedikit kesal kerana terlalu asyik melihat wanita itu. Ya Allah...cuba diusir perasaan yang menguasai diri, namun ia semakin kuat mencengkam jiwanya. Inilah dia panahan jiwa yang sedang dilalui. Sukarnya untuk dikikis perasaan ini. Ah, Ajwad.


~ bersambung episod seterusnya (^_^)


- Ulat Buku lagi -

Auni + ulat buku = Auni ulat buku (^_^)

Auni memang sangat suka membaca. Pantang nampak buku mesti ambil dan baca.

ummi...ni pe? (ummi...ini apa?)
Dia akan bertanya berulang kali sambil tunjuk gambar-gambar dalam buku tu...
Mana yang dia tahu dia akan sebut sendiri

Ulat buku sampai bersepah buku-buku tu..hihi

Rak atas ni untuk semua buku auni.
Ada buku jawi, buku cerita, buku bahasa arab, english, A.B.C dan kad imbasan
(atas rak tu telefon auni...mudah nak call atok nenek Shah Alam..)


inilah gayanya bila Ulat Buku sedang khusyuk belajar (^_^)

* semoga auni rajin membaca ya..
teringat kata-kata sahabat ummi :
semakin banyak buku dibaca, semakin bodoh diri dirasa..
= semakin banyak ilmu di dada, semakin bodoh diri dirasa

- wordless Friday (2) -

- lulur buatan sendiri -

Lulur untuk menghaluskan kulit badan/muka
Bahan2 :-
- madu
- oat
- sedikit air

Cara2nya :-
campurkan sedikit madu, oat dan air dalam bekas. Gaul sebati semua bahan sehingga likat. Sapukan pada badan, kemudian gosok perlahan-lahan. Bilas dengan air.


Kalau hendak hilangkan selulit/buang lemak :-
Bahan2 :-
- serbuk kopi
- serbuk kayu manis
- madu
- sedikit air

Cara2nya :-
Campur semua bahan di atas. Lumurkan pada badan dan tunggu hingga kering. Gosok perlahan-lahan. Lulur ni agak panas sedikit terutama di bahagian yang sensitif. Jadi, jangan godok terlalu kuat. Bilas hingga bersih. Untuk permulaan, boleh guna lulur ni dengan kerap (3x seminggu). Kemudian beransur 1 x seminggu.

* Lumur madu di muka sebelum tidur juga boleh melembapkan kulit wajah. Cubalah (^_^)

- Hidup segan mati tak mahu -

Hidup segan, mati tak mahu!!

Siapa yang hidup segan mati tak mahu ni??

Ini yang boleh ummi katakan pada Celcom Broadband kami huhu. Kejap laju bukan main, kejap tu mati mati pula. Kenalah kita tekan connect semula huhu. Sebab tu bila hari ahad-khamis agak lambat lah ummi BW blog Sahabat Mawaddah.

Ummi pun tak tahu kenapa dengan broadband ni sejak sebulan-dua ni. Nanti nak suruh abah auni buat report la. Nak beralih arah ke Streamyx pun, rumah sewa ni takde line telefon. Nak masukkan telefon, sayang pula sebab ummi dan abah pakai handset. Jadi bila balik Kubang Kerian ajalah boleh ummi BW dengan aman :)

* kalau tukar Maxis punya okey tak??

Thursday, June 23, 2011

- Melaka Bandaraya Bersejarah -

Al-kisahnya...

Malam semalam seharian bincang dengan abah auni, jadi ke tak nak pergi Terengganu minggu depan? 01/07/2011 - 02/07/2011 je pun. Biasanya kalau dari KB-KT tu adalah lebih kurang 3 jam 1/2 perjalanan. Ummi siap search hotel/chalet dalam internet. Cari kat Agoda lah...booking hotel lah. Pastu siap mesej kat kawan yang duk Terengganu tu minta tolong carikan hotel/chalet hehe :)

Tapi, malam tadi setelah fikir tambah tolak bahagi darab semua faktor, cadangan nak bercuti ke Terengganu terpaksa DIBATALKAN. Lagipula bulan ni banyak nak guna duit. Abah nak ke Kuala Lumpur 08 haribulan ni. Ummi pula ada nak guna duit beli barang peribadi ummi.

Tukar plan la pula. Kemungkinan nak bercuti di Melaka bulan 12 ni pula. Kenapa lambat? Kami akan balik Shah Alam bulan 12 ni nanti sebab adik ummi kenduri kahwin. Raya bulan 8 ni tak balik, tahun ni giliran kami beraya di Kelantan. Nak balik bulan 11 pula, keluarga Shah Alam akan datang sini. Adik ummi nikah bulan 11 ni.

Sebenarnya ummi ada juga search hotel kat Melaka tu. Tapi macam dah penuh tarikh bulan 12 ni huhu. Ingatkan lepas kenduri Shah Alam tu memang nak pergi Melaka lah... Siapa orang Melaka sini? Angkat tangan!!

Mesti seronok kan ke Melaka? Kali terakhir ummi pergi masa Kursus Induksi Umum bulan 11 tahun lepas lah. Itu pun bukannya berjalan hehe. Kami nak bawa auni pergi Zoo Melaka pula. Semestinya tempat-tempat bersejarah yang lain.

Doakan semua berjalan seperti yang dirancang ya... (^_^)

Wednesday, June 22, 2011

- ingin bercuti -

Terasa ingin pergi bercuti di Terengganu (belum diskus dengan abah auni lagi)
Tapi tak tahu area mana yang sesuai untuk melancong
Mana ye? Kalau boleh dekat nak pergi pantai...bawa auni jalan2
Duduk Hotel? Homestay?
Ada cadangan tak?
2 hari 1 malam aja......

Monday, June 20, 2011

- warkah buat anak ummi (3) -



Assalamu'alaikum anak ummi dan abah yang disayangi lagi dikasihi...

Ummi doakan agar anak ummi sihat sejahtera (^_^). Lama. Ini yang ingin ummi sampaikan. Terlalu lama ummi tidak menulis warkah buatmu. Kali terakhir ummi menulis warkah adalah beberapa hari sebelum ummi melahirkan auni. Warkah ummi yang kedua itu sudah terlalu lama ummi simpan.

Anakanda auni...
Kali pertama warkah dari ummi buatmu adalah ketika engkau sudah berusia 6 bulan dalam rahim ummi. Teratak maya inilah, ummi curahka segala-galanya. Segala rasa suka, duka, pahit, manis mahupun sebaliknya. Di sini jugalah ummi dan abah berkongsi rasa dan pengalaman ketika menanti kehadiranmu nak (^_^)




Princess Solehah...
Inilah gelaran ummi dan abah buatmu. Memang auni seorang Puteri Solehah dalam Teratak Mawaddah. Puteri yang sangat ummi dan abah kasihi. Puteri yang sangat manja dengan ummi dan abah. Puteri yang selalu menceriakan Teratak Mawaddah dengan hilai tawamu.

"Mak Noni!!"
Inilah gelaran manja ummi padamu ketika ummi marah-marah sayang. Adakala, ummi akan memanggilmu Nafeesa, adakalanya Uni, juga seringkali ummi memanggilmu Auni. Apa jua panggilan ummi dan abah padamu, ketahuilah nak...kau terlalu istimewa dalam hidup kami. Anugerah dan amanah dari Allah untuk kami.

Anakanda auni...
Semoga membesar dengan baik dalam Teratak Mawaddah ya. Terimalah hadiah istimewa yang ummi karangkan khas untukmu. Karya ini telah lama ummi nukilkan sebelum ummi dan abah disatukan. Karya yang terlalu istimewa bagi ummi (^_^) "sesuci wardah"

Salam sayang setulus hati,
Ummi

Sunday, June 19, 2011

- Ayah -


~ AYAH ~
.: Ae-man :.

Tika berjauhan masih kurasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa kurindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

** Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian


Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan dalam senyummu
Melihat kuberjaya
Bila ku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa


Dengan kata azimat
engkau nyalakan
restu dan doa
kau iringkan

Tak dapat kubayangkan...hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih-sayang...yang kau curahkan
Tersemat di hati...


* terima kasih Tok Bah, Atok & Abah...
kerana kalian IMAM & HERO dalam hidup kami *
~ auni & ummi ~

(lagu yang paling ummi suka)

- Uban -

Suatu hari, seorang anak sedang menyikat rambut ibunya. Berlaku lah sesi perbualan antara anak dan si ibu :-

Amin : Eh, ibu. Kenapa rambut ibu ada warna putih ni?

Ibu : Oh, itu uban.

Amin : Macam mana rambut ibu boleh ada uban?

Ibu : Sebab Amin nakal lah. Tak dengar cakap ibu, rambut ibu beruban lah..Kalau tak nak rambut ibu beruban, Amin kena lah dengar cakap ibu.

Amin : (terdiam sambil berfikir....)

(nenek lalu di hadapan Amin....)

Amin : Oh, kalau macam tu ibu lagi nakal dari Amin lah. Tengok tu, rambut nenek penuh dengan uban.

Ibu : ?? (Grrr....)


*****************************

Siapa boleh beri kesimpulan tentang "drama" di atas? (^_^)

- Susu Kambing...pilihan kami -

(Amalkan Pemakanan Sunnah...)

Antara susu kambing pilihan kami selain yang segar dari ladang (^_^)

Saturday, June 18, 2011

- hadiah untuk sahabat -

(baru berkesempatan buat entry ini...)

Alhamdulillah...ummi rasa seronok sangat bila Bayt Al-Iman dan Mama R.D.A ni tersenyum lebar senang hati terima hadiah yang tak seberapa dari kami di Teratak Mawaddah. Kebetulan Mama Rayyan dan Ummu Muhammad bertanya cara nak buat header yang cantik. (rasanya header teratak kami ni kureng chantik lah hihi...itu sebab asyik tukar header je)

Ummi memang tak pandai sangat nak ajar buat header yang cantik. Cuma ummi guna picasa, adobe photoshop, picnik dan photoscape je. Boleh cari kat google ya. Semua gambar2 di Teratak Mawaddah ni kami edit di situ juga.

Jadi, bagi menghargai Mama Rayyan dan Ummu Muhammad, ummi bincang dengan abah nak hadiahkan header ini kepada mereka :-
*

*

*

ini Mama Rayyan punya (^_^)

*

*

*

semestinya ini kepunyaan Bayt Al-Iman (^_^)

- Wordless Saturday 2 -

- Amalkan Pemakanan Sunnah -


Di Teratak Mawaddah, biasanya akan ada stok makanan-makanan ni :-

1- madu

Natural Honey - RM45 ummi baru beli kelmarin
selalunya kami makan Madu jenama HPA

2- As-Sauda Softgel

RM22 (kotak kecil)
dulu ummi selalu masukkan 1 sudu habbatus-sauda' ke dalam secawan air panas

3- buah tiin


4- kismis
Auni seorang makan boleh habiskan 1 bekas

5- kurma


Amalkan Pemakanan Sunnah!!

Auni paling suka makan kismis. Madu dan kurma pun dia makan. Kalau bulan puasa, ummi suka kisar kurma+madu+susu+pisang. Simpan dalam peti sejuk, buka puasa terus minum. Segarnya. Biasanya sebelum sarapan (perut kosong), masukkan 2 sudu madu dalam air masak biasa. Kacau ikut lawan arah jam. Baca selawat, niat dan terus minum. Malam pun begitu, minum madu sebelum makan malam.

Kalau kismis ni, boleh dijadikan makanan ringan juga bagi menggantikan jajan. Kalau pergi ofis, bawalah bekal buah tiin + kismis + kurma. Letak dalam satu bekas. Mudah kan? Di samping kita menjaga kesihatan, secara tak langsung kita mendapat pahala.

* Gambar : kredit untuk En. Google (^_^)


Friday, June 17, 2011

- Contest by Ciare Baha : Priceless moment with my baby -

Jalan2 kat blog Mama Rayyan, ternampak contest ni :-

Contest by Ciare Baha : Priceless moment with my baby

klik sini kalau nak join
31.05.2011 - 25.06.2011

hadiah ditaja oleh : Ala Anggun Butik


Teratak Mawaddah memperkenalkan

*

*

*

(Auni & Abah)

Nama anak : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Tarikh lahir : 29/08/2009
Tempat Lahir : Kelantan
Hobi : membaca & memasak (boleh ke...?)


* ummi jemput semua Sahabat Mawaddah sama-sama memeriahkan contest ni.


- Contest 'anak ayah' -


klik sini untuk turut serta (^_^)


Pagi tadi ummi singgah di Bayt Al-Iman, ternampak lah entry ni. Ummi nak join sama lah, dengan Ummu Muhammad boleh kan? Hehe...Puan Nina menganjurkan contest anak ayah sempena hari lahir suaminya bulan 6 yang lalu.


Memperkenalkan dua permata hati Teratak Mawaddah...
abah & auni

*

*

*


Gambar ini diambil ketika umur auni setahun. Auni suka tiru apa yang orang buat, jadi masa ni ummi minta abah dan auni senyum sebaik mungkin. Buat kenangan bersama. Auni okey aja, sebab dia memang "anak ayah" hehe.

Jom join. Masih sempat walaupun hari ni tarikh akhir penyertan (^_^)

Thursday, June 16, 2011

- anak dara pandai masak -

(imbau kenangan lama...)

Masa ummi kecil-kecil dulu, tak silap ummi dalam 4 hingga 6 tahun ummi sangat suka main pondok-pondok, masak-masak, kahwin-kahwin (hehehe...), batu seremban dan guli. Kadang-kadang tu ikut abang dan adik-adik ummi (lelaki) panjat pokok atau main kejar-kejar. Seawal pagi keluar bermain. Tengahari agak-agak waktu makan, balik rumah isi perut dulu. Lepas tu sambung main lagi. Panas ke hujan ke tak kisah, janji main. Sampaikan pernah kena cubit dan rotan dengan mak sebab tengah-tengahari pun jalan lagi rumah orang. Nak main punya pasal hehe.

Atas ummi seorang abang. bawah ummi berderet 3 orang adik lelaki, lepas tu baru perempuan. Itu sebabnya ummi banyak ikut diorang main kat luar rumah. Buat aktiviti lasak. Bila masanya main pondok2, kahwin2, masak2?? Masa balik kampung atau di rumah pengasuh (^_^).

Sekarang ni mana ada sangat permainan macam ni. Dulu ada galah panjang, baling selipar, kejar-kejar, pondok-pondok...sekarang play station, FB, ....apa lagi ye? Kalau ada pun permainan yang ummi cakap tu, sikit je ummi rasa. Sekarang kan zaman IT....

Tapi auni...?

makan masakan sendiri ketika berhenti rehat di RnR

***************************************************************

Panjang pula melalut nya ummi ni. Takde kaitan pun sebenarnya hehe. Kali ni ummi nak cerita pasal hobi @ H.O.B.I buah hati ummi ni. Hobi auni memasak ya. MEMASAK. Pantang dengar masak, terus buat gaya goreng ikan, tumbuk bawang, potong bawang dan masak air sambil mulut berbunyi "syyhhh...syyhhh"- (bunyi masak). Kalau ummi tengah masak kat dapur, dia datang duduk sebelah ummi. "Ummi...ssyyhhhh,...syyhhhh" - buat gaya dia tengah masak juga lah. Kadang-kadang ummi tengah menumis, dia minta dukung nak tengok apa yang kita masak.

ini set memasak auni yang ummi belikan di Mydin masa balik Shah Alam dulu.
Tak cukup?
Nak lagi?


*



*



*



*


ini pula ummi tambahkan lagi satu set
Ummi tahu anak ummi dan abah ni RAJIN & SUKA masak.
Jadi, ummi belikan set permainan ni supaya auni rajin masak. Kalau ummi sakit auni boleh tolong masakkan ummi dan abah ya (^_^)

auni suka pinjam hanset ummi dan abah.
Jadi, abah belikan telefon ni untuk auni.
Bolehlah auni telefon atok dan nenek Shah Alam ya...

Telefon auni canggih lagi, siap keluar lampu dan bunyi kalau tekan butang-butang tu hehe.


* semoga puteri ummi dan abah ni rajin memasak ya. Ingat nak, air tangan isteri pengikat hati suami (^_^) - oh, ummi terlebih advance sudah.....


Tuesday, June 14, 2011

- Semoga Allah memberkati usiamu, nak -

.: Selamat Hari Lahir yang ke-3 :.
Anakanda Aisyah Humaira' bt Mohd Nurul Hisyam
* 14.06.2008 - 14.06.2011 *

Semoga Allah memberkati usiamu nak.
Jadi anak yang solehah dan kakak yang penyayang.
Sihat dan ceria selalu.
Srikandi mukminah sejati...inshaAllah
(^_^) Salam sayang dari kami di Teratak Mawaddah

~ Ayah Ngah ~ Mak Ngah ~ Auni ~

- Hari yang ceria -

Alhamdulillah....

Hari kedua di pejabat setelah cuti sakit selama 2 minggu + cuti sempena Keputeraan Agong + Cuti Kerajaan Negeri Kelantan bagi baru2 ni (^_^). Wah, banyaknya ummi cuti huhu (nampak macam M.A.L.A.S je kan?). Tapi ummi ada alasan kukuh okey...

Hari yang ceria...
Suka pula dah datang ofis ni semula. Ceria je semalam. Mana taknya, tekanan pun takde. Mudah-mudahan sakit ummi beransur sembuh. Doakan ya....

Monday, June 13, 2011

- Auni..."aye" -


Anak ummi dan abah dan besar. Dah anak dara orang cakap hehe. Alhamdulillah, lagi 2 bulan usia auni bakal menginjak 2 tahun (^_^). Ramai sangat kawan-kawan ummi mesej dalam FB : "bila auni nak dapat adik? Asyik bertiga je, bila nak berempat pula? Auni dah besar, boleh dah tu nak tambah adik lagi".

Jawapan ummi? Jawapan yang selalu ummi beri bila orang tanya hehe. "InsyaAllah, doa-doakanlah yang terbaik". Err, ada ke baby segera macam mee segera tu? hehe.

Dalam usia Auni yang setahun 10 bulan ni, makin bertambah perkataan baru hari-hari. Semakin bertambah juga ragamnya yang kadang-kadang membuatkan ummi dan abah ketawa, geram, sedih, lucu...

Auni paling suka waktu mandi...sekali lagi M.A.N.D.I. Macam ummi cerita sebelum-sebelum ni, dia pantang orang sebut mandi. Mesti buka baju terus. Sekarang ni, kalau dengar mandi memang terus buka baju cari tuala. Tapi, bukanlah nak mandi sangat pun. Dia suka main buih sabun. Abah yang selalu buat belon sabun, auni sukalah dia.


Dalam sehari, tak terkira berapa jumlah baju auni akan berganti. Setiap kali makan dan bermain, mesti bertukar baju. Boleh katakan dalam 5-6 pasang baju akan berganti. Auni anak yang sangat aktif. Ummi boleh samakan dia dengan nisbah 1:2. 1 tu auni, bersamaan 2 orang kanak-kanak sebaya dia. Aktif+lasak tapi manja. Paling ummi tak tahan bila dia lentokkan kepala sambil panggil "ummi...ummi...". Alah comelnya anak ummi!!

Sebelum makan dan baca buku, auni akan tadah tangan baca doa "Alahhh...alahhh" - doa bahasa auni. Kemudian dia akan sebut "ameen.." sambil raup wajahnya. Alhamdulillah, sejuk hati ummi tengok permata hati ni baca doa.


Bila ummi panggil : "Auni...." Auni angkat tangan kanan sambil tunjuk jari 1, "ayeee..."
"Auni..." Angkat tangan lagi "ayeee..."Aye tu bermaksud saya (^_^)

Antara perkataan baru auni :
oleh = tak boleh
ani = mandi
osu = moksu
aik = baik

Auni juga suka ajuk apa yang orang cakap. Contohnya :

Ummi : Ya Allah....
Auni : alahhh (Allah)

Abah : Yang buat macam tu kenapa?
Auni : apa (kenapa)


Auni juga dah kenal beberapa benda baru. Contohnya ummi tunjukkan gambar topi, kucing, singa, bola, kek, orang tua (atuk)..auni boleh beritahu dengan betul apa nama gambar tu.

...opi, cing, auum (bunyi singa), ola, ket, atok...

Itulah antara kisah auni dalam usia 1 tahun 10 bulan ni :)


** ummi akan catat lagi ya dik, perkembangan auni dari semasa ke semasa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...