Puteri ayu yang tak lekang dengan botol susu.
Sebenarnya, hari tu ada karnival rupanya. Karnival Seni Budaya Negeri Kelantan 2011. Tempatnya di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Bermula 01 hingga 04 Julai ni. Esok sempat lagi kalau nak pergi. Memang banyaklah gerai kat situ. Makanan, minuman, pakaian, perhiasan, lukisan dan macam-macam lagi ado (^_^). Ada juga wakil dari hotel-hotel yang grand buka gerai.
ini sebahagian gerai yang kami sempat ambil gambar. Ini semua dekat gerai makanan/minuman. Kuih tradisional Negeri Kelantan ada..
* masa ni lah bateri hp ummi dah nak kong huhu
Masa kami sampai ni, ada kumpulan sedang bermain kertup.
Minuman ditaja oleh Nescafe ya.
- Auni nak minum sendiri....
Balik dari karnival, kami singgah kedai komputer. Lama juga abah kat kedai tu. Setting modem baru tu. Alhamdulillah, sampai rumah terus pasang dan terus enjoy online. Tapi ummi tonton drama Melayu kat youtube sambil ziarah Sahabat Mawaddah (^_^)
* sesiapa yang kat Kelantan tu, jangan lupa pergi Karnival Seni Budaya ya.
sesekali keluar lepas lama terperap kat rumah best jgk.hehe...
ReplyDeletememang seronok :) lagi2 jalan bersama keluarga kan?
ReplyDelete