:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 07, 2011

Perkembangan Princess Solehah

Dengan rasminya, hari ni ummi dah duduk Tingkat 1 ye. Turun Pangkat lah hehe. Laporan semua dah siap. Petang tadi pun balik bawa pendrive unit baru. Konon-konon nak study serba sikit pasal laporan Program Khas ni lah (^_^). Moga-moga ummi selesa dengan suasana baru ni nanti.

Abah dijangka akan bertolak ke Kuala Lumpur malam ni. Tapi mungkin jalan agak sesak lah. Al-maklum lah...kan ada Perhimpunan Bersih kat Stadium Merdeka Sabtu ni. Road Block sana sini. Ummi dan auni duduk rumah Tokmi lah sampai Ahad ni. Abah ada kerja kat Kuala Lumpur, ummi dengan Auni malas nak ikut sebab keadaan Auni yang tak sihat sepenuhnya lagi. Jalan jauh ni, bawa Auni yang masih panas badan dia memang payah jugalah. Malam-malam memang badan Auni masih berbahang. Kalau siang tahan sikit.

Ummi risau juga kalau badan dia masih panas masa abah takde ni :( Ummi kena handle auni sendiri tanpa bantuan abah huhu. Tapi mujur juga auni memang manja sangat dengan ummi masa demam. Dia memang nak ummi peluk dia hehe.

Hingga jumpa di entry seterusnya. Pengumuman Kedua ya. Nantikan....sabar itu INDAH

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...