:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, July 21, 2011

Aku Jatuh Cinta

- sedang khusyuk menaip entry hehe -

SAYA SUKA KERJA SAYA.
I LOVE MY WORK!!

Alhamdulillah, nak masuk sebulan rupanya ummi duduk di unit baru. Seronok dan sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Sungguh. Ummi jatuh cinta lagi! Jatuh cinta dengan kerja di unit baru ni. So far so good. Bos ummi baik, dia selalu bantu ummi memahamkan sesuatu laporan. Memang sporting sangat bos ummi ni. Dia sempoi orangnya. Sebab usia dia dan ummi cuma beza 1 tahun je pun. Eh, ketua ummi ni perempuan ya. Haaa....ingatkan dia lelaki ye?

Saya suka kerja saya...saya suka kerja saya...saya suka kerja saya...(sebut 100x) - insyaAllah kita akan betul-betul suka dengan kerja kita tu (^_^). Pada ummi, untuk kita terbitkan rasa cinta pada kerja kita tu...pertamanya adalah kita kena tanamkan dalam diri kita ni, kita kerja Lillahi Ta'ala. Kita kerja kerana Allah. Kita suka atau tak suka dengan kerja kita (punca daripada sikap ketua/rakan sekerja/suasana tempat kerja)...tapi bila kita ingat yang kita kerja kerana Allah, pasti akan terbit rasa cinta dengan kerja tu secara otomatik.

Ummi suka dengan suasana yang mana ketua dan anak buah seperti satu tubuh. Sakit satu badan, sakitlah seluruh. Kerja berpasukan ni, jangan hanya pentingkan diri sendiri. Ada give and take. Kalau kita nak diri kita dihormati oleh orang lain, kita terlebih dahulu kena ada sikap hormat kepada orang lain. Bermusyawarah sangat penting untuk mencapai kata sepakat. Janganlah ikut angin sendiri je....semua nak orang ikut cakap kita.

Eh, banyak pula ummi cerita pasal kerja ni hehe (^_^).

Okey, memandangkan GA pun dah selesai...ummi akan menulis kembali pasal kisah Auni, Teratak Mawaddah, karya ummi yang tertunggak, resepi...ops! Cakap pasal resepi ni, ummi ada satu rahsia. Mungkin ia dah tak jadi rahsia sekarang ni :p **pssstt, ummi dah hampir sebulan tak masak kat rumah. Sokmo abah je yang masak. Kenapa ummi tak masak? Ummi akan cerita di entry akan datang (^_^)

* SABAR itu INDAH

4 comments:

  1. ummi suka kerja ummi...
    saya pun suka kerja saya...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. anisalya : itulah sebaik-baiknya :)

    ReplyDelete
  3. kerja tu amanah, harus lah lakukan dgn ikhlas & tggjwb lan.. kalo tak suka baik, berenti aja..

    eh, Auni nak dpt adik kah???

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...