:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Saturday, July 16, 2011

Malam Jumaat

Aktiviti kami setiap malam (selepas solat) adalah membaca Kalamullah. Imam Teratak Mawaddah menetapkan tiap-tiap malam agar Surah Yaasin berkumandang di dalamnya. Bukan hanya malam Jumaat sahaja. Abah dan ummi sama-sama berjemaah membaca Surah Yaasin. Sesudah itu menyambung bacaan masing-masing seperti sediakala. Auni? Dia lagi advanced dari abah dan umminya (^_^). Tengok gambar bawah ni :-
Sama-sama berjemaah, tapi Auni siap dulu. Ummi tangkap gambar ni sebelum solat.
~ nak belikan Auni telekung solat, tapi di mana ya? Ada jual online tak?

Usai solat kita sama-sama bertadarus Al-Quran. Auni pula khusyuk membaca buku yang dihadiahkan oleh Ummu Muhammad nya tu. Siap silang kaki.
* Buku jawai memang tak pernah tinggal...mesti ada di sebelah auni tu.

~ semoga terus istiqomah wahai penghuni Teratak Mawaddah (^_^)

3 comments:

  1. Ibu ada belikan Maryam telekung online.. RM25 termasuk pos.. sekali tejumpa di Sg Besar telekung tu harganya.. RM11.00 ++ je.. :-)

    ReplyDelete
  2. aptutlah auni si princess solehah lagi advance dari ummi dgn abah die..tengok die bace buku ape tu ;)

    ummi na, buku jawi muhammad kecik berspan punoh doh..die gigit2..cari jenis kulit tebal mcm auni punye tu, susah jugak nk jumpe..

    pricess auni nafeesa solehah yang cantik dan hebat!;D

    ReplyDelete
  3. Kak zefa : oh, yeke? Kat Sg. Besar cuma RM11.00? murahnya....nak beli...nak beli....

    Ummu Muhammad : itulah buku yang BAI hadiahkan..terima kasih :) auni tu pun banyak juga buku dia dah koyak walaupun kulit tebal hihi.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...