Rutin harian ummi (Ahad-Khamis)
Pagi :-
- bangun, mandi, solat terus hantar auni ke nurseri dan ummi pula ke ofis
- buat kerja-kerja ofis la pula kan
- sekitar jam 9.00 - 10.00 pagi ummi sarapan
- kalau hari Rabu tu, masuk kelas mengaji kat ofis ni (ni yang bagusnya...) biasanya ummi masuk pukul 11.00pagi. setengah jam lepas tu siaplah, giliran orang lain pula....
- (kalau bawa broadband dan laptop, ummi akan online juga, tapi JARANG SANGAT sebab banyak kerja nak siapkan)
Tengahari :-
- lunch Hour pukul 1.00 - 2.00 petang.
- dalam masa ni biasanya ummi pergi solat dulu. Kadang2 tidur barang 10 - 15 minit.
- tengahari memang tak makan nasi
- kadang-kadang waktu ni ummi online juga sekejap
Petang :-
- balik ofis ambil auni
- rehatkan badan/main badminton dengan abah dan auni
- asar dah solat kat ofis, jadi tak kejar masa sangatlah
Malam :-
- main2 dengan auni sambil buka internet
- masa inilah baru dapat semak apa-apa yang terkini dalam blog.
- nak menaip entry baru ke, nak accept komen ke, nak apa-apa ke....semuanya masa inilah
Kalau hari minggu pula :-
- bukan boleh online sangat. kalau duduk KK ni kena pantau auni 24 jam. Auni kan sangat cerdik+suka mengexplore segala benda sekarang ni. Dah tu pula, ummi tak tahan sikit bila ada aksi berguling-guling atas lantai sambil air mata meleleh-leleh. Setakat air mata, okey lagi. Tapi kalau dah sampai hingus sekali penuh kat muka, ummi nak cakap apa ye? Kenalah sabar..kan dik?
- Kadang tu buka internet pagi2, tapi tuannya takde pon depan laptop :) Naik tangga turun tangga mengejar auni+buat kerja-kerja lain. Laptop terbuka gitu je, konon-konon tuan sedang online la. Cuma yang kedengaran hanyalah suara Syeikh Masyari atau Syeikh Saad Al-Ghamidi tu. Paling tidak pun suara kanak-kanak comel menyanyikan Alif Ba Ta untuk sesi pembelajaran auni.
Kesimpulannya : ummi ni online ke tak online?
salam.
ReplyDeleteOnline la jugak tu sebab sempat bukak. kalau tak online langsung tu, tu yg langsung tak boleh nak bukak. Budak nak membesar macam tu memang ligat. Mesti umi dia pun ligat dulu..
hehe :)
BSB tengahari mesti nak makan nasi..kalau tak rasa tak kenyang lerr
ReplyDelete