:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, July 18, 2011

Virus Cik Anon

Alamak. Ummi rasa virus Cik Anon mula menular sekarang. Siapa Cik Anon? Kalau kalian singgah di Bayt Al-Iman, pasti kalian dah familiar dengan Cik Anon tu hihi. Ummi perasan, sejak Cik Anon tegur BAI kan, sana sini ummi BW akan terjumpa "takut ditegur Cik Anon", "nanti Cik Anon tegur kita pula"...dan sebagainya mesti nama Cik Anon naik. Ummi okey je. Cik Anon, singgahlah teratak kami ya.

****************************************************
Apa yang ummi nak tulis sekarang ni? Bukan pasal Cik Anon tu. Ini Mak Nenon. Siapa pula Mak Nenon?

inilah wajah Mak Nenon


Al-kisahnya, budak kecil seperti yang tertera di atas semasa kecilnya sangatlah kuat bercakap. Bahasa sopannya banyak mulut. Asyik cakap tak kira masa sampaikan pakcik2 nya pun naik pening nak layan kerenah budak ni.

Lepas tu pula dia suka membebel. Aii? Kecik2 dah pandai membebel? (Ini menurut kata Pak Sedare nya lah...). Bla..bla...bla....24 jam. Sampaikan akhirnya "(Awak ni macam Mak Nenon (Mak Enon) lah". Nah sekali. Mak Nenon digelarnya. Oh Mak Enon, kenapalah namamu yang jadi sebutan? Kenal tak Mak Enon? Alah, yang berlakon dengan AR Badul dulu tu. Cerita apa ummi tak ingat, tapi cerita lama-lama lah.

Sampailah ummi berusia berapa tahun entah, masih lekat nama Mak Nenon huhu. Sikit-sikit bila banyak cakap, "Mak Nenon ni tak habis-habis lagi ke cakap?".."Awak ni betul-betul macam Mak Nenon"..."Mak Nenon oh Mak Nenon". Kasihan kan?

Eh, baru ummi perasan. Dah TERbagitahu ummi lah Mak Nenon nya haha. Serius, masa baca kisah Ditegur Cik Anon tu...ummi teringat kisah ummi digelar Mak Nenon masa kecil. Adoilaaa.....Mak Nenon...Mak Nenon.

* tapi memang ummi kuat bercakap/banyak mulut. Sekali cakap bla..bla..bla...tak henti-henti.

2 comments:

  1. haha! ingtkan cik anon dah pegi buat kunjungan muhibbah di TM..rupenye mak nenon..hehe..

    ReplyDelete
  2. setakat ni Cik Anon belum sudi menjejakkan kaki di Teratak Mawaddah :) siapa tahu, mungkin lepas ni giliran Cik Anon ziarah Mak Nenon hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...