Princess Solehah Teratak Mawaddah
*
*
AUNI NAFEESA BINTI MOHD FIKRY
**********************************************************
Bagi soalan pertama berkenaan tarikh lahir Auni dalam Tahun Hijrah :-
(jelas tertera di situ 08 Ramadhan 1430h)
kalau nak lagi detail :-
Ada juga peserta yang beri jawapan selain dari 08 Ramadhan 1430h iaitu :
07 dan 09 Ramadhan. Terima kasih atas jawapan kalian ya (^_^). Contohnya ini :-
Kalau ikut Hijri Date Converter ni, memang 09 Ramadhan 1430h yang tertera. Namun, ianya akan menjadi YA sekiranya Auni lahir jam 10.29 malam. Hari baru dalam Taqwim Islam/Taqwim Hijrah dikira selepas Maghrib (betulkan kalau ummi silap). Disebabkan Auni lahir jam 10.29 pagi, maka ia masih dikira 08 Ramadhan 1430h ya. Err, ada sesiapa bantah? (^_^)
~ auni memang lahir hari Sabtu ~
******************************************************
Bagi soalan kedua berkenaan binatang kesayangan auni :-
Jawapan sebenar :
Kambing & Kucing
Ummi tengok, semua peserta memberikan jawapan yang sangat tepat (^_^). Ada juga yang tulis nama manja binatang kesayangan auni tu iaitu Cik Kam (kambing) dan Cik Miaw (kucing). Terima kasih...memang anda betul-betul berusaha mencari jawapan bagi soalan kami tu sampaikan tulis nama manja binatang kesayangan auni :p
Bagi anda yang menjawab begini : Cik Kam (kambing) dan Cik Miaw (kucing), jangan risau. Imam Teratak Mawaddah kata "Betullah tu. Nampak mereka berusaha nak cari jawapan. Kira lulus ni". Haaa, nampak tu? Asalkan ada perkataan Kambing & Kucing (walaupun letak sekali nama manja) dikira lulus. Sebab memang betul pun jawapan tu...kan? kan?
Selesai sudah 2 soalan :)
Masing-masing dah tersenyum lebar nampaknya. Pemenang?
Ahaaaaa...disebabkan majoriti peserta memberi jawapan betul, maka cabutan bertuah akan diadakan. Bila? InsyaAllah dalam waktu terdekat.
Terus setia bersama kami di Teratak Mawaddah dan sukasuka (^_^)
~ senarai peserta yang berjaya melepasi saringan kedua akan keluar tidak lama lagi ~
ummi na..dah agak dah malam pah mgrib princess lahir..geng muhammad ni anak ramadhan..
ReplyDeletep/s: princess nak buat cabutan..tak saba nihh ;D
eh..princess lahir pagi, bukan malam :) ohh, satu geng ngan Muhammad ye?
ReplyDeletep/s: insyaAllah, sabar menanti ya. Sabar itu cantik!
alhamdulillah nampaknya betoi jwpan mama....
ReplyDelete