:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, June 20, 2011

- warkah buat anak ummi (3) -



Assalamu'alaikum anak ummi dan abah yang disayangi lagi dikasihi...

Ummi doakan agar anak ummi sihat sejahtera (^_^). Lama. Ini yang ingin ummi sampaikan. Terlalu lama ummi tidak menulis warkah buatmu. Kali terakhir ummi menulis warkah adalah beberapa hari sebelum ummi melahirkan auni. Warkah ummi yang kedua itu sudah terlalu lama ummi simpan.

Anakanda auni...
Kali pertama warkah dari ummi buatmu adalah ketika engkau sudah berusia 6 bulan dalam rahim ummi. Teratak maya inilah, ummi curahka segala-galanya. Segala rasa suka, duka, pahit, manis mahupun sebaliknya. Di sini jugalah ummi dan abah berkongsi rasa dan pengalaman ketika menanti kehadiranmu nak (^_^)




Princess Solehah...
Inilah gelaran ummi dan abah buatmu. Memang auni seorang Puteri Solehah dalam Teratak Mawaddah. Puteri yang sangat ummi dan abah kasihi. Puteri yang sangat manja dengan ummi dan abah. Puteri yang selalu menceriakan Teratak Mawaddah dengan hilai tawamu.

"Mak Noni!!"
Inilah gelaran manja ummi padamu ketika ummi marah-marah sayang. Adakala, ummi akan memanggilmu Nafeesa, adakalanya Uni, juga seringkali ummi memanggilmu Auni. Apa jua panggilan ummi dan abah padamu, ketahuilah nak...kau terlalu istimewa dalam hidup kami. Anugerah dan amanah dari Allah untuk kami.

Anakanda auni...
Semoga membesar dengan baik dalam Teratak Mawaddah ya. Terimalah hadiah istimewa yang ummi karangkan khas untukmu. Karya ini telah lama ummi nukilkan sebelum ummi dan abah disatukan. Karya yang terlalu istimewa bagi ummi (^_^) "sesuci wardah"

Salam sayang setulus hati,
Ummi

8 comments:

  1. salam.

    Comelnya anak akak!
    semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. alahai sweetnye warkah utk auni..mase auni komen nanti ummi na tah berape tah umur kitekan..mesti dah nenny plakkan ;)

    ReplyDelete
  3. ala comelnya babby Auni ni....suka tengok wajah baby tidur...tenanggg je.

    ReplyDelete
  4. anak tu anugerah yang tak ternilai kan?kena hargai dan jaga dengan baik amanah Allah tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, comel nyer tengok gambo masa auni baby...skg pun comel gakkk

    ReplyDelete
  6. ummu auni....ummu wardah teramat sukakan hasil nukilanmu yg bertajuk sesuci wardah...semoga auni sentiasa didalam perlindungan dan diberkati Allah selalu..=)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua...atas doa kalian kepada permata hati Teratak Mawaddah :) InsyaAllah ummi akan bacakannya kepada auni nanti....

    * Sesuci Wardah tu karya pertama ummi ketika menceburkan diri dalam bidang penulisan (^_^)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...