:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, June 24, 2011

- Sebuah Pertemuan (1) -

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini

Anugerah kurniaan Ilahi...

*******************************************

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Namun kutak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki.....


Amjad melepaskan pandangan ke arah pantai. Hatinya tenang melihat pantai dan ombak yang berbuih putih. Sesekali ombak mengganas menghempas pantai. Ombak menghempas namun pantai tetap setia di situ. Maha suci Mu Ya Allah. Sesudah subuh, dia menjejakkan kakinya di pantai. Hendak menikmati keindahan pantai pada waktu pagi. Menikmati keindahan suasana apabila sang mentari malu-malu memunculkan dirinya.

Sesekali kakinya menguis pantai. Sejuk angin pagi Pantai Desaru itu mencucuk hingga ke tulang. Dia menghirup udara sepuas-puasnya. Matanya dipejamkan seketika. Dalam keasyikan, muncul seraut wajah yang selalu menghiasi mimpi-mimpinya kebelakangan ini. Wajah itu sudah lama terlukis dalam minda dan hatinya. Mana mungkin wajah itu dilupakan. Hati lelakinya berdebar lantas jantungnya berdegup laju. Sekilat itu, wajah tadi mengundurkan diri. Hilang bersama bayu yang bertiup lembut.

Ya Allah...
Siapakah dia? Aku rindu padanya. Temukanlah aku dengannya jika benar dia Kau ciptakan untukku. Hatinya berbisik perlahan. Siapakah dia? Persoalan yang tidak terjawab oleh aqalnya saat ini. Namun, semakin lama hatinya menyimpan rindu. Rindu yang sukar ditafsirkan oleh hatinya sendiri. Hanya Dia Yang Mengetahui segalanya. Hatinya kini sudah diisi dengan seraut wajah bujur sirih itu. Lirikan mata dan senyumannya cukup berkesan di hati lelakinya. Ah, Amjad!

*****************************************

"Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya...bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kelukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..bila engkau rasa ketinggalan, Allah sentiasa di sisimu..bila engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaian...bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa...Allah adalah jawapannya"


Assalamu'alaikum...
Kutujukan warkah ringkas ini buat insan yang telah Allah ciptakan sebagai teman hidupku kelak...insyaAllah.

Wahai bakal suamiku...
Kudoakan dirimu berbahagia di samping mendapat hidayah serta petunjukNya dan berada dalam lindungan serta kasih -sayangNya selalu. Siapa pun jua dirimu, aku pasti engkau telah Allah ciptakan untukku. Di kesempatan ini aku lakarkan sedikit luahan rasa untukmu. Entah mengapa, namun aku rasa rindu untuk menulis warkah kepada bakal suamiku. Walau kutahu sedari awal, warkah ini aku tulis untuk aku membacanya sendiri, sebab tika ini aku tidak tahu siapakah insan yang Allah ciptakan untukku. Sekurang-kurangnya rinduku kepada temanku bakal terubat jua kerana di kala ini aku eolah-olah sedang berbicara denganmu.

Wahai bakal suamiku...
Sudah bersediakah dirimu untuk menggalas amanah yang satu ini? Dirimu bakal menjadi pemimpin kepadaku dan zuriat keturunan kita kelak. Tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahumu akan menjadi lebih besar. Jika dirimu sudah bersedia, maka segeralah datang kepadaku. Usah dikau persoalkan diriku, kerana aku sudah lama bersedia untuk menjadi pendampingmu. Menjadi suri dalam taman hatimu.

Tahukah dikau wahai habibi...sejak aku mula mengerti mengapa Alalh ciptakan sesuatu itu berpasangan, maka aku mula memasang impian. Aku impikan seorang teman yang dapat memimpin aku dan zuriat keturunanku menuju ke jalanNya..jalan yang diredhaiNya. Aku impikan akan hadir suatu hari nanti, seorang lelaki yang akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang Allah beri dengan baik. Aku impikan seorang lelaki yang akan memimpin tanganku beriringan dengannya untuk menuju ke Taman Firdausi. Aku impikan akan hadir seorang lelaki yang rindukan syahid di jalanNya...aku impikan...aku impikan...terlalu banyak yang aku impikan. Fitrah bagi setiap insan, untuk memiliki kesemua yang aku sebutkan sebentar tadi.

Wahai bakal suamiku...
Aku mahu kau mengerti, aku mahu kau selami perasaanku ini..terlalu banyak impian yang telah aku bina, untuk hidup di samping seorang insan yang akan menjadi teman hidupku. Akan kukongsi impian itu untuk kita laksanakan bersama. Setiap kali dalam sujud terakhirku, aku sering berdoa agar Dia pertemukan kita dalam satu pertemuan yang diredhai. Aku sering berdoa agar disatukan hatiku dengan hatimu seterusnya akan bertaut dengan cintaNya, kerana di situlah pertemuan kita yang paling bermakna....

***************************************************

Ajwad keliru tentang perasaannya. Pertama kali mungkin, hatinya terusik dengan pertemuan yang tidak disengajakan tadi. Resah memikirkan dirinya yang tidak keruan. Ah, parah. Dalam hening malam itu, dia segera sujud memohon petunjukNya. Seraut wajah telah mencuri hatinya, membawa hatinya pergi dari jasad. Mungkin! Seumur hidupnya, inilah pertama kali Allah cambahkan satu perasaan halus, yang menggetarkan naluri lelakinya terhadap insan yang berlainan jantina. Apakah itu cinta? Benarkah? Puas dia mentafsirkan rasa hati yang tersirat. Oh Tuhan...

"Maafkan saya saudara, saya tidak sengaja," masih segar di ingatannya suara wanita itu memohon maaf sambil mengutip bukunya yang terjatuh. Saat wanita itu menghulurkan bukunya, dirasakan hatinya telah dicuri tanpa sedar. Masih terbayang raut wajah wanita itu, lembut dan putih bersih. Redup pandangannya menikam jiwa Ajwad. Tahi lalat manis yang terletak di bibir kanan menjadi penyeri. Orang kata, bermulut manis. Ah, memang cukup manis. Indah sunggh ciptaan Ilahi. "Saudara?"

Astaghfirullahal'azim...
Wanita itu segera berlalu tanpa sempat Ajwad mengucapkan terima kasih. Sedikit kesal kerana terlalu asyik melihat wanita itu. Ya Allah...cuba diusir perasaan yang menguasai diri, namun ia semakin kuat mencengkam jiwanya. Inilah dia panahan jiwa yang sedang dilalui. Sukarnya untuk dikikis perasaan ini. Ah, Ajwad.


~ bersambung episod seterusnya (^_^)


2 comments:

  1. ummi na karang sendiri ke?ade bakat novelis nih.. ;)

    ReplyDelete
  2. kalau nak tahu siapa pengarangnya...tunggu hingga episod terakhir :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...