:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, June 28, 2011

- temujanji di klinik -

Hari ni check-up auni kat Klinik Kesihatan Kubang Kerian. Jam 3 petang nanti. Memang selalunya kami ambil yang pukul 3 petang punya. Kalau pergi pagi, memang payah. Baik ambil Cuti Rehat je hehe. Abah auni mengajar, takkan nak masuk kelas pukul 12 pula kan? Kalau daftar pukul 8, masuk jumpa nurse pukul 9 takpe lagi. Ini pukul 10.00-11.00 baru dapat jumpa.

Kalau pukul 3 petang, biasanya abah akan ambil ummi dari ofis dalam pukul 2.30petang. Sampai kat KK dah pukul 3.00 petang. Daftar, tunggu giliran semua tu...masuk jumpa nurse adalah dalam pukul 4.30 siap dah. Biasanya waktu macam ni lah siap semuanya.

Auni pula memang suka berlari sana-sini dalam klinik. Panjat sana-sini, tegur budak-budak sebaya dia, tekan punat tv dan segala macam aksi dia buat. Agaknya dia boring menunggu lama sangat kan? Ummi dan abah ni pun letih+rima+tak selesa ramai-ramai ni, apa lagi auni yang kecil tu.

Agak-agak berapa berat auni sekarang ni?

6 comments:

  1. semoga adik auni membesar dgn sihat..
    suka lari2 tu tandanya auni seorang budak yg cergas.. :)

    ReplyDelete
  2. dik...sori yer akak lmbt reply...adik nk eva mat 12" tu yer...still available lagi dik:)

    ReplyDelete
  3. ha'a..appointment kol 8 kdg2 kol 9 mmg tak tentu dpt masuk bilik nurse.kdg2 fed up jugak.tapi takleh wat ape la..

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak bw anak g checkup.. sbb suma dah besar, rindu pulak suasan itu.. :-)

    ReplyDelete
  5. anak2 BSB dah tak g checkup dahhh.. yg kecil pun dah nak masuk 3 tahun.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...