Suatu hari, seorang anak sedang menyikat rambut ibunya. Berlaku lah sesi perbualan antara anak dan si ibu :-
Amin : Eh, ibu. Kenapa rambut ibu ada warna putih ni?
Ibu : Oh, itu uban.
Amin : Macam mana rambut ibu boleh ada uban?
Ibu : Sebab Amin nakal lah. Tak dengar cakap ibu, rambut ibu beruban lah..Kalau tak nak rambut ibu beruban, Amin kena lah dengar cakap ibu.
Amin : (terdiam sambil berfikir....)
(nenek lalu di hadapan Amin....)
Amin : Oh, kalau macam tu ibu lagi nakal dari Amin lah. Tengok tu, rambut nenek penuh dengan uban.
Ibu : ?? (Grrr....)
*****************************
Siapa boleh beri kesimpulan tentang "drama" di atas? (^_^)
kesimpulannye budak ini memang bijak kerana boleh mengaitkan satu pemboleh ubah dgn pemboleh ubah yang lain..walupun inferensnye tak tepat sebab gambaran ibunya juge kurang tepat heheheh..boleh jd kesimpulan tak?
ReplyDeletesalam..pd pendapat saya yg xberapa mahir ni,kita sebagai ibu bapa kalau nak bg explanation@jwb soalan anak2 yg bijak pandai cmni.xleh la jawab main redah je..jawablah dgn berilmu.seperti yg kita maklum,kanak2 ni memang suka bertanya dan bertanya..itu bagus sebenarnya..dpt merangsang pemikiran anak tu.cuma kita kena main peranan menjawab dgn lojik dan munasabah...=)
ReplyDeletependapat kak aya sama dengan pendapat wardah...anak-anak kita zaman sekarang tak macam kita-kita dulu, terima je apa yang mak bagitau...skrg ni semua mereka nak tau, kenapa, mengapa? kita pulak yang pening nak bagi jawapan yang sebaik mungkin
ReplyDeleteharus berhati2 memberi jawapan pd anak2..
ReplyDeletekesimpulannya, cerita tu kelakar juga.. hikhikhik..
ReplyDelete