:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Tuesday, June 28, 2011

- Auni 22 bulan -


Check-up auni
Tarikh : 28.06.2011
Hari : Selasa
Jam : 3.00 petang
Tempat : Klinik Kesihatan Kubang Kerian
Usia : 22 bulan

disebabkan suasana agak lengang, auni sewenang-wenangnya aja masuk bilik doktor (^_^)


Alhamdulillah auni dah 22 bulan, bermakna dah 22 bulan jugalah ummi dan abah bergelar ummi abah dan merasa pengalaman menjaga, mengasuh dan mendidik auni. Petang tadi kami sampai di klinik sekitar jam 2.30 petang. Agak terkejut sebab hari ini tak ramai orang. Waaahh, seronok sungguh lah auni (ummi lagi suka) sebab tak rasa sesak+serabut kepala. Auni pun bukan main lagi...lari sana sini, jerit itu ini tanda gembira yang amat sangat. Ummi dan abah dapatlah "bernafas" dengan leganya...(tanda senang hati tak macam selalu)

sesuka hati je anak2 bertuah ni...
cergas + ceria 2 sepupu ni bermain sepanjang hari


Kebetulan, Nafi' dan 'Asim pun check up sekali. Syok je auni bersenang-lenang suka ria dalam klinik tu. Masa timbang tu, mula-mula ummi agak tak percaya. Tahu berapa berat auni? Misi tu tulis 8.7kg SAHAJA. Ish, musykil juga...turun tu berat auni. Walhal bulan lepas 9.7kg. Ummi suruh abah timbangkan auni pula bila dah takde budak timbang. Agak terkejut juga...bila timbang kali kedua, 10.00kg sahaja. 10.00 kg?? Naik berapa kilo je tu.

Kali ni auni kena makan ubat cacing. Hari tu baru baca pasal ubat cacing dalam blog anamarza (^_^). Bila dah dapat ubat cacing tadi, barulah ummi tahu rupa ubat cacing tu camana hehe. Masa jumpa misi, okeylah perkembangan auni. Cerita itu ini, pasal pemakanan semua, berat badan, perkembangan auni dari semasa ke semasa...siap semua dalam pukul 3.40 petang juga lah. Temujanji seterusnya bulan 9 ni pula.


* Auni memang kanak-kanak yang cukup cergas+stamina kuat :p

7 comments:

  1. kejap je kan? sikit hari lagi dah masuk 2 tahun

    ReplyDelete
  2. apa khabar auni?:) semoga membesar dengan baik dan menjadi anak yg solehah ya.:)

    ReplyDelete
  3. lasak sangat kot.hehe

    nina ada tag contest ya http://ninagacontest.blogspot.com/2011/06/hello-kitty-contest.html

    =)

    ReplyDelete
  4. boleh lah tambah lagi pasukan tu jadi meriah..hihi :D

    ReplyDelete
  5. kak aya : aha...rasanya mcm semalam baru lahirkan auni :)

    cahaya cinta : wahh..bila cik as tukar nama ni? hihi. terima kaih cik as....

    puan nina : dia mmg sgt2 cergas :)

    cik anita : dlm perancangan :) doakan ya....

    ReplyDelete
  6. auni cepatnye nk 2 tahun dah...semuge menjadi gadis yg solehah.. ;)

    ReplyDelete
  7. ummu muhammad : kan dah nak jadi anak dara tu hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...