Anak ummi dan abah dan besar. Dah anak dara orang cakap hehe. Alhamdulillah, lagi 2 bulan usia auni bakal menginjak 2 tahun (^_^). Ramai sangat kawan-kawan ummi mesej dalam FB : "bila auni nak dapat adik? Asyik bertiga je, bila nak berempat pula? Auni dah besar, boleh dah tu nak tambah adik lagi".
Jawapan ummi? Jawapan yang selalu ummi beri bila orang tanya hehe. "InsyaAllah, doa-doakanlah yang terbaik". Err, ada ke baby segera macam mee segera tu? hehe.
Dalam usia Auni yang setahun 10 bulan ni, makin bertambah perkataan baru hari-hari. Semakin bertambah juga ragamnya yang kadang-kadang membuatkan ummi dan abah ketawa, geram, sedih, lucu...
Auni paling suka waktu mandi...sekali lagi M.A.N.D.I. Macam ummi cerita sebelum-sebelum ni, dia pantang orang sebut mandi. Mesti buka baju terus. Sekarang ni, kalau dengar mandi memang terus buka baju cari tuala. Tapi, bukanlah nak mandi sangat pun. Dia suka main buih sabun. Abah yang selalu buat belon sabun, auni sukalah dia.
Dalam sehari, tak terkira berapa jumlah baju auni akan berganti. Setiap kali makan dan bermain, mesti bertukar baju. Boleh katakan dalam 5-6 pasang baju akan berganti. Auni anak yang sangat aktif. Ummi boleh samakan dia dengan nisbah 1:2. 1 tu auni, bersamaan 2 orang kanak-kanak sebaya dia. Aktif+lasak tapi manja. Paling ummi tak tahan bila dia lentokkan kepala sambil panggil "ummi...ummi...". Alah comelnya anak ummi!!
Sebelum makan dan baca buku, auni akan tadah tangan baca doa "Alahhh...alahhh" - doa bahasa auni. Kemudian dia akan sebut "ameen.." sambil raup wajahnya. Alhamdulillah, sejuk hati ummi tengok permata hati ni baca doa.
Bila ummi panggil : "Auni...." Auni angkat tangan kanan sambil tunjuk jari 1, "ayeee..."
"Auni..." Angkat tangan lagi "ayeee..."Aye tu bermaksud saya (^_^)
Antara perkataan baru auni :
oleh = tak boleh
ani = mandi
osu = moksu
aik = baik
Auni juga suka ajuk apa yang orang cakap. Contohnya :
Ummi : Ya Allah....
Auni : alahhh (Allah)
Abah : Yang buat macam tu kenapa?
Auni : apa (kenapa)
Auni juga dah kenal beberapa benda baru. Contohnya ummi tunjukkan gambar topi, kucing, singa, bola, kek, orang tua (atuk)..auni boleh beritahu dengan betul apa nama gambar tu.
...opi, cing, auum (bunyi singa), ola, ket, atok...
Itulah antara kisah auni dalam usia 1 tahun 10 bulan ni :)
** ummi akan catat lagi ya dik, perkembangan auni dari semasa ke semasa...
seronok dan terhibur melihat anak-anak membesar di depan mata..sedar-sedar dah pun besar.
ReplyDeletesokong2! mudah2an auni dapat adik cepat2..ummi na lumbe jom! heehh
ReplyDeleteMmg seronok lihat anak anak membesar. Suatu hari nanti kita akam rindukan semasa merwka kecil :)
ReplyDeleteanak sy yg dah umur 1 tahun 6 bulan br pandai sebut bird dan kakak
ReplyDeletesemakin pandai ya dia..
ReplyDeletealah tomelnyer dia dah pandai dah cakap skit2.....sama macam adam bila sebut aje nak mandi mesti bukak seluar n baju....
ReplyDeleteskrg ni ummi tengah ajr auni sebut 2 perkataan. Memang suka tengok anak membesar depan mata....
ReplyDeletecmel ny auni..
ReplyDelete