:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, June 03, 2011

- mengejar masa...cerita sikit je ye -

Alhamdulillah...

Masih diberi peluang untuk ummi menaip sepatah dua dalam Teratak Mawaddah ni. 4 hari menyepi tanpa sebarang notis pemberitahuan, kini ummi kembali semula. Apa sekalipun, doakan kesihatan ummi kembali pulih dan yang penting ummi ceria (^_^).

Di kesempatan ni ummi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga yang bakal dan telah melangsungkan perkahwinan ya. Al-maklum lah, cuti sekolah ni ramailah yang nak mendirikan masjid kan? Teratak Mawaddah pun penuh dengan jemputan kenduri.

Juga, tahniah untuk sahabat kami Mohd Asyraf dan Siti Akhmal yang telah dikurniakan seorang putera bulan lepas (dah lambat ni...). Muhammad Irsyaad Hamzah, semoga besar nanti menjadi anak soleh penyejuk hati ummi dan walid ya nak.

** esok kenduri di Ayer Lanas....

1 comment:

  1. semoga sihat selalu dan aktif berblogging seperti biasa.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...