:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, March 11, 2011

- binatang kesayangan saya -

Ini binatang kesayangan saya

Saya mempunyai seekor binatang kesayangan. Namanya "Cik Kam". Cik Kam sangat comel sebab Cik Kam ada seekor anak. Anak Cik Kam sangat kecik dan sungguh comel sekali. Tiap-tiap petang saya akan main dengan Cik Kam di padang.

Saya suka usap Cik Kam tapi saya tak suka mandikan Cik Kam. Bau dia sangat busuk sebab tak mandi. Cik Kam takut air eh? Cik Kam pun suka dekatkan badan dekat badan saya. Tapi saya tak kisah sebab saya tahu ummi akan mandikan saya juga selepas itu.

Cik Kam ada banyak ahli keluarga. Ada ayah, emak, suami dan anak. Semuanya tinggal sekali dalam satu kandang. Baru-baru ini Cik Kam bunting. Dia akan melahirkan anak bila-bila masa sahaja. Mesti anak Cik Kam comel, kan?

Kalau dalam sehari saya tak jumpa Cik Kam, saya boleh naik angin. Ummi kalau nak diamkan saya, sebut je nama Cik Kam mesti saya diam atau tak menangis. Nampak, saya memang tak boleh hidup tanpa Cik Kam di sisi. Tapi, apa boleh buat. Cik Kam ada anak, mesti dia nak tidur dengan anak dia kan? Ummi pun ada anak, mesti ummi nak tidur dengan anaknya kan? Dan anak itu adalah saya. Maknanya saya kena tidur dengan ummi sebab saya anak ummi, bukan anak Cik Kam.

Sekian sahaja karangan pendek saya buat masa ini. Saya sayang Cik Kam...


* ditulis oleh ummi kerana anakanda Auni sedang nyenyak dibuai mimpi (^_^)
** untuk tatapan anakanda Auni Nafeesa. Ketahuilah nak, inilah binatang kesayanganmu sewaktu kecil.

4 comments:

  1. hihih..comelnye..teringin pulak nak pegang cik kam auni tu..kecik2 sudah berjiwe berani! auni mujahiddah Allah!

    ReplyDelete
  2. alahai.. stuju ngn kak ummumuhammad..
    comel la tgok die duk main ng 'cik kam' tu.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. rupanya auni sayang kat cik kam-kam..

    Beraninya auni pegang kambing..

    dah dapat teka dah apa binatang kesayangan auni..

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...