:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, October 06, 2010

- mengidam -

milik siapakah jari jemari yang comel ni?
- erat menggenggam jari abah....

Ummi tak pandai sangat BM ni...tapi aci tak kalau ummi pinjam perkataan MENGIDAM ni dalam ayat "Ummi MENGIDAM nak PREGNANT lagi?" (^_^)

Macam tak okey je kan? Ummi jeles lah dengan kawan-kawan ummi. Semua dah masuk anak ke-2. Asal mesej je : "Na, akak dah pregnant 2 bulan"..."Ina, tak lama lagi Razeen jadi abang"..."Ina, aku dah nak ada 2 anak. Auni bila nak dapat adik baru?"...huhuhu.

Of course ummi "tercuit hati" bila baca mesej2 diorang. Memang nak sangat tambah ahli keluarga lagi. Kalau ummi mengandung kali kedua ni, ummi nak baby boy lah pula. Biar jadi kawan abah hehehe.


Apa pun, Auni dah setahun 2 bulan (Oktober ni...). Bila dia dah setahun 4 bulan, mungkin ummi akan pertimbangkan untuk tambah bilangan ahli keluarga. Sebab, dulu kan ummi operate. Walaupun doktor nasihatkan tunggu anak (auni) berumur 2 tahun baru pregnant semula, tapi ummi tak boleh tunggu la (hehehe.....). Ummi nak cepat2...sebab ummi ada baca juga dalam majalah yang doktor kata paling2 pun, kena tunggu anak berumur 16 bulan baru boleh pregnant semula (lepas bersalin secara pembedahan lah).


Bolehlah Auni main2 ngan adik kan?

Auni boleh jadi kakak yang sangat baik dan penyayang :)

Camana ni? Ummi MENGIDAM nak pregnant. Huhuhu.......

Auni Nafeesa
- 1 bulan -

3 comments:

  1. Eh..sy pn ngidam menda yg sama...haha...tp sy xleh la sbb terlalu awal...aisya nafisa baru masuk 5bln...tunggu lg 1thn la paling2 kurang kn? hihi... mg auni nafeesa cpt2 adik k ;)

    ReplyDelete
  2. mungkin elok tunggu sampai 2 tahun, masih menyusu badan kan.. beri Auni susu terbaik.. Insya Allah, nanti akan menyusul adik auni..

    ReplyDelete
  3. Faizah : wah....kita sama ye? saya tak tahulah..mmg jeles rasanya bila dapat tahu kwn2 pregnant hehe...

    kak yong : (^_^) insyaAllah, saya tunggu lah juga dia 2 tahun...walaupun hati ni memberontak sangat nak pregnant lagi hehee

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...