:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, October 08, 2010

- Auni demam -

- sekadar gambar hiasan -

AUNI DEMAM LAGI.

Petang semalam memang dah rasa badan dia suam-suam masa ummi ambil di nurseri. Kebetulan, ubat demam dia tertinggal kat rumah Pasir Mas. Malam tadi dia dah mula menangis-nangis tak sedap badanlah tu.

Ummi dodikan, dia tak nak tidur. Abah dodoikan pun tak nak juga. Begitu juga bila Tokmi Auni dodoikan, tak nak juga. Tidur pun kejap-kejap je. Last2, dalam pukul 1.30 pagi kami pergi Klinik Penawar sebab kesian tengok dia menangis tak henti-henti. Mata pejam, tapi mulut berbunyi. Yang hairan bin peliknya, masuk kereta je Auni diam terus. Ummi bagi susu, dia tertidur dalam kereta (walhal dekat je klinik tu....)

Mujur tak ramai orang. Ada 2 orang pesakit je dalam klinik tu. Bila giliran Auni, muka dia cuak sikit masa doktor ambil suhu badan dia heheh. Mujur 28 darjah celcius, tak tinggi. Tapi memang ummi dah risau sebab dia menangis tak henti-henti. Paru-paru okey. Tiada demam denggi sebab kalau denggi, orang tu tak batuk dan selsema. Cuma demam je.

Balik klinik, terus bagi ubat batuk dan selsema je. Ubat demam (abtibiotik) ummi tak bagi dia makan. Mujur pagi ni demam dah kebah sket. Alhamdulillah...............

** pagi tadi dia tido pukul 4.30pagi.......


2 comments:

  1. siannya auni demam... semoga cepat sihat..
    senang ke nak bg makan ubat... anak2 kakyong nak bagi makan ubat, harus bersilat silang... huhuuu

    ReplyDelete
  2. t.kasih :) auni payah juga nak mkn ubat...mmg kena 2 org pegang nk bg dia mkn ubat......

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...