Malam tadi ummi tak tengok bola pun sangat sebab tak berapa minat. Tapi kalau Selangor yang main tu automatik jadi minat (^_^) Malam tadi ummi tengok Majalah 3 dan slot Cerekarama : Aku Ingin Ke Syurga. Kalau iklan je ummi alih ke siaran bola.
Kalau ada yang tengok cerita A.I.K.S (Aku Ingin Ke Syurga) malam tadi, pasti ramai yang mengalirkan air mata keinsafan. Takpun paling kurang, sebak menyelubungi diri. Ummi sendiri, nak menangis macam segan juga. Sebabnya ada mak mertua kat sebelah. Tahniah ummi ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan cerekarama kali ni.
Ummi tak nak cerita sinopsis AIKS, ummi rasa kalian semua boleh cari dalam En. Google tu. Apa yang boleh ummi simpulkan secara ringkasnya :
- Kasih ibu membawa ke syurga. Walau macam mana buruk dan jahat anak tu, kasih seorang ibu tiada penghujungnya. Walau dicaci, dihina, dipukul, diherdik...ibu tetap menerima anaknya sampai hujung usia si anak. Malah, ibu sanggup menjaga anaknya semasa anak tu menderita sakit.
Ummi paling sebak masa anaknya nak meninggal. Hubungan yang kuat sampaikan isi hati anaknya dia dapat baca. Ya Allah...
Tapi memang kejam lah si anak tu masa dia tendang ibu dia. Tolak sampai terkena paku kat tangga. Suka-suka hati je nak ambil harta ibu dia, pastu siap ajak ibu dia ke bank nak keluarkan duit.
Apa pun, mujur di akhir usia...sebelum mata tertutp dia sempat bertaubat. Memohon ampun atas dosa-dosa lampau hingga semasa mayatnya dimandikan, hilang semua penyakit yang dihadapi. Bersih kulitnya.
Moga kita tak tergolong dalam golongan ANAK DERHAKA.
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan kedua ibu bapa kami. Rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami, dan menyayangi kami waktu kecil kami serta redhakan ibu dan ayah kami.....
Salam Umi;
ReplyDeletemasa akak baca berita tu kat akhbar,terasa hati ni Ya Allah,apakah ini tanda2 akhir zaman...