:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, October 04, 2010

- M.A.L.A.S -

Selamat malam semua...

Sekarang ni ummi telah ditimpa satu penyakit. Penyakit ni amat merbahaya sangat kalau kita dah TERjangkit huhuhu. Nama dia adalah M.A.L.A.S = malas.

Ummi amat perasan sekarang ni ummi MALAS nak :-

1-kemas rumah
(balik kerja konon2 nak menyapu, mop lantai, cuci pinggan, basuh baju, lipat baju...tapi akhirnya jadi MALAS)

2-baca buku ilmiah/majalah/novel
(sebelum penyakit ni datang, ummi memang akan baca sekurang-kurangnya 1 buah buku/majalah/novel dalam seminggu. Tapi minggu ni rasanya tak ada lagi buku yang ummi baca)

3-update blog/facebook
(bagus juga kan? Tak adalah 24jam nak mengadap laptop je...mata ummi pun dah 'sakit2' duk ngadap laptop time hujung minggu eheh)

4-buat kerja2 opis
(ini PALING BAHAYA...habislah kalau bos tahu)..pastu, asyik nak marah je rasanya. Ummi cepat terasa hati...lebih2 lagi kalau rakan opis tegur dalam nada yang pedas. Rasa hangin satu badan...tak baik, kan?? huhuhu................

5- baca Al-Quran
(Astaghfirullahal'azim.....) amat bahaya sekali. Biasanya paling kurang ummi akan baca 1 muka Al-Quran sehari. Paling2 minimum. Tapi, bila penyakit MALAS ni datang, kadang2 sehari pun tak baca. Adus!! Ya Allah.....


Kesimpulannya : banyak benda tertangguh bila penyakit MALAS menguasai diri ummi :(

** mujur tak MALAS nak mandi.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...