:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, April 30, 2012

Ummi Iman Follower's Giveaway


Anda salah seorang Followers blog Ummi Iman?
Jom kita sama-sama memeriahkan GA beliau
KLIK SINI untuk join :)
tarikh tutup penyertaan : 13 Mei 2012

YA, blog UI tersenarai dalam bloglist di Teratak Mawaddah

Ziarah Mahabbah @ Shah Alam - Teratak Mawaddah

mood : gembira sebab adik-adik datang ziarah kami di TM

Ketenanganku yang berharga (^__^)

Model of the year "Imam Muda TM"

ummi sempat memasak Nasi Ayam TM siang tu untuk santapan adik-adik
* AYAM TU UMMI KUKUS YE

dua orang adik ummi : Acik Ocob dan Acik Edil

adik ummi yang semakin "berisi" di samping isterinya, Ayu

tokmi dan tokbah sempat datang jumpa adik-adik ummi.
Tata tokmi : mujur tak nangis nak ikut tokmi balik hehe

sesi fotografi bermula....

2 suami orang, 1 belum berpunya (^__^)

Friday, April 27, 2012

Update : Nasi Ayam TM

 Nasi Ayam TM

Sekitar jam 10.30 pagi ummi dah bersilat di dapur nak buat Nasi Ayam TM ni hehe



Seperti yang dijanjikan, inilah resepi Nasi Ayam TM yang ummi bawakan khas untuk anda (^__^) :-

Cara nak buat nasi (resepi kakak sedare ummi)
- 5 cawan beras (ummi guna beras biasa je...)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 2 cm halia @ sebesar ibu jari (dicincang halus)
- kulit kayu manis dan bunga cengkih
- 1 kiub ayam
- 2 @ 3 sb planta
- air secukupnya

1- Tumis bawang putih, halia, bawang besar, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan planta. Ummi tumis atas kuali dahulu.
2- Bila dah naik bau, masukkan beras yang sudah dibasuh tadi dan goreng sebentar.
3- Masukkan ke dalam periuk nasi pula beserta air secukupnya dan masak seperti biasa. Bila air dalam periuk dah mendidih baru masukkan kiub ayam tadi. Boleh juga masukkan sedikit garam ke dalamnya.


Cara nak buat ayam kukus (cara ummi)
- 4 ketul peha ayam yang besar (ummi guna 3 ketul peha dan 2 ketul dada ayam)
- 1 sb minyak zaitun
- 1 sk lada hitam (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk lumat)
- 1 sk garam
- 1sb gula
- 2 sb madu

1- Lumur ayam dengan semua bahan di atas. Perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Ummi perap hampir 3 jam, dan ayam tu ummi kelar-kelar sedikit)
2- Lapikkan pengukus dengan aluminium foil.
3- Masukkan ayam dalam pengukus dan kukus lebih kurang 1 jam @ sampai masak. Api sederhana, tidak perlu kuat.


Cara nak buat sambal
- 6 @ 7 biji cili merah
- 2 biji tomato
- 1 @ 2 biji cili api (nak bagi lebih pedas)
- 2 ulas bawang putih

1- Kisar semua bahan di atas.
2- Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar dengan api perlahan.
3- Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk Kohilal



Hidangkan bersama salad dan tomato. Sedap!!
Untuk sup, ummi tidak masukkan ayam....tetapi ummi cuma masukkan kentang dan lobak merah serta kiub ayam Knorr. Juga tidak dilupakan sup bunjut adabi hehehe



Thursday, April 26, 2012

FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA

 Hadiah menarik menanti anda (^__^)
KLIK SINI untuk join.


Kami di Teratak Mawaddah mencadangkan agar Kak Zefa sekeluarga melawat

*

*

~ PULAU TIOMAN ~

Tips Kuruskan Badan

sangat comel bukan "mamat" ni minum? ehehe....
sangat blurr minggu ni...jadinya dah lama tak update blog
Penyakit M sudah melanda.................setiap bulan :)

Oh, macam mana dengan DIET kalian?
Apakata kita singgah SINI sekejap untuk ketahui Tips untuk menguruskan badan

Saturday, April 21, 2012

Dunia Teknikal Komputer

 Anda ingin menerokai dunia teknikal komputer?
Software?
Hardware?
Microsoft Word?
Operating System?

KLIK SINI untuk menerokai dunia teknikal komputer


"Artikel yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga hasil sedikit kajian yang dilakukan"..... ~ Sis Fiza

Anda boleh juga lawati laman kafe beliau di SINI
pelbagai resepi menarik dan sedap menanti anda di sana (^__^)

~ Sis Fiza ni kawan ummi sewaktu di UIA dulu...

Friday, April 20, 2012

Misi Mencapai Berat Badan Ideal


Seramai 4 orang ofis ummi (termasuk ummi) terlibat dalam misi ni hehe
Tapi mungkin nak turun 10kg dalam masa 3 bulan nampak macam mustahil
Apa pun, berjuang sungguh-sungguh!!!

* sebenarnya berat ideal ummi cuma 50kg paling kurang pun huhu

Wednesday, April 18, 2012

Sawi Jepun Bersos Tiram

mood : masak-memasak lagi (^__^)


 Balik kerja petang tadi, ummi bersilat sekali lagi kat dapur hehe.
Maka, inilah hasilnya : Sawi Jepun Bersos Tiram haha
Mudah + cepat + jimat

Bahan-bahan yang diperlukan :
- sawi jepun, ikutlah nak banyak mana.
- 2 ulas bawang putih (dimayang)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 1 sb minyak zaitun
- 2 sb sos tiram
- 1 sk serbuk perasa (ummi guna jenama Kohilal)
- 1/2 cawan air

Cara nak buat :
1. Celur sawi jepun di dalam air mendidih dengan sedikit garam. Angkat dan toskan
2. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak zaitun
3. Masukkan sos lada hitam dan serbuk perasa
4. Masukkan juga sedikit air, kacau hingga masak.
5. Curahkan sos tadi ke atas sawi jepun yang disusun atas pinggan


Selamat mencuba

* ummi tak letak garam.

Wordless Wednesday - Edisi Headband

Princess Solehah pakai headband yang Cik Wa buatkan
Suka benor dia dengan headband tu hihi
Thanks Cik Wa!

Tuesday, April 17, 2012

Rahsia Isteri Anda


RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU
sumber : Excel Qhalif


" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. 

Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "


" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. 

Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "


" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. 

Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "


" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. 

Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "


" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. 


Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "






L.O.V.E

29/06/2005


"TRY TO LOVE THE HEART THAT HURT YOU, BUT NEVER TRY TO HURT THE HEART THAT LOVE YOU"


**********************
suatu ketika dulu, ummi pernah menerima mesej ini daripada seorang lelaki. Lelaki yang dalam diam menaruh hati pada ummi. Lelaki itulah, yang akhirnya kini menjadi sahabat, kekasih dan suami ummi. Alhamdulillah...........................

Saat Manis Bergelar Seorang Guru

mood : imbas kenangan ketika bergelar seorang guru

Cita-cita asal ummi, memang ingin menjadi seorang pendidik. Kerana inilah cita-cita asal sedari kecil (walaupun adalah sekali dua bercita-cita nak jadi peguam...wartawan...pensyarah :p ) Semasa kecil dulu, pantang ada masa terluang ummi akan mengajak adik-adik bermain cikgu-cikgu. Ada buku, fail, pen dan sebagainya. Ummi berlagak menajdi cikgu yang garang haha. Waahhh, memori yang sangat manis untuk dikenang (^__^)

* bersama anak murid ketika ummi mengandung 5 bulan

 ummi pernah mengajar KAFA kira-kira 3 tahun. KAFA yang terletak di taman perumahan atok Auni, bilangan muridnya tidak ramai. Guru pun sekitar 7 orang termasuk ummi. Ummi pernah menjadi guru kelas darjah 3, 4 dan darjah 6.

 perasaan terharu dan gembira apabila anda diraikan oleh anak-anak murid

"Ustazah, marilah masuk kelas sekejap, cepatlah ustazah"...
"Sekejap lagi boleh? Ustazah nak buat kerja dulu"...
"Cepatlah ustazah, ada surprise ni"...
"MasyaAllah...subhanallah....." terkejut+terharu apabila melihat sebiji kek yang disponsor oleh Aiman terhidang di atas meja.

 Inilah rakan sejawat ummi suatu ketika dulu
Ustaz Zaki, Ustaz Md Diah, Ustaz Khairi, Ustaz Munajat
Ustazah Junaida dan Ustazah Mazura

 anak-anak yang sentiasa menceriakan hari ummi dengan kerenah yang pelbagai
Ummi pernah menerima sebentuk cincin yang berharga RM1.00 daripada murid darjah 1
Namanya Mohd Nur Yusri. Ummi memanggilnya Anje :)

rasa sedikit janggal apabila terpaksa menjadi guru kelas Ayah Su Auni hehehe
kini mereka berada di tingkatan 1

"Ustazah, saya rasa bila belajar dengan ustazah ni saya makin minat dengan Bahasa Arab"
"Zah (ustazah), rupanya Bahasa Arab ni senang ye. Tak susah pun"
"Ustazah, saya suka lah Bahasa Arab ni. Ustazah ajar saya mudah faham"
"Ustazah, kita nyanyi dulu ye. Baru seronok nak belajar"

********************************
apa yang penting, seorang guru itu perlu kreatif dan inovatif dalam mendidik anak-anak.

* siapa sangka, bekas anak murid ummi kini sudah berusia 18 tahun. Waahhh...dah jadi  anak teruna dan anak dara ni (^__^)


Monday, April 16, 2012

Ayam Goreng Berempah + Kentang Putar Ummiey

 Dek kerana nafsu makan yang sangat tinggi, ummi menggagahkan diri juga bersilat di dapur lepas balik kerja petang tadi :p Tak tahan tengok Kentang Putar Ummiey tu hehe. Kebetulan ummi perap ayam malam semalam, jadi ummi goreng ayam berempah tu. Asalnya nak bakar, tapi malas lah pula.

 Resepi Ayam Goreng Berempah (cara ummi) :

Bahan-bahan :
  • 4 ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 sk lada hitam
  • 2 inci halia / sebesar ibu jari
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sb kicap cair
  • sedikit garam
  • 1 sb minyak zaitun
  • 1 biji telur
  • 1 sb tepung gandum
Cara memasak :
  1. Basuh dan kelar-kelar ayam tersebut (supaya cepat dimasak dan rempah dapat meresap)
  2. Tumbuk lumat bawang putih + bawang besar + lada hitam. Satukan dengan bahan-bahan lain dan lumurkan pada ayam
  3. Perap lebih kurang 3 jam, lagi lama lagi bagus. Goreng dalam minyak yang banyak dan gunakan api perlahan/sederhana.


untuk resepi Kentang Putar Ummiey, sila KLIK SINI ye :)

Sunday, April 15, 2012

Ustazah Siti Khadijah Yang Popular

ustaz sedang mengajar anak-anak murid membaca Al-Quran + Iqra'
abang, jom kita amalkan teknik Nabi Muhammad dalam mendidik anak-anak (^__^)



minggu ini Ustazah Siti Khadijah memang popular dalam Teratak Mawaddah
semua mencari USK di sini
Anda bila pula?
Dah KLIK blog USK?
Jom...jom..jom!!


Jangan jemu mendidik anak untuk bersolat

Permata pada ayahbonda
Sinaran bahagia memawa ke syurga
Bersyukur kepada Yang Esa
Atas anugerah, nikmat dan rahmatnya....

Ya, jangan jemu mendidik anak anda untuk mendirikan solat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ingat, anak kita sedari kecil memerhatikan gerak langkah dan tutur kata malah perlakuan kita. Semaikan yang positif dan baik-baik dalam diri mereka.

Ya Allah, tetapkanlah ia dalam agamaMu
Jadikan anakku dari kalangan mereka yang medirikan solat......

*******************************


MasterChef @ Teratak Mawaddah


Siapakah bakal menjadi MasterChef @ Teratak Mawaddah?
Cuma ada 2 peserta akhir iaitu :
Abah vs Ummi
dan jurinya pula ialah :
Puteri Solehah
(^__^)

*******************************************************
Ehem!
Sudah, jangan duk merapu ye. Nak hilangkan stress, inilah jadinya.
Sakit kepala + tengkuk sejak pagi tadi lagi.
Dalam kepala ni macam-macam menu yang ummi bercadang nak masak.


Memang tergoda nafsu makan ni apabila tengok makanan yang sedap2 dalam blog sahabat ummi ni. Walllahh....jom kita masak sekarang.

** Kata nak jadi MasterChef @ Suri di hati suami kan? :p

Saturday, April 14, 2012

Fruit Cocktail - Jamuan di ofis

Entah kali yang ke berapa ummi buat FC ni
memang tak jemu.
Ummi buat ni untuk jamuan di opis baru-baru ni


Bahan-bahan A:
  • 1 tin besar buah-buahan campuran (ummi guna jenama Hosen)
  • 2 tin laici
  • 1 tin nata de coco (ummi guna jenama My Rasa yang dalam bekas besar tu)
  • 1 peket besar puding jelly atau sumi
  • beberapa hirisan buah anggur / mangga / epal hijau 
Untuk kuah kastard :
  • 2 tin susu cair
  • 2 sb tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 biji kuning telur
  • 6 sb gula (ikut selera anda)
  • 2 sk esen vanilla

Cara membuat :
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk membuat kuah kastard ke dalam periuk kecil, dan kacau dengan api perlahan hingga kuah pekat (masukkan semua bahan baru buka api)
  2. Bila campuran kuah kastard dah bertukar warna kekuningan, tutup api dan biarkan sejuk
  3. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk dessert yang besar (termasuk airnya sekali)
  4. Masukkan pula kuah kastard tadi ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Siap untuk dimakan
* ummi buat manis sebab nak letak air batu banyak dalam tu hehe.............

Thursday, April 12, 2012

Puding Mangga Berkuah Kastard

Semalam ada jamuan di ofis. Ummi berkira-kira nak buat puding dan koktel sahaja. Hari tu dah buat puding laici, kali ni ummi nak buat puding mangga. Bahan-bahan adalah seperti berikut :


Bahan-bahan :-
- 30gm agar-agar tali
- 750ml jus mangga (Marogold-Peel Fresh)
- 350ml susu segar (Goodday)
- 350gm yogurt perasa peach & mangga
- 500ml air
- 7@8 sb gula pasir (kalau nak manis, lebihkan gula)
- 1 biji buah mangga dipotong dadu


Cara memasak :-

  1. rendam agar-agar lebih kurang 2 @ 3 jam. Tujuannya supaya agar-agar cepat larut ketika masak nanti
  2. Panaskan 500ml air di dalam periuk. Apabila hampir mendidih, masukkan agar-agar dan kacau hingga larut
  3. Masukkan pula gula pasir. Bila dah sebai semua bahan, tutup api
  4. Masukkan pula jus mangga, susu segar dan yogurt ke dalam periuk.
  5. Masukkan potongan mangga ke dalam mould agar-agar. Tuangkan pula agar-agar tadi ke dalamnya
  6. Bila dah hampir sejuk, masukkan ke dalam peti ais.


ummi hidangkan bersama buah-buahan koktel. Ambil isinya sahaja, tabur di atas dan sekeliling agar-agar yang telah disusun ke dalam bekas

Curahkan sahaja kuah kastard tadi ke atasnya (^__^)

untuk kuah kastard, boleh tengok SINI

Selamat mencuba.

Aktiviti @ Cuti Pertabalan Agong

menu sarapan pagi kami
auni : ummi wat apo mi?
ummi : ummi goreng mi ni....
auni : mi? wowwww......adik lapor lah. Nok mi.....

pencinta mi yang pantang nampak mee hehe

tengahari tu, abah memulakan sesi mendeko ruang tamu lagi (^__^)
memang tak hais-habis lagi dengan ruang tamu ni hehe

cuba teka berapa harga cermin tu?
abah beli di Pantai Timur dengan harga rm9.00/sebingkai

gambar yang diambil semasa hampir masuk waktu Maghrib.
Asalnya letak bingkai cermin tu di tengah sahaja. Tetapi ummi rasa macam tak berapa sesuai, jadi ummi minta abah letak 3 bingkai terus. Kebetulan memang "masuk" dengan warna tema teratak kami...

* cahaya lampu tu terlalu "terang" hingga tak nampak langsung rupa sebenar lampu bila ummi snap gambar hehe

Saturday, April 07, 2012

Blog Ustazah Siti Khadijah

Anda seorang guru?
Bagaimana hendak mendidik anak-anak murid yang lemah?
Jom kita singgah blog Ustazah Siti Khadijah


Pertama kali singgah blog USK, memang tersentuh hati ini membaca setiap tulisan beliau.


Banyak lagi di blog USK. Rugi jika anda tidak singgah sebentar di blog beliau.
Jom!!


Thursday, April 05, 2012

Ummi, adik baby nok tido!


* HARAP MAKLUM : setakat ummi menaip entry ini, ummi masih belum mengandung ye (^__^)

Wednesday, April 04, 2012

Wordless Wednesday - Anak Bapak

Rata-rata mengatakan puteri solehah ni ikut muka abah
ummi pasrah...sob..sob...
tapi, mata auni tetap ikut ummi (^__^)

Tuesday, April 03, 2012

Semerah Cinta Sardin & Sebersih Kuning Telur

tajuk diberi oleh abah hihihi

Balik kerja tadi, sempatlah ummi memasak untuk makan petang. Masak ala kadar sebab air di sinki dapur takde. Lauk pun cuma sardin dan telur.

Semerah Cinta Sardin
Merah ke? hehe

Bahan-bahan :
- 1 tin sardin besar
- 1/2 labu bawang besar & 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 1/2 sk lada hitam (ditumbuk)
- 2 sb sos cili
- sedikit kicap
- 1 keping asam keping
- 1 biji tomato (potong 4)

Cara memasak :
1- Tumis bawang putih dan halia yang diketuk
2- Masukkan bawang merah dan tumis hingga kekuningan.
3- Masukkan lada hitam dan sos cili
4- Masukkan sardin, buah tomato, asam keping dan sedikit kicap.
5- Kalau nak kuah, masukkan sedikit air.
6- Masak hingga sardin tu masaklah hehe....sebelum tu perasakan dengan garam gula secukup rasa ye.

Sebersih Kuning Telur
 Bersih dikaitkan dengan kuning?

Bahan-bahan :
- 3 biji telur
- hirisan bawang besar
- 2 sk serbuk perasa Kohilal
- sedikit mayonis
- secubit garam

Cara memasak versi ummi :
1- Satukan semua bahan dan pukul telur 
2- Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng telur
3- Goreng telur dengan api sederhana hingga masak.

Sangat mudah dan jimat masa hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...