:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, September 19, 2011

terlalu meminta


aksi yang ummi kurang gemar kalau berada di pasaraya...

Kalau pergi pasaraya, bila berada di tempat permainan @ makanan/minuman auni akan buat muka kasihan kat ummi. "Ummi...mi...nok air" "Ummi, ni mi..." "Ummi, nok..nok" Ada ajalah apa-apa benda yang dia sempat capai. Kalau ummi tak bagi, dia menggelepar. Suara auni memang nyaring (sesuai nak jadi qariah). Kalau suara nyaring dah keluar, habis satu bangunan penuh dengan suara dia aja.

muka kasihan...mengharapkan ummi menunaikan permintaannya

Kalau dia tak duduk atas troli, memang dia dah guling-guling atas lantai tu. Kadang-kadang tu ummi biarkan dia buat macam tu. Ummi pura-pura nak tinggalkan dia. Tapi auni jenis tak kisah. Makin dia guling atas lantai adalah. Ummi jadi segan pula. Kalau ummi pujuk, dia makin menangis. Kalau ummi layankan permintaan auni, ummi risau akan jadi kebiasaan pula nanti.

- kalau guling-guling macam ni, ummi akan bagi mainan
- kalau menangis macam ni, ummi akan belikan mainan
- kalau jerit macam ni, ummi akan belikan mainan

Ummi tak nak auni berfikir macam tu. Tapi kalau dia minta buku atau bahan bacaan yang lain, ummi memang tak teragak-agak nak belikan (^_^) Malahan, biasanya dalam sebulan, memang ada peruntukan untuk bahan bacaan Auni selain pakaian dia. Cuma permainan tu, ummi akan belikan sekali-sekala sahaja.
aksi TERlampau lah pula.... :p
(tiada istilah malu bagi auni buat masa ini)

* macam mana kita nak handle perkara ni?

13 comments:

  1. mcmmana ye?sy pun tertanya-tanya jugak.setakat ni Danial lom paham lagi pasal menan ke heheh

    ReplyDelete
  2. ank sya dulu pon camtu gak...tp bila dah makin besar ni dia dah paham bila kita terangkan..slalunya sya sruh dia pilih 1 brg jer...cth dia nak mainan n makanan...sya suh dia pilih 1 jer n alhamdulillah dia akan pilih makanan...b4 tu sya provoc la ckp mainan tu dah buruk,rosak,kecik,x best...hahahha

    ReplyDelete
  3. susah tuh.. sy pun isau aisya buat perangai cam ni jgk 1hari nti... so far umo dia 1thn 4bln ni mmg dia ada mintak jgk kalu nmpak apa2 menarek perhatian dia tp ayah dia la yg akan handle... ayah aisya xakn beli apa2 depan2 dia means kalu nk beli mainan or apa2 time dia xdak atau kami kuar berdua... xmau biasakan bawak dia n biarkan dia pilih apa dia nak... kalu nak bli kami yg belikan sndiri... ksian aisya, kuar memana ayah xkasi beli...heheh :P so nmpaknya so far berkesan la... dia xakn mintak apa... dia perhatikan je... so nti bila2 masa kalu teringin sy akn belikan laen masa :)

    ReplyDelete
  4. mmg memerlukan kesabaran yg tinggi bila anak buat perangai mcm ni.

    sy mmg malas nak pujuk2 sbb xmakan saman...ayah dia je yg boleh sabar dgn perangai dia.

    ReplyDelete
  5. tunjuk apa yg auni nak. auni mesti dah faham kan bila nak beli barang kena bayar dulu. so dalam masa nak pegi kaunter tu bole letak balik and attract dia dgn benda lain. tu yg alya buat kat nia. so far berkesan. tp nia tak de nak benda bukan2 sgt. dia suka dgn stationery tp kalau hari2 nak beli stationery, bazir la pulak kan. so buat la mcm alya ckp tu. then tunjuk la dia naik mainan ke. bole terlupa dia kat stationery dia. hope bole praktikkan kat auni :)

    ReplyDelete
  6. nina : hehe..nanti danial pun dah pandai nak minta belikan apa2 kalau ke pasaraya :)

    ReplyDelete
  7. intan morsalin : auni kadang-kadang kita nak terangkan, dia lagi mengamuk sakan hehe

    faizah : sama lah. kadang-kadang saya pun tak bawa dia ke pasaraya. Tapi balik tu adalah juga belikan barang untuk dia. Dia suka dengan buku

    ReplyDelete
  8. qaseh : auni pun, abah dia yang sabar banyak berbanding umminya hihi

    alya : hehe, kadang2 memang saya buat macam ni juga. Ambil barang yang dia nak, lepas tu sampai kaunter tu suami letak semula barang tu. Tapi sekarang dia dah pandai. Dia pegang barang yang dia ambik tu kuat-kuat. hehe

    ReplyDelete
  9. pernag gak jd pada umi...mmg tak tau nak wat pe..serba salah kan huhuhu...

    ReplyDelete
  10. ui mak kau.. comel memang comel.. kesian memang kesian.. tp benda ni le yg tak bleh jadikan kebiasaan dia kn ummi.. sabar je lah ummi.. Aqil x reti asal keluar je nak itu nak ini.. sampai kekadang ibu dia ni je yg terhegeh2 nak jgk belikan.. paling x pun kalo dia nak, dia akan berdiri betul2 depan benda yg dia nak tu sambil tangan dua2 letak ke belakang punggung.. berdiri tegak muka hala tepat ke barang yg dia nak tu.. tak akan berganjak selagi tak beli walaupun ditarik badan dia.. tapi x menangis x meraung.. adoi!!! tu pun dah cukup tension dibuatnya ummi oiiiiii..

    ReplyDelete
  11. perbincangan best rupenye kat sini..pengajaran utk kami handle akan datanglah..tunggu mase je ni ;)

    ReplyDelete
  12. ummu muhammad > memang hangat hehe. Ummi pun dapat banyak ilmu kat sini....

    ReplyDelete
  13. sweet umi & IbuAqil > kena bersabar kak nak hadapi kerenah anak ni :) kadang2 tebalkan muka je kalau dukung auni yang mengamuk sakan nak barang2 mainan tu hihi.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...