:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Wednesday, September 14, 2011

kisah awal pagi...

Jam sekarang menunjukkan pukul 1.50pagi. Abah dah lena dibuai mimpi indah agaknya. Auni tidur-tidur ayam. Ummi? Ummi sedang menaip tentunya :) Pinjam notebook abah kejap. Malas nak buka laptop sendiri. Kenapa ummi tak tidur lagi? Tak boleh tidur :(

Ummi pun sebenarnya baru balik dari rumah jiran sebelah tadi. Buat begedil untuk jamuan raya di Pejabat RISDA Negeri. Jamuan tu esok pagi, tapi ummi tak pergi sebab giliran ummi kena jaga bahagian operator sekejap. Tak apalah, lagipun memang ummi rasa kurang keinginan nak ke jamuan tu hehe.

Sebenarnya ummi dan abah berkira-kira nak mencari rumah sewa baru. Mungkin tahun depan kami akan keluar dari rumah yang kami duduk sekarang ni. Tuan rumah nak robohkan rumah lamanya yang sebelah rumah ummi ni. Anak tuan rumah sewa ni nak buat rumah baru kat situ. Kemungkinan juga rumah yang kami sewa sekarang ni akan dirobohkan untuk dibina rumah baru. Itu yang ummi dan abah nak mula mencari rumah sewa baru. Tapi sekarang ni tiada sebarang khabar berita pasal rumah sewa sekitar Pasir Mas ni hehe.

* semoga Allah permudahkan semuanya....



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...