:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, September 09, 2011

Syawwal 1432h : Ujian dariMu

Syawwal 1427h yang lalu


(cerita sebelum ummi akan update pasal ummi bersilat)

Nak dijadikan cerita, Syawwal tahun ni tak macam tahun-tahun sebelumnya. Awal-awal bulan Syawwal : 1-6 Syawwal, masih boleh makan kuzi kambing, rendang ayam dan daging, kuah lodeh/lontong, ayam masak merah, biskut raya yang bermacam-macam jenis, air oren, sirap, teh O juga tak lupa hidangan biasa seperti sardin, sayur masak lemak dan jeruk petai. Masa Syawwal ni ummi dah tak ingat langsung pasal DIET ummi tu. Semuanya ummi bedal. Kalau pergi Open House tu lagilah banyak makanan kan? Ada sekali, ummi tak ingat raya ke berapa ada 2 rumah terbuka dalam sehari tu yang ummi pergi. Senak rasanya perut ni. (tapi ummi cover semula dengan minum banyak air masak...boleh tak macam ni? hihi)

Pagi 7 Syawwal tu ummi asyik melabur di bank Teratak Mawaddah dan pejabat ummi. Memulas pula tu perut ummi ni. Sesekali rasa senak dan sebu je. Bayangkan, hari tu aja sepanjang di ofis ummi melabur dalam 7 kali (yang ummi ingat). Letih lah nak berulang ke bank tu. Maka, sejak 7 Syawwal tu sampai 10 Syawwal ummi kerap melabur. Sehari tak ingat dah berapa kali ummi melabur. Tapi memang banyak dan kerap.

Tak cukup dengan tu ummi diserang cirit-birit pula. Sampaikan semua yang ummi makan akan keluar balik. Pula tu, malam kelmarin ummi diserang demam panas. Menggigil badan ummi ni menahan sejuk. Perut memulas, cirit-birit tak henti-henti hingga akhirnya ummi muntah di bilik air. Terjelopok ummi dalam bilik air tu. Lemah sungguh rasanya. Tengah malam tu abah jirus ummi dengan air. Allah...sejuknya. Air mata ummi pun turun sekali :) hehe...dah tak tahan. Tidur pakai toto+selimut pun masih sejuk. Itu memang dah matikan kipas. Malam tu juga sakit belakang ummi menyerang :( Memang sakit...sakit sangat. Abah sapukan losyen halia, tahan sekejap. Tapi sakit tu kembali menyerang di saat migrain ummi bertandang :( Allah...kuatkan aku dalam menghadapi ujianMu ini

Sampailah saat entry ini ditulis, ummi masih cirit-birit. Cuma muntah dah tak ada. Demam pun dah kebah. Abah dah beberapa kali ajak ummi ke klinik, tapi ummi tak nak. Bila ummi fikir, takkanlah sampai hari ni cirit-birit tu tak henti-henti walhal minggu lepas je ummi makan banyak. Minggu ni ummi kembali makan macam biasa.

Semoga ummi cepat sembuh. Tolong doakan ya (^_^)

7 comments:

  1. ummu Muhamamd : aamenn...ya Allah, makbulkanlah doa Ummu Muhammad ni (^_^)

    ReplyDelete
  2. MG UMMI NA CEPAT SEMBUH YER...KLU STILL SAKIT LAGI...GI LA KLINIK.RISAU LAK BACA KALAM UMMI NA KALI NIH....

    ReplyDelete
  3. la..ciannya ummi na, mama aufa pernah dulu terkena cirit birit, memang seksa la asyik melawat "bank" jer.sampai takder tenaga dh.hehe..ubat kampung paling mujarab air tea kelat tanpa gula..insyaallah.mama aufa kalau cirit birit dulu ayah mesti beli hudred plus utk tenaga (doktor yg syorkan) selain kna minum air masak banyak2..=) moga cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  4. dha ke klinik belum ni?agaknya perut terkejut sb masa puasa makan tak byk, sekali lps puasa makan byk2.

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...