:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, September 12, 2011

kisah hari ini....

Hari ni ada jamuan di ofis. Malam tadi ummi dan jiran sebelah rumah a.k.a officemate ummi buat soto. Kami masak sup dan buat begedil. Alhamdulillah menjadi juga. Masaka tidak, ummi tak pernah masak untuk ramai-ramai. Ini kali pertama nak kena masak untuk 40 orang makan. Pagi tadi memang macam-macam jenis makanan ada. Sate, nasi dagang, bihun goreng, kek, biskut raya, tapi, ketupat palas, soto dan air sirap limau. Memang sedap sangat makan (^_^) *habislah siet ummi lagi.....

Petang tadi pula ummi ke klinik gigi. Nak cabut gigi geraham bahagian atas. Gigi ni memang dah lama sangat rosak sebenarnya. Sampai dah terbenam dalam gusi juga hehe. Kadang-kadang bila ummi kunyah makanan, terasa sakit juga. Lepas tu bengkak. Dah tak boleh tahan, ummi ajak abah ke klinik. Sekarang ni baru rasa sakit pula huhu.....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...