:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, September 15, 2011

kisah petang tadi...

(masih mencari idea untuk menulis...)

Hari ini ummi agak kelam-kabut sikit buat kerja kat ofis. Mujurlah cekap juga hari ini hehe. Kebetulan bos ummi ada mesyuarat, kena lah siapkan laporan dia dulu kan. Berlari sana-sini jugalah tadi (^_^) Print-photostat-klip-masuk fail. Fuh, lega akhirnya siap juga.

Tengahari tadi ummi telah dibelanja oleh adik-adik praktikal. Alhamdulillah, kenyang sungguh. Terima kasih Mas dan Za. Semoga murah rezeki selalu :) Tapi yang tak seronoknya, mata dan hati ummi ni sakit. Sebab ada sekumpulan remaja (nampak gaya lepasan SPM/budak U) makan-makan depan meja kami. Adalah dalam lebih kurang 10-12 orang. Bercampur lelaki-perempuan, duduk rapat-rapat. Ada yang bergambar berdua, duduk berlaga bahu. Nak kata adik-beradik, semua hampir sebaya. Tak dengar pula panggilan kakak-abang-adik tu. Ummi cukup tak berkenan. Sesekali mata ummi bagi isyarat "rimas" bila ada antara mereka yang perasan bila ummi asyik pandang-pandang je hehe.

Tapi, remaja-remaja ni nampak macam "syok" pula bila diperhatikan lama. Makin kuat gelak-tawa diorang. Selamba nampaknya. Ummi cepat-cepat habiskan ayam goreng dalam pinggan, basuh tangan dan terus keluar. Mungkin tepuk tampar, berlaga bahu dan cuit-mencuit antara lelaki/perempuan ni adalah perkara biasa bagi mereka...

Ya Allah, berikanlah hidayahMu kepada mereka dan kepada kami...

1 comment:

  1. pemandangan biasa zaman sekarang ni kan, harap la anak2 kita dijauhkan dari perkara mcm tu

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...