:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Thursday, September 01, 2011

S.U.N.Y.I

1 Syawwal 1432h

S.U.N.Y.I

Ya..ini perkataan pertama keluar dari mulut ummi bila tengok blog hehe. Kenapa sunyi? Sebabnya dalam banyak-banyak senarai Sahabat Mawaddah dalam blog kami ni, cuma 4-5 orang aja yang update blog (termasuk penghuni TM ni hihi). Agaknya masing-masing masih dalam mood raya sakan kan? Seronok sesekali berkumpul ramai-ramai. Kami pun macam tu juga.

Sebenarnya ummi ada juga nak update blog, tapi bila duduk depan laptop ni jari-jemari terus kaku. Tak tahu nak tulis apa. Blur jadinya :p Taip ini tak kena, taip itu tak kena. Cuma apa yang boleh ummi katakan, suasana raya tahun ni berbeza dengan 2 tahun lalu :) Banyak juga bezanya. Nak tahu? Kenalah setia dengan Teratak Mawaddah (^_^)

Kami pun tak sabar nak baca kisah raya Sahabat Mawaddah semua. Lepas ni mesti kita semua akan update kisah raya kan? Err, tak ramai yang update pasal Hari Kemerdekaan :p Apa pun kami di TM ni mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pengunjung Teratak Mawaddah ni.

Okey, hingga jumpa lagi.............. (tak tahu nak update pasal raya ni bila)

1 comment:

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...