:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, July 22, 2011

Jejak Kasih : Perisai Mahkota


Sudah lama kami di Teratak Mawaddah tidak mendengar khabar daripada tuan blog Perisai Mahkota ni. Adalah hampir 2 bulan lamanya. Dahulunya Pakcik Iklil (dibahasakan begitu bila dia bertandang ke Teratak Mawaddah menjenguk Auni) kerap kali bertandang ke sini. Membawa khabar berita. Kami kerap ziarah beliau di terataknya, membaca entry terbaru. Ummi senang sekali menziarahi adik ini.

Entry terakhir Iklil adalah Mintak Darah. Macam seram aja bila baca tajuk tu kan? Kalau nak tahu, pergi ziarah beliau di terataknya sana hehe. Macam-macam ado. Ummi suka dengan gaya penulisan adik Iklil ni, dalam serius ada senda guraunya. Biasanya tulisan beliau membuatkan kita jadi suspen. Baca tajuk sahaja, memang suspen lah nak tahu apa isinya.

Entry ini adalah segmen baru di Teratak Mawaddah. "Jejak Kasih" namanya. Mencari semula atau menyambungkan ikatan ukhuwwah yang agak lama terpisah di kalangan Sahabat Mawaddah. Mungkin anda seterusnya? Sama-sama berukhuwwah dengan kami di Teratak Mawaddah (^_^)

* Iklil, kalau baca entry ini, sudi-sudilah kiranya menziarahi kami di Teratak Mawaddah ya.

4 comments:

  1. ummi na kite punye rase yg same..kite baru nk tney ummi na tentang si iklil mane pergi..bualn madu kot ye.. ;)

    ReplyDelete
  2. Ummi Na, belum dpt lg. Na guna email yg mana ye?

    ReplyDelete
  3. ukhuwah yg dah terjalin sayang klau dibiar kan,

    ReplyDelete
  4. wahh...
    trharunya.

    insyaAllah.. stiap kali iklil bloggimh, iklil akn singgah jenguk teratak bahagia ni. :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...