:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Sunday, October 31, 2010

- Aku Ingin Ke Syurga -


Malam tadi ummi tak tengok bola pun sangat sebab tak berapa minat. Tapi kalau Selangor yang main tu automatik jadi minat (^_^) Malam tadi ummi tengok Majalah 3 dan slot Cerekarama : Aku Ingin Ke Syurga. Kalau iklan je ummi alih ke siaran bola.

Kalau ada yang tengok cerita A.I.K.S (Aku Ingin Ke Syurga) malam tadi, pasti ramai yang mengalirkan air mata keinsafan. Takpun paling kurang, sebak menyelubungi diri. Ummi sendiri, nak menangis macam segan juga. Sebabnya ada mak mertua kat sebelah. Tahniah ummi ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan cerekarama kali ni.

Ummi tak nak cerita sinopsis AIKS, ummi rasa kalian semua boleh cari dalam En. Google tu. Apa yang boleh ummi simpulkan secara ringkasnya :

- Kasih ibu membawa ke syurga. Walau macam mana buruk dan jahat anak tu, kasih seorang ibu tiada penghujungnya. Walau dicaci, dihina, dipukul, diherdik...ibu tetap menerima anaknya sampai hujung usia si anak. Malah, ibu sanggup menjaga anaknya semasa anak tu menderita sakit.

Ummi paling sebak masa anaknya nak meninggal. Hubungan yang kuat sampaikan isi hati anaknya dia dapat baca. Ya Allah...

Tapi memang kejam lah si anak tu masa dia tendang ibu dia. Tolak sampai terkena paku kat tangga. Suka-suka hati je nak ambil harta ibu dia, pastu siap ajak ibu dia ke bank nak keluarkan duit.

Apa pun, mujur di akhir usia...sebelum mata tertutp dia sempat bertaubat. Memohon ampun atas dosa-dosa lampau hingga semasa mayatnya dimandikan, hilang semua penyakit yang dihadapi. Bersih kulitnya.

Moga kita tak tergolong dalam golongan ANAK DERHAKA.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan kedua ibu bapa kami. Rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami, dan menyayangi kami waktu kecil kami serta redhakan ibu dan ayah kami.....

- Tahniah abah -

Alhamdulillah...
Tamat sudah Final Piala Malaysia...
Maka...dengan rasa sukacitanya ummi mengucapkan tahniah
kepada semua rakyat Kelantan especially abah... sengih lebar tu
kerana Kelantan berjaya merangkul piala kebanggaan ni.
Tahniah ye...
Kira adillah...tahun lepas N.9 menang, tahun ni Kelantan
Ummi tak pandai nak komen pasal bola ni....
Tapi apa pun...
RED GIANT tetap dalam hati (^_^)


Saturday, October 30, 2010

- followers Teratak Mawaddah yang terkini -

Salam hujung minggu :)

* Malam ni Final Piala Malaysia : Kelantan vs Negeri Sembilan.

Ummi nak sokong mana ye?

Kelantan : negeri abah & tempat kami duduk sekarang
N.9 : tempat kerja lama ummi
kesimpulannya : ummi tetap sokong SELANGOR! (^_^) abah jgn marah

***********************************************************

Sebenarnya, ummi nak ucapkan jutaan malah bermillion-million terima kasih kepada semua pembaca yang sudi menjadi sahabat kami :) ummi tengok makin bertambah followers Teratak Mawaddah. Kalau dulu, hanya ada 4 orang sahaja. Tapi kini semakin ramai yang menjadi sahabat kami. Terima kasih ya! Kami sangat hargai anda......

bulatan merah ni followers terkini Teratak Mawaddah :)
tengok siapa yang kena?..........................

Kami perasan, kebanyakan followers ni merupakan sahabat adik kami Nuruddin di UIA Kuantan. Kenal kan? Alah, budak lelaki bercermin mata, janggut sejemput, berkulit cerah (din, k.ina puji din sikit ni.....). Dia ambik Nursing kat Kuantan tu.

Abah merupakan abang kepada Nuruddin, manakala ummi ni kakak ipar kedua kepada dia. Ha..jangan tak tahu. Kebanyakan kawan2 yang ada kat sini, ummi dapat baca blog kalian lepas ummi ambil alamat dari blog dia lah ni. So, kawan2 nuruddin ni merupakan kawan ummi dan abah juga eheh.

Jom, jadi sahabat Teratak Mawaddah!!

Friday, October 29, 2010

- jadi kenangan -

inilah nokia yang ummi berangan nak beli
- Nokia 7230 -

Kali ni saje je ummi nak letak gambar koleksi hanset ummi :) "koleksi".....mcm tak sesuai je hehe. Gini, sebenarnya sejak ummi masuk UIA sampailah sekarang ni, seingat ummi dah hampir 5 kali ummi tukar hanset. Uih, nampak macam kaya je ummi ni. BUKAN ye, ummi tak kaya pon.

Ummi tukar hanset tu sebab ada antara hanset ummi rosak. Tak boleh nak guna, walaupun dah dibaiki. Ummi pun tukarlah hanset lain. Pastu ada jugalah yang ummi beli hanset baru bila hanset lama tu dah masuk setahun usianya (teruknya ummi ni...). Hanset lama ummi, biasanya ummi bagi kat adik-adik hehe.

Dulu family ummi semuanya pakai jenama Nokia sebab sangat mesra alam aplikasinya tu. Then, bila ummi jadi orang pertama dalam family ni pakai Sony, masing-masing tukar Sony. Ikut ummi lah tu. Ummi suka hanset Sony Ericsson ni sebab bila tangkap gambar, gambar tu cantik dan jelas.

Jom tengok antara koleksi hanset ummi yang lama-lama :- (terima kasih en. google bagi ummi pinjam gambar ni hehe) tapi gambar tak ikut turutan ya...

nokia 1208

- konon2 beli hanset murah ni sebab ada 2 sim kad.
Akhirnya, hanset ni jadi perhiasan aja atas meja. Tak guna pun...
.adoila, sungguh membazir kan? Jangan ikut ummi...

nokia 5300

- hanset ni ummi beli masa ummi mengajar di KAFA dulu.
Dapat gaji 3 bulan awal tu, ummi tukar hanset ni hehe. Ummi suka juga pakai hanset ni
sebab dia mudah gelongsor, kan?

nokia 3220

- hanset ni ummi beli masa kat UIA. Hanset pertama ummi beli yang ada kamera.
Kononnya masa ni canggihlah, ada kamera. Sibuk tangkap gambar sana sini.
Tapi ummi pakai kejap je sebab hanset ni ummi bagi adik ummi pula.

nokia 3310

-hanset pertama ummi ni. Abah ummi belikan masa ummi kat UIA Matrik PJ.
Cover masa ni warna merah. Ummi suka sangat guna hanset ni sebab
ummi suka main game ular hehe. Selalu lawan markah siapa paling tinggi masa main game ni.

Sony Ericsson K800i

Hanset ni ummi beli masa gaji pertama kerja RISDA.
Pertama kali beli jenama Sony Ericsson punya. Ummi suka pakai hanset ni
sebab gambar yang kita ambil nampak cantik sangat. Hanset ni paling lama dalam
JAGAAN ummi, adalah dalam 2 tahun.
TAPI...
Hanset ni dah rosak sekarang. Kejap elok, kejap tak.
Nak tangkap gambar pun, ummi kena baling kejap.
Auni selalu campak-campak dan baling-baling.
Pastu lama-lama, hanset ni kejap hidup, kejap mati :)

** ummi nak tukar hanset lain, agak2 abah bagi tak?
ummi rasa jawapan abah - "Ina ada duit ke? Abang takde duit sekarang ni..,"
maksudnya : kalau ummi ada duit, ummi bolehlah beli hanset tu......


Tuesday, October 26, 2010

- auni & buku jawi -

Jom kita baca kisah auni dan buku jawi bergambar nya tu :)

Alamak. Ummi denda auni. Auni belum baca buku jawi hari ni,
jadi ummi "kurung" auni dalam katil ni. Auni tak dapat nak jalan-jalan kat luar.
Sedihnya (buat muka seposen)

Ummi, auni minta maaf ya. Auni nak baca buku jawi sekarang, boleh tak?
Auni tak nak kena kurung dalam katil ni.
Auni nak jadi budak pandai, auni nak jadi anak solehah...
dengar cakap ummi dan abah.

ummi, buku jawi ni cantiklah kan? Auni suka baca sebab ada gambar warna-warni.
Ummi ajar auni baca boleh tak? Auni kan nak ikut abah pergi sekolah.

Ummi, ini macam atok Shah Alam lah. Ini atok, yang kecil ni Ayah Su.
Auni rindu lah nak jumpa atok Shah Alam. Bila kita nak balik Shah Alam?

Ummi, macam mana bunyi gajah? (ummi buat bunyi gajah, auni tengok mulut ummi)
Ooo...gajah bunyi macam tu ye ummi?
Ga-untuk gajah!

Ini syampu kan ummi? Auni suka syampu sebab wangi.
Syampu...syampu rambut.
Kawan-kawan kena syampu rambut, nanti rambut kita wangi.

Yeay...dah habis. Boleh kita jalan-jalan dan bermain. Auni suka!
Yeay...yeay...yeay...

Alamak, belum habis lagilah. Ummi belum bagi green light.
Jom kita sambung belajar lagi.

** auni pun suka sangat bila nyanyi nasyid dalam kaset Al-Furqan tu (^_^)
badnnya siap hayun depan belakang kalau dengar nasyid tu .....

- ummi pula muntah2 dan ci-bi-

Lama dah ummi tak update blog. Dah masuk 3 hari rasanya. Lama ke tu? Ada lagi yang lagi lama dari ummi..hehe. Ada tu yang seminggu sekali baru update. Ada pulak yang sebulan sekali. Lagi pulak ada yang update blog sebulan sekali je. Eheh....whatever...

Ummi jadi malas sket nak buka blog sebab hujung minggu lepas ummi muntah2 dan ci-bi pula. Kalau sebelum ni Auni. Ya Allah, sakit sangat perut malam tu. Memulas-mulas. Hampir 6 kali ummi keluar masuk toilet. Last-last dah tak tahan sakit, jam 4 pagi kami ke Poliklinik Penawar. Mujur ada yang buka 24jam. Kalau tak, ke hospital jawabnya.

Doktor kata keracunan makanan. Cakap pasal doktor ni kan, ummi rasalah doktor p****p*** tu macam nak tak nak je check ummi. Dia tak check pun perut ummi sangat. Ummi masuk je, dia cakap " keracuanan lah ni" hanya sebab dia nampak ummi pegang perut. Heheh, bole ke mcam tu? Pastu dia tanya sakit macam mana? Itu je. Ubat adalah dalam 4 jenis tak silap, termasuk sakit perut, cirit-birit, tahan muntah.

Ummi terlupa nak minta MC masa kat bilik doktor. Pastu masa nak bayar ubat (RM46), abah cakap kat nurse tu "Minta MC boleh ke?". Nurse tu jawab "MC? Boleh, kejap ye". Eh, macam dia pula doktor. Begitu mudah, kan? Alhamdulillah dapat MC sehari. Punyalah tak larat, sakit sangat perut ni sampaikan ummi punya mertua amik cuti rehat juga sebab nak jaga Auni kat rumah. See, baik kan my MIL?

Alhamdulillah, tengahari tu badan ummi beransur baik. Perut pun dah tak meragam. Loya-loya pun dah takde. (ramai sangat orang ingat ummi pregnant). Bila check, negative lagi. Belum ada rezeki lagi lah auni nak jadi kakak :) Takpe....

So, itulah cerita ummi minggu lepas. Dua minggu berturut-turut kami diuji dengan kesakitan. Alhamdulillah, kini keadaan kembali seperti sediakala.


** ada seseorang tu dah uwek..uwek...Haris bakal jadi abang. Tahniah Kak Long + Hafiz (^_^)

Saturday, October 23, 2010

- 2 in 1 -

Salam hujung minggu (^_^)

Erm, hari ni abah exam ya. Ummi dan auni doakan abah dapat jawab soalan exam dengan tenang :) senyum sokmo, bahagiakan jiwa....eheh.

Ummi tepek gambar-gambar dalam 2 cerita. Mari kita tengok :

Cerita 1

Alamak, tepon auni berbunyi. Siapa ni? Eh, Mr. Right?
Yeay, Mr. Right tepon auni lah...sukanya saya (^_^)

Alamak, nak jawab ke tak? Ummi kata jangan main call/sms lelaki yang bukan muhrim.
Tapi, auni nak jawab panggilan Mr. Right. Mana tahu panggilan dia penting....
nak jawab ke tak ye?

Auni tak jadi jawablah. Auni nak ikut cakap ummi, nak dengar nasihat ummi.
Yeay, Auni anak solehah kan ummi, abah? Tata Mr. Right, selamat tinggallah.
Auni nak bercinta dengan ummi dan abah.



Cerita 2

Wah, banyaknya mainan auni. Ada rebana, tepon, Pooh. Eh, ada buku juga rupanya.
Auni nak main yang mana satu ye? Macam best aja gendang ni kan?
Nak main gendanglah...syoknya.

Alamak, hari ni auni belum baca buku Al-Furqan lagi.
Ummi kata kalau nak main, kena baca buku Al-Furqan dulu.
Nak baca buku Al-Furqan dulu lah, auni kan anak yang mendengar kata ummi dan abah.
Auni nak masuk syurga...

Kawan-kawan nak ikut auni masuk syurga tak?
Kawan-kawan dah baca buku Al-Furqan belum?

abah, ummi...auni mintak maaf ya. Auni dah TERkoyakkan buku ni.
Auni tak sengaja, auni suka sangat belek buku ni sampai tak perasan kulit buku dah koyak.
Maafkan auni ya?

* Sekian, tamatlah kisah-kisah Auni hari ini *

Friday, October 22, 2010

- mainlah sepuasnya-

puteri comel
- ketika berusia 2 hari -


Memang tenang hati ummi bila menatap wajah auni waktu dia tidur.
Hilang segala lelah dan penat seharian.
Semoga hati ummi dan abah tenang selalu apabila menatap wajah anakanda tercinta.

- hari ni mengamuk je bila ummi letak dalam katil.
Ummi letak tu biar mudah ummi nak buat kerja rumah + solat
+ basuh baju & sebagainya. (lagipun tak laratlah nak kejar2 auni ni....).
Akhirnya, bila dah tak larat nak kejar2 dia, ummi biar je dia punggah segala CD depan tv tu. Habis berterabur CD-CD dan surat khabar.

- Nampak seronok je dia main dengan CD dan surat khabar tu.
Ummi biar je, ummi tengok + senyum je.
Tak cakap apa (letih...). Bila dia dah puas, dia beralih pula main benda lain.

- Mainlah sepuas hati dik, asalkan benda tu tak merbahaya.
Ummi tak larat nak kejar2 dah. Mulai hari ni ummi takkan sekat apa yang
auni nak buat dan main. Sebab ummi nak bagi auni kebebasan sepenuhnya hehe.
Yang penting, auni seronok dan puas.

* takde idea nak menulis sejak dua menjak ni.....
** dah beli Buku Mengaji Al-Furqan dan CD nya sekali.....


Wednesday, October 20, 2010

- beli je -

Alhamdulillah...baru selesai blogwalking kawan2. Puas baca semua entri terbaru. Ada juga yang ummi sempat komen, ada huga yang ummi tak sempat nak komen apa-apa pun. Maaf ye, bukan tak nak komen. Tapi internet kat P.Mas ni memang agak lambat macam siput yang comel tu hehe. Ini baru berkesempatan mengadap laptop.

Malam ni masuk malam ke-2 dalam minggu ni kami tidur rumah P.Mas :) Minggu-minggu lepas banyak duduk Kubang Kerian disebabkan Auni + ummi demam panas kan...Petang tadi cadangnya nak cari sup untuk makan malam (abah lah yang makan...ummi diet). Tiba-tiba, ada pasar malam rupanya :) Lama sangat ummi dah tak pergi pasar malam.

"Abang, jom kita beli kat pasar ajalah..."
"Okey"
"Ina cuma nak beli kebab dengan Taufu Fah je (yeke eja macam ni?)"
"Okey, jom"

Memang betul-betul ummi dan abah hanya beli dua makanan tu je. Sorang satu.

Kebab Ayam
2biji x RM2.00 = RM4.00

Taufu Fah
2cwn x RM1.00 = RM2.00

Kentang goreng
1cwn x RM1.00 = RM1.00

Jumlah semuanya = RM7.00

Abah tak jadi beli nasi dan sup, tiba-tiba pula dia kata "abang rasa macam kenyang lah pula..,". Ummi pun baru teringat yang ummi ada bawa sedikit laksa tadi. Memang ummi bawa balik nak suruh abah makan. Ada orang ofis ummi jamu laksa sempena jamuan kesyukuran (dapat naik pangkat). Alhamdulillah.

** dah tak jadi diet hari ni....aiyo.

Monday, October 18, 2010

- Abah Yie & Ummi Na -

- moga kekal hingga ke syurga -


Ramai kawan ummi dan abah akan bergelar ibu/ummi/mama/mummy serta ayah/abah/baba/daddy dalam waktu terdekat ni. Tak kiralah buat pertama kalinya atau kedua...ketiga...dan seterusnya. Tahniah kami ucapkan (^_^).

Kali ni ummi saja nak kongsi cerita di sebalik nama Abah Yie & Ummi Na.

Masa kami awal-awal kahwin dulu (Disember 2008), ramai juga di kalangan sahabat (batch kami) sudah mempunyai cahaya mata. Paling ramai seingat kami 2 orang :) ramailah tu hehe. Masing-masing sibuk bagi nama panggilan mereka. Kalau yang masih bujang tu Uncle Asy=Asyraf (sekarang dah kahwin), suami isteri pula Pak Wan (Nuzul RidWAN) & Mak Wan (WAN Nur Hafizah), Uncle Naj (NAJmul)...dan macam-macam lagilah dengan kebanyakannya akan ada UNCLE/ACIK di hadapan nama tu.

Ummi dan abah duk pikir, nama apa kita nak suruh anak-anak diorang ni panggil kami ye?

"Abang, ina nak suruh anak-anak sedare kita (batch) panggil ina Ummi Na lah"
"Ummi Na..erm, okey juga tu"
"Kalau abang pula, Abah Yie. Okey tak?"
"Erk, okey ke tu? Tak pelik ke?"

Pelik ke? Hehe...takde rasanya. Nampak kelainan sikit kan? Sampai sekarang, anak-anak sahabat kami panggil kami Ummi Na dan Abah Yie (padahal belum ada yang boleh sebut betul2 pun lagi hihi....).

**************************
Anak-anak sedare kami pula memanggil kami dengan gelaran Ayah Ngah dan Mak Ngah (^_^) Sebabnya, kami dua-dua ni anak kedua dalam keluarga. Tepat sangatlah bagi anak-anak sedare di Kelantan dan Selangor (belum wujud lagi anak buah) panggil ummi dan abah ni dengan panggilan Ayah Ngah dan Mak Ngah.


* sabar menanti auni menyebut UMMI (^_^) asyik abah...abah...abah.....


Sunday, October 17, 2010

- tentang ummi -


Alhamdulillah...

Ummi dah sembuh dari demam.

Kalau minggu lepas Auni demam hampir 6 hari, ummi pula demam selama 3 hari. Syukur ya Allah, atas semua nikmat yang telah Engkau berikan.

Maaf kepada semua pengunjung Teratak Mawaddah, andai ummi tak balas mesej kalian dalam shoutbox kami ni. Sekarang baru ummi berkesempatan buat aktiviti Jalan-Jalan Cari Kawan ummi macam biasa. Maklumlah, sakit demam ni...semua badan rasa tak berfungsi sekejap hehe.

*****************************
Sejak dua menjak ni ummi kerap sangat alami simpton2 ni :-

- sakit kepala (terutama mata sebelah kiri kerap berdenyut)
- sakit perut (macam senggugut, tapi tak period)
- macam nak muntah, tapi tak muntah...(kdg2 mcm loya2 gitulah...)

Pergi jumpa doktor, jawapan yang sama (migrain) dan ubat yang sama (tahan sakit) yang diberi. Setakat ni ummi belum pergi jumpa doktor pakar lagilah.

Ummi lebih senang berubat dengan ayat-ayat Al-Quran. Bukankah Al-Quran itu Syifa'? Biasanya kalau ummi sakit kepala ni ummi akan baca Al-Fatihah banyak kali lalu tiup kat air. Air tu nanti buat sapu muka dan minum. Ini yang mertua ummi ajarkan. Kadang2 kalau tak larat sangat (nak buka mata pun rasa berat...nak terCABUT biji mata)...ummi sebut Ya Allah banyak kali.

Ada pernah ummi ikat kepala ummi dengan kain tudung atau napkin auni. Ini biasanya ummi buat kalau ummi tak tahan sangat2. Sakit kepala macam mana pun, ummi memang tak ambil ubat dari klinik atau hospital.

*****************************
Petang tadi balik kerja, kami singgah PKT. Ummi dan abah belikan Auni kasut baru. Nak ajar dia jalan-jalan kat tanah. Seronok sungguh si comel tu. Gelak sakan dia hehe. Auni dapat dua pasang kasut, warna biru tua dan pink. Comel (maaf, gambar belum masukkan dalam laptop lagi...). Kemudian, ummi belikan handphone untuk Auni. Waahhh! Kecik2 dah ada handphone ye. Ummi belikan handphone mainan yang harganya RM3 je. Buat dia main-main. Dia pun nak handphone, sebab tengok abah ummi ada handphone. Biasanya handphone ummi jadi mangsa. Dia campak-campak handphone tu sampai kadang-kadang tak berfungsi sekejap.

Okey, itu je cerita ummi kali ni. InsyaAllah, lain kali kita story. Ada banyak lagi yang ummi nak kongsikan...juga mengenai satu kisah yang sedih dan memberi pengajaran. InsyaAllah ye....


** abah jarang sangat sakit sebab dia rajin baca Al-Quran dan puasa. Agaknya sakit ummi tu Allah nak ingatkan ummi yang ummi ni dah jarang puasa sunat dan kurang baca Al-Quran kot?.....


Friday, October 15, 2010

- teruskan usaha! -

abah : auni, pandang kamera tu
auni : ummi, mari menari bersama-sama!

************************************

Umur auni dah 14 bulan. Dalam usia begini, auni dah boleh sebut beberapa patah perkataan. Dan perkataan-perkataan ni dia suka sangat sebut :-

1- mam = makan
2- abah = semua orang yang dekat2 dengan dia, dia panggil abah :)
3- nak = hendak/mahu
4- air = air/susu

************************

Auni dah boleh berdiri, tapi tak nak bertatih kalau kat rumah.

Kalau di nurseri, pengasuh kata dia memang galak sangat dan teruja kalau nampak kawan2 seusia dia dah boleh jalan/lari. Mulalah dia pun nak bangun bertatih. Kalau kat rumah? Erm, kaki tu "dimanja-manjakan" (^_^)

Apa pun, teruskan usaha dik!!

- ummi nak jadi supermom -




Salam semua...

Ummi masih demam lagi hari ni. Malam tadi dah mula batuk2...sakit dada. Setiap masa kesejukan walaupun dah pakai baju tebal.

Ummi nak jadi supermom boleh ke?

Walaupun ummi wanita berkerjaya tapi ummi boleh buat yang terbaik untuk suami dan anak2. Sebenarnya, sebelum kahwin dulu ummi dah angan2 nak jadi fulltime housewife :)

- masakkan untuk family, gosokkan baju suami dan anak2, mengemas rumah bagi cantik macam hotel 5 bintang, basuhkan baju, jaga anak-anak sendiri (tak perlu hantar rumah pengasuh)....

- malam2 pula nak duduk semeja dgn anak2, ajar anak2 mengaji, membuat kerja sekolah, menjadi tempat suami dan anak2 nak luahkan masalah...

- selagi boleh, hanya ummi yang dekat di hati suami dan anak2 .... bangun tidur hingga nak tidur malamnya tu, semuanya ummi dah siapkan. Complete!!

Tapi.....

Ummi wanita berkerjaya (walaupun tak bergaji besar...)

- bangun pagi kadang tak sempat nak buat sarapan kecuali malam tu ummi masak, esok hanya panaskan lauk. Petang2 takde minum petang pun (macam buat pizza ke, kuih2 ke...)

- hantar Auni ke nurseri (agak risau bila baca s/khabar banyak kes baby mati tersedak susu di rumah pengasuh/nurseri)

- kerja dari pukul 8.00pagi - 5.00petang. Balik rumah, abah dah siap kemas rumah, sapu sampah, masak nasi. (abah sampai rumah pukul 3 petang) Ummi hanya masak lauk jelah...kadang2 abah dah siap basuh baju dan sidai sekali...

- Malam2 biasanya abah akan ke surau/masjid hingga isyak. Tinggallah ummi berdua dengan si comel tu. Mujur waktu ni biasanya Auni dah tidur, jadi adalah masa ummi nak buat kerja lain (lipat kain ke, kemas bilik ke, buka laptop, kemas barang2 auni nak bawa ke nurseri...)

- Kalau Auni terjaga tengah malam, biasanya abah yang akan bangun layan auni (tukar pampers/bancuh susu). Ummi? Keletihan seharian di opis (-_-")

Hajat ummi nak jadi supermom mungkin tak 100%.

Tapi bagi ummi, selagi apa yang kita buat (bagi kita itulah yang terbaik) untuk family, maka kitalah supermom sebenarnya kerana kita tahu di mana tahap kemampuan kita. Adakala, supermom pun perlu bantuan orang lain untuk menjadikan dia HEBAT.

Jadinya, ummi yang Supermom ke...abah yang Superdad? hehe....

** sekadar pandangan peribadi.

Wednesday, October 13, 2010

- giliran ummi -


- sekadar hiasan -
ummi berangan nak disarung cincin tunang :)


Giliran ummi? Macam main cop-cop je hehe.

Auni dah baik demam, sekarang giliran ummi pula NAK demam. Ummi dah sakit tekak dan kepala ni. Biasanya (memang confirm) ummi akan demam panas kalau sakit2 tekak dan kepala ni. Sebenarnya ummi malas nak makan ubat. Ummi akan biar demam ummi ni baik sendiri.

semuanya TERGENDALA bila dah sakit tekak ni. Patutlah dua menjak ni ummi selalu ngantok2. Itu pun 1 petanda (kebetulan kot...) yang ummi akan demam. Orang lain ummi tak tahulah....hehe. Balik K.K esok ni kena minta ubat HPA adik ipar punya.

Disebabkan ummi sakit tekak, maka petang tadi ummi tak masak. Just beli pizza dari Sindibad punya kedai. Malam ni baru nak bakar ayam (cadangnya.....)

- chicken sausage -

** auni dah ngorok.....

Tuesday, October 12, 2010

- Jamuan Raya RISDA 2010 -

Alhamdulillah, semalam jamuan raya (dah habis raya baru nak buat jamuan hehe...) stesen ummi berjalan dengan baik sekali. Start pukul 9pagi dan berakhir (kemas2) dalam pukul 1 tengahari. Antara menu jamuan semalam...

- laksa (mmg sedap!)
- mee goreng
- ketupat palas & ubi (tak rasa...)
- roti sosej
- aiskrim (macam budak2 je rasanya...sbb ramai sgt makan aiskrim tak henti-henti)
- kuih-kuih raya
- tepung pelita (terlalu manis yang teramat sgt..)
- koktel (sedap3x....)

Gambar2?

Lain kali ummi upload sebab internet kat Pasir Mas ni slow sangat. Khamis ni ummi balik Kubang Kerian, ummi upload gambar.


* wajah anak ummi dan abah dah ceria semula setelah hampir 6 hari bermuram durja..
.eheh (-_-")

- alhamdulillah -

Alhamdulillah...

Anak ummi dan abah dah bertambah baik keadaannya.

Terima kasih ya Allah...Thank You Allah (^_^)

Terima kasih kat abang dan umi yang banyak menjaga Auni...

** tunggu Auni nak jalan tak lama lagi

Sunday, October 10, 2010

- Puding roti dengan biskut oreo -

wah...nampak sedaplah....minta sikit boleh?

Erm, ni 1st time sebenarnya ummi buat puding roti (malunye.....nampak sangat tak pernah buat puding roti kan?). Sebenarnya ummi buat ni pun sebagai PERCUBAAN je dulu. Esok ummi ada jamuan kat opis. Ummi ingat nak buat puding dan koktel je, senang+jimat+mudah lagi.

Resepi ni ummi olah semula ya. Ummi dapat dari blog UMMI juga hehehe. Tapi resepi ni ummi olah sikit, agar menepati citarasa ummi sekeluarga. Takpe, kan? Jom kongsi resepi ni.

Bahan-bahan :

· 8 keping roti putih (carik-carik sikit)

· 10 keping biskut Oreo (perasa vanila/coklat) - patah2kan

· 2 cawan susu segar @ susu cair

· 1/2 cawan gula pasir

· 2 biji telur

· 1/4 cawan mentega yang dicairkan

· 1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat :

1- campurkan telur, gula, esen vanila, susu dan mentega cair dalam bekas. Kacau sebati bahan2 tersebut.

2- sapu rata sedikit mentega pada dulang pembakar dan susun roti berselang-seli dengan biskut Oreo.

3- Curahkan bahan2 campuran (susu, telur dsb) ke dalam acuan tadi.

4- Bakar pada 180c selama 1 jam atau hingga bahagian atas agak kekuningan (ummi tak sampai sejam pun hehehe)

Saturday, October 09, 2010

- jejak kasih -

Aktiviti Jejak Kasih baru bermula. Petang tadi ummi, tokmi auni dan auni menjejakkan diri ke laman blog :-











Ummi namakan aktiviti Jejak Kasih sebab semua blog di atas tu blog adik-beradik abah (^_^). Jejak kasih sebab dah lama tak jumpa huhuhu. Rindunya,....terutama umi. Ummi tolong ajar MIL cara2 nak cari laman blog semua2 tu.

Then, kami tengok FB semua adik-beradik dan sedare mare.


- nama dalam bulatan merah (mohd nuruddin) tu FB adik...

- see....kotak2 warna merah tu our siblings (^_^)

- antara album2 dan gambar2 kami :)


* sape2 yang ada FB tu...bolehlah add kami ye (^_^)
yie-ina klate

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...