:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Monday, April 16, 2012

Ayam Goreng Berempah + Kentang Putar Ummiey

 Dek kerana nafsu makan yang sangat tinggi, ummi menggagahkan diri juga bersilat di dapur lepas balik kerja petang tadi :p Tak tahan tengok Kentang Putar Ummiey tu hehe. Kebetulan ummi perap ayam malam semalam, jadi ummi goreng ayam berempah tu. Asalnya nak bakar, tapi malas lah pula.

 Resepi Ayam Goreng Berempah (cara ummi) :

Bahan-bahan :
  • 4 ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 sk lada hitam
  • 2 inci halia / sebesar ibu jari
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sb kicap cair
  • sedikit garam
  • 1 sb minyak zaitun
  • 1 biji telur
  • 1 sb tepung gandum
Cara memasak :
  1. Basuh dan kelar-kelar ayam tersebut (supaya cepat dimasak dan rempah dapat meresap)
  2. Tumbuk lumat bawang putih + bawang besar + lada hitam. Satukan dengan bahan-bahan lain dan lumurkan pada ayam
  3. Perap lebih kurang 3 jam, lagi lama lagi bagus. Goreng dalam minyak yang banyak dan gunakan api perlahan/sederhana.


untuk resepi Kentang Putar Ummiey, sila KLIK SINI ye :)

4 comments:

  1. nampak pun dah tahu sedap :)
    lapor skejab hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah sop...mmg sedap :) kami di TM ni makan dengan roti aje hehe

      Delete
  2. tergoda tengok ayam tu..klau nak buat ni kena pesan kat orang yg membeli ayam jgn dikerat 18 ayam tu, klau tidak sayonara la..hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ayam ni mmg sedap digoreng bahagian peha yang besar, baru puas makan hehehe

      Delete

Terima kasih. Kami sangat menghargai komen anda (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...