:: Jom Kita Berkeluarga Hingga Ke Syurga! :: Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak Mawaddah :: Hingga Jumpa Lagi ::

Friday, September 30, 2011

Sentuhanmu...sungguh bermakna (^_^)

Bukan hanya sentuhan wanita bisa mencairkan hati seorang lelaki...tetapi, sentuhan lelaki juga begitu bermakna. Tak percaya? Lihatlah hasil sentuhan abah di bawah ni :-
Novel HERO karya HILAL ASYRAF
(baru habis baca petang tadi)

abah kata ini "Menara Susu Auni"
(ada ke patut...hihi)

Stand
(jenama Nikon, tapi kamera Olympus)

sempat lagi menangkap gambar nasi ni
(makan nasi jam 12 tengah malam)

Nokia X3
(ini handphone ummi :)


hasil sentuhan : abah
Jam : 12.00 a.m
Tarikh : 30/09/2011


Sebarkan Bahagia

Peminat karya-karya Fatimah Syarha?
Dapatkan novel terbaru beliau di pasaran hari ini
atau
boleh layari laman sesawang beliau
di SINI

Jom, SEBARKAN BAHAGIA!

Makan Angin Perut Kembung?


semasa anda sedang membaca blog ini, kami sekeluarga
dalam perjalanan ke satu tempat sejuk grrr!!!
(^__^)
membawa Princess Solehah ke sana
Bercuti bersama keluarga semestinya

*

*

*

*

dah dapat teka di mana??
Anda memang HEBAT!!
Nantikan cerita kami ya...



Thursday, September 29, 2011

BW secara rawak

Hari ini ummi BW secara rawak aje.
Tak ikut giliran macam selalu (^__^)
Ada juga blog yang ummi tinggalkan jejak dan komen
Ada juga sekadar tinggalkan komen
Banyak yang ummi tinggalkan jejak di shoutbox aja hehe
Malam ni stay up sampai pukul 4.00 pagi.
Ada hal nak diselesaikan....


musim haji 1432H

Alhamdulillah
Tahniah kepada jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini
Bila agaknya giliran kami pula?
Ya Allah, sampaikanlah kami ke sana ...

* kawan lama ummi dapat ke sana pada tahun ini (^__^) alhamdulillah

Peserta Solehah @ Princess Solehah?

Ummi tengok kat Nuffnang, ramai juga yang mencari peserta solehah.
Ini mesti kes rancangan TV Al-Hiijrah yang terbaru tu
SOLEHAH
Bukan cerita SOLEHAH drama indonesia tu ye.

boleh lihat di SINI
(sambil jenguk peserta solehah, apakata anda jenguk Princess Solehah sekali?)
(^__^)

* ummi ada juga dengar lagu tema program ni, sedap jugalah lagu tu..



Kasih hingga ke syurga

Di sini...
kasih berputik
Hingga tersimpul ikatan cinta
Antara dua jiwa
Yang ingin menggapai redhoNya

Ya Allah...
Suburkanlah kasih-sayang kami
Kekalkanlah bahagia ini
Tetapkanlah hati-hati kami
Untuk menuju destinasi abadi


Kanda...
Cintailah dinda seadanya
Sambutlah tangan dinda
Pimpinlah dinda ke jalanNya
Biar kita bersatu
Hingga akhirnya
Berkeluarga hingga ke syurga

**********************************
isterimu :
Ummu Princess Solehah
29/09/2011

Wordless Thursday (7)

Salam Perpisahan

sebentar lagi ada "Acara Lobi & Punch Card" terakhir untuk bos ummi
Big Boss kami akan bertukar ke Terengganu
Hari ni hari terakhir beliau bertugas di ofis kami
Semoga beliau terus maju dan sukses dalam bidang beliau
(^_^)

* rumah PRJ ni sebelah teratak kami je hehe....

Tuesday, September 27, 2011

Edisi Jam 8.00

Teratak Mawaddah membawakan Edisi Jam 8.00 kepada anda....

kesinambungan Berita Terkini dari TM ... dimaklumkan bahawa, setelah musyawarah diadakan, semua penghuni Teratak Mawaddah TIDAK DAPAT HADIR ke majlis konvokesyen En.F pada 06/10/2011 ini. Hanya mereka sahaja yang tahu alasan tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Oleh itu, kita doakan yang baik-baik aja untuk mereka (^__^)


* Cik G : dengar khabar mereka sekeluarga akan pergi ke satu tempat hujung minggu ini.
Di mana agaknya?

Siapa kata Princess Solehah Tak Pandai Gosok Baju?

Alhamdulillah, sejuk hati ummi tengok auni rajin menggosok jubah ummi (^__^)

Princess Solehah sedang belajar menggosok baju. Terharu ummi...

"Nak siap dah ummi," oh, bahagianya ummi.
Semoga istiqomah menolong ummi dan abah ye anakanda.

"am" dan "ng"

abam = abang
bawam = bawang
ayalom = ayah long
tebam = terbang (kapal terbang)

**************************
ummi perasan yang auni akan sebut bunyi "am" bagi perkataan yang akhirnya "ng" seperti contoh di atas. Puas ummi betulkan sebutan auni, tapi dia tetap sebut "am". Musykil juga ummi, auni belajar dari siapa pula agaknya.

Monday, September 26, 2011

Edisi makan...makan...makan (makin mengembang)

Sphagetti yang dimasak di rumah Kubang Kerian

Jamuan Raya di Tingkat 2 (opis)
1st round : nasi dagang

2nd round : nasi lemak

3rd round : mee kari

kek

Jamuan Perpisahan @ pertukaran PRJ (big boss)
Hotel Raudhah, KB

lauk-pauk yang banyak...nasi seciput aja

* EDISI MAKAN3X...MAKIN MENGEMBANG.
Bilalah nak diet semula kalau hari-hari macam ni...?


Sunday, September 25, 2011

C.I.N.T.A = L.O.V.E


Cinta itu milik Allah. Dia yang mencampakkan rasa cinta dalam hati kita. Bila-bila masa sahaja cinta itu boleh ditarikNya. Oleh itu banyakkan berdoa padaNya agar cinta kita disuburkan dengan keimanan. Pohon agar cinta kita dipandu dengan kasih-sayangNya

*******************************************************
(rasa hati untuk hari ini)
(^_^)

Wordless Sunday (5)


*


*

Saturday, September 24, 2011

Bara Cinta Ramadhan

Ummi dah lama nak tengok cerita ni sebenarnya. Maklumlah, kat rumah ni mana ada tv pun. Biasanya kalau balik KK ummi akan tengok drama kat youtube aja. Guna broadband kat Pasir Mas ni memang lambat sangat.

Bara Cinta Ramadhan antara drama yang berjaya membuatkan air mata ummi menitis huhu. Bukan sahaja menitis, bahkan mencurah-curah atas pipi ni. (mujur abah tak ada masa ummi tengok cerita ni). Cuma masa part akhir tu lah yang ummi menangisnya. Sedih sebab suami dia meninggal, tengok anak2 yang menangis kesedihan serta keadaan isteri yang menyesal.

Tapi memang tak patut betul dengan mak dia tu (lakonan Fauziah Nawi). Membeza-bezakan kasih-sayang antara anak, menantu dan cucu. (v__v). Walaupun dihina oleh mak mertua, menantu dia sabar aja....

***************************************

Panduan Elak Obesiti

Panduan elak obesiti di kalangan anak anda :-
  1. Jangan makan di depan televisyen (depan laptop atau komputer pun sama juga ye)
  2. Sarapan PENTING (mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat dan mampu memberi manfaat)
  3. Bekalan berkhasiat
  4. Pelbagaikan makanan anak (ibu bapa perlu lebih kreatif ya)
  5. Kurangkan pengambilan gula
  6. Makanan tinggi kalori (pastikan makanan anak anda TIDAK tinggi kalori)
  7. Makanan segera (tabiat makanan segera perlu dibuang agar pemakanan anak lebih terjaga)
  8. Bijak membeli (berhati-hati ketika memilih makanan dan pastikan rendah kalori)

** Untuk keterangan lebih lanjut, boleh rujuk Majalah Pa&Ma keluaran Oktober 2011 (^_^)

Teratak kami...

(sekadar gambar hiasan)


Teratak kami tidak besar...
Teratak kami tidak luas...
Teratak kami usang...
namun
Teratak kami penuh dengan kasih-sayang
(^__^)

********************
Baiti jannati
(rumahku syurgaku)

Friday, September 23, 2011

Belakang ke depan?

Ada tak orang membaca dari muka surat belakang?

Ya...ada. Salah satu orangnya adalah ummi (^_^). Biasanya kalau baca surat khabar, ummi akan belek muka surat akhir dulu. Bahagian SUKAN. Kenapa pilih baca sukan dulu?

Asalnya dulu (masa remaja) ummi suka sangat baca bahagian sukan dulu. Ummi suka baca bukan apa. Nak tahu keputusan atau cerita mengenai RED GIANT :) Lagi-lagi kalau RED GIANT masuk final Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia. Beli je surat khabar, terus ummi buka muka surat akhir sekali.

Sampai ke hari ni, kalau ada surat khabar, pasti muka surat akhir sekali yang ummi baca dulu hihi.

ada sesiapa yang sama seperti ummi?

SMS

setelah diterjemahkan dalam bahasa yang difahami oleh Auni :

"Yang, apa cerita sekarang? Lama gila tak jumpa..Jom keluar esok tengok movie (drama) hantu nak..?? Ajak lah semua budak-budak lain"

"kita suka sangat-sangat cerita ni...jangan lupa ye tengok cerita ni...
ceritanya aku suka dan lagi lagunya pun aku suka"

************************************************
mula-mula memang pening nak memahamkan apa sms ini. Bila baca betul-betul, renungkan perkataan tu lama-lama baru ummi faham apa yang ditulis tu. Bagi pendapat peribadi ummi, kalau nak guna short form tak ada masalah. Asalkan orang faham apa yang kita nak sampaikan. Contohnya seperti yang selalu kita gunakan :

jln = jalan
kg = kampung
mkn = makan
sht = sihat
jgn = jangan
sg = sungai

Jangan pula orang lain salah faham dengan sms kita ni. Lain yang kita maksudkan, lain pula orang lain fikir (^_^)

* ummi sempat snap gambar dalam tv ni masa MHI pagi semalam kat opis hihi

Senam Ruhul Jadid

Ummi minta maaf. Ummi tak dapat nak uploada video Senam Ruhul Jadid sebab
video ni bersaiz besar. Lagipun ummi guna broadband, memang lambat sangat-sangat jadinya huhu. Maaf ye kawan-kawan (^_^)

Sebenarnya, ummi buat senaman Ruhul Jadid.
Ikut step dalam video tu.
Senaman ni memang bagus...berpeluh-peluh la masa bersenam tu.
Lagipula lagunya rancak dan bersemangat.
Jom, kita senam Ruhul Jadid
(^_^)

Thursday, September 22, 2011

Bersenam untuk kesihatan

Ummi dah jatuh cinta dengan senaman ini
Seronok sangat dapat bersenam
Curi-curi masa juga kalau nak bersenam ni hehe
Senaman apa agaknya?
Jeng..jeng...jeng...

*




*




*




*





*


nanti ummi beritahu kemudian (^_^)

Roti Berinti Daging ala...Lasagna

sesi membakar dalam oven
* auni sabar menanti...termasuk ummi nya sekali

Bahan-bahan :

- - Roti sandwich (fiber)

- - 1 labu bawang besar (potong dadu)

- - 4 ulas bawang putih (potong dadu)

- - 1 tin sup cendawan (ummi guna yang pekat)

- - 1 tin sup tomato

- - Sedikit sos cili

- - Sedikit sos tomato / puri tomato

- - 1/3 bungkus daging kisar

- - 2 batang sosej (dihiris nipis)

- - 1 mangkuk kecil sayuran campur (kacang peas, lobak merah, jagung)

- - Sedikit lada benggala (hijau/merah/kuning) dipotong dadu

- - 1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)

- - Sedikit mix herbs

- - Keju (diparut)

- - Telur (3 @ 4 biji Gred A)


Cara memasak :

  1. (panaskan oven pada suhu 160-170 celcius
  2. Tumis bawang putih dan merah dengan sedikit planta hingga layu
  3. Masukkan daging kisar dan sosej. Tidak perlu masak terlalu lama.
  4. Masukkan mix herbs, lada hitam, sos cili dan sos tomato. Gaul sebati semuanya.
  5. Masukkan sayuran campur dan lada benggala. Boleh perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Griskan Loyang dengan planta
  7. Pecahkan telur dan pukul hingga kembang
  8. Roti dibelah 2. Celup roti ke dalam telur dan susunkan dalam Loyang.
  9. Ratakan inti daging yang telah dimasak tadi di atas roti.
  10. Ulang langkah 7
  11. Di atas roti, tuang sup cendawan dan ratakan menggunakan sudu.
  12. Tuang sup tomato pula di atas sup cendawan tadi.
  13. Tuang lebihan daging yang telah dimasak dan ratakan.
  14. Keju yang telah diparut boleh diratakan di atas sup tomato tadi. Boleh taburkan sedikit mix herbs juga
  15. Bakar dalam oven selama 20-25 minit. (masa memasak bergantung pada oven masing-masing ya)

tidak pedas namun sedikit masam2 dan berlemak :)

masak di Kubang Kerian, dapat juga tapau sedikit bawa balik Pasir Mas
- abahberbuka puasa petang tadi dengan ini

Selamat mencuba (^_^)
~ sebenarnya nak buat lasagna, tapi cari2 di Mydin langsung tak jumpa.
Ganti dengan roti ajelah.
- memasak bersama Tok Mah

BW je hari ni

Hari ini tiada sebarang entry
Hari ini secara tidak rasminya ummi mengisytiharkan
HARI BW DAN TIADA ENTRY
Boleh tak macam ni?


* sukasuka hati ummi je kan..? (^_^)
Jom BW bersama dan tinggalkan komen anda.

Wednesday, September 21, 2011

Roti Berinti Daging ala...

* bersiaran dari Kubang Kerian

Ummi baru siap buat Roti Berinti Daging ala...Lasagna (^_^)
InsyaAllah nanti akan ummi beritahu resipinya
Nantikan ya.........

~ hancus dietku...

Teman Sejati

Selain dari Dr. Muhaya, ummi suka sangat kata-kata motivasi dari Dr. Fadzilah Kamsah ni.

Untuk mendapatkan teman sejati :

1- Jadilah orang yang baik dan kawan yang baik
2- sanggup korban
3- utamakan kawan daripada diri
4- pendam perasaan untuk jaga hati kawan
5- hebahkan yang baik dan pendam yang buruk tentang kawan
6- doakan, maafkan dan bantu kawan untuk berjaya dan berubah jadi positif

Jom kita berusaha untuk jadi KAWAN SEJATI (^_^)

Nasyid Arab Kanak-kanak


Lagu nasyid arab kesukaan Auni
(^_^)

Tuesday, September 20, 2011

Bergaduh pasal tutup aurat?

Topik hangat!

Semalam ummi singgah BW ke blog AA ni. Ummi baca entry terbaru beliau pasal tutup aurat. Apa yang hangatnya? Jom kita singgah sini dan baca serta renungkan bersama. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk tu kita sama-sama cuba perbaiki.

***********************************
p/s : ingatan untuk kita bersama :
Jangan sesekali mempermainkan hukum Allah...

Ini Kisah Malam Pertamaku...anda bagaimana?

Malam Pertamaku tersenarai dalam 10 keywords yang orang cari minggu ini
- nuffnang -


Ha...Malam Pertamaku juga tersenarai dalam 5 yang
TERHANGIT MINGGU INI di Teratak Mawaddah

Nak tahu? Jom kita baca Malam Pertamaku di sini

Monday, September 19, 2011

Makaroni Versi Auni

makaroni simple yang tak cukup bahan

auni suka juga makan makaroni, tapi abah tak suka

Bahan-bahan (anggaran)
- 250gm makaroni
- 2 batang sosej (hiris nipis)
- sedikit daging kisar (ikut suka nak banyak mana)
- sayuran campur (lobak, kacang peas, jagung)
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dimayang)
- sos tomato
- sos cili
- 1 sk lada hitam (tumbuk kasar)
- sedikit mixed herbs
- garam/gula/perasa (ummi guna kohilal)

Cara masak :
1- rebus makaroni dengan air hingga kenyal (masukkan 1 sk minyak masak dan sedikit garam). Angkat dan toskan airnya.
2- tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit planta
3- masukkan daging kisar + sosej. Masukkan sekali mix herbs.
4- masukkan lada hitam, sos cili, sos tomato dan sayuran campur. Gaul sebati semua bahan.
5- Perasakan dengan garam/gula secukup rasa.
6- Akhir sekali masukkan makaroni tadi.

ini makaroni yang tak berapa pedas, tapi sedap (^_^)

mewah dengan makanan

Malaysia mewah dengan makanan. Sebab tu kebanyakan orang Malaysia ni obes. Termasuklah yang menulis ni...
jamuan raya di ofis

jamuan raya di Pejabat RISDA Negeri Kelantan

ini makaroni yang ummi buat masa balik Kubang Kerian minggu lepas

Apa nak buat??

terlalu meminta


aksi yang ummi kurang gemar kalau berada di pasaraya...

Kalau pergi pasaraya, bila berada di tempat permainan @ makanan/minuman auni akan buat muka kasihan kat ummi. "Ummi...mi...nok air" "Ummi, ni mi..." "Ummi, nok..nok" Ada ajalah apa-apa benda yang dia sempat capai. Kalau ummi tak bagi, dia menggelepar. Suara auni memang nyaring (sesuai nak jadi qariah). Kalau suara nyaring dah keluar, habis satu bangunan penuh dengan suara dia aja.

muka kasihan...mengharapkan ummi menunaikan permintaannya

Kalau dia tak duduk atas troli, memang dia dah guling-guling atas lantai tu. Kadang-kadang tu ummi biarkan dia buat macam tu. Ummi pura-pura nak tinggalkan dia. Tapi auni jenis tak kisah. Makin dia guling atas lantai adalah. Ummi jadi segan pula. Kalau ummi pujuk, dia makin menangis. Kalau ummi layankan permintaan auni, ummi risau akan jadi kebiasaan pula nanti.

- kalau guling-guling macam ni, ummi akan bagi mainan
- kalau menangis macam ni, ummi akan belikan mainan
- kalau jerit macam ni, ummi akan belikan mainan

Ummi tak nak auni berfikir macam tu. Tapi kalau dia minta buku atau bahan bacaan yang lain, ummi memang tak teragak-agak nak belikan (^_^) Malahan, biasanya dalam sebulan, memang ada peruntukan untuk bahan bacaan Auni selain pakaian dia. Cuma permainan tu, ummi akan belikan sekali-sekala sahaja.
aksi TERlampau lah pula.... :p
(tiada istilah malu bagi auni buat masa ini)

* macam mana kita nak handle perkara ni?

Strawberry Cheesecake vs Cheese Tart

Ya Allah, tiba-tiba ummi terliur sangat nak makan dua benda ni
Ummi jalan-jalan kat blog DTS & Kak Su
Dah lama ummi teringin nak buat kek dan tart tu
Meleleh air liur ummi tengok kek dan tart yang sedap sangat tu huhu

* bila agaknya nak buat kek dan tart tu ye?
(jangan lupa jengah blog masakan ni ye. Ini antara blog masakan yang selalu ummi singgah
kalau nak cuba resepi baru. Memang berbaloi-baloi)

Sunday, September 18, 2011

Terima Kasih

Terima kasih kepada anda yang berkunjung ke Teratak Mawaddah
Terima kasih kepada anda yang selalu memberikan komen
Terima kasih kepada anda yang selalu membaca coretan ummi
Terima kasih kepada anda yang sentiasa singgah di sini
Terima kasih kepada anda yang sering bertanya khabar kami
Terima kasih kepada anda yang sering mendoakan kami
Terima kasih kepada anda yang baik hati
Terima kasih...terima kasih...terima kasih

* kekeringan idea untuk menulis
~ terima kasih kerana membaca entry merepek ini ~
(^_^)

Wordless Sunday (4)

skrin laptop 17/09/2011

Saturday, September 17, 2011

Berita Terkini dari TM

Berita Terkini dari Teratak Mawaddah :-

"Dilaporkan bahawa KEMUNGKINAN BESAR Pn. M dan Cik A tidak dapat ikut serta ke Kedah seperti yang dijadualkan pada 04/10/2011 hingga 07/10/2011 ini. Hal ini berlaku disebabkan ada sedikit masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Pn. M. Maka, En. F akan berangkat ke Kedah sendirian tanpa ditemani oleh isteri dan anak beliau. Adakah ia benar-benar berlaku? Kita nantikan perkembangan selanjutnya pada minggu hadapan"

Hingga jumpa lagi ~

skrin laptop

skrin laptop ummi yang terkini
~ September 2011 ~


Wordless Saturday (2)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...